Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 1, 2017

Pas sudah siapkan lubang besar

Monday, May 1, 2017
Pas sudah siapkan lubang besar untuk menimbus dirinya

MENURUN BULAN

Muktamar parti agama ke 63 yang sedang berlangsung di Kedah adalah kemuncak kepada pencapaian BN khasnya Umno untuk menghancurkan parti compingannya yang ditubuh tahun 1951 itu.

Usaha Umno untuk memporak perandakan Pas sememangnya bermula sejak lama dahulu, tetapi usaha itu lebih kepada memelihara Pas untuk menjaga kepentingannya.

Sebelum ini Umno menjadikan Pas laksana sebagai "monyet" atau "kera" untuk memanjat nyiurnya sahaja. Mana-mana nyiur tinggi digunakan "Pas" untuk gugurkan manakala nyiur rendah dipetik dengan tangan.

Dalam kata lain Pas dijadikan barang gadaian Umno untuk kepentingan parti nasionalis itu. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Pas hanya bantal guling Umno di malam sepi.

Apabila Umno mula kehilangan darah yang banyak di era gerakan Refomasi tahun 1999 dan kesan besarnya mulai dirasai tahun 2008 dengan wujud gabungan pembangkang apabila UBN kehilangan majoriti 2/3 dalam parlimen. Dari sinilah menyebabkan Umno cemas dan gelisah.

Umno mula nampak Pas dan menyedari akan menjadi pemain utama dalam gabungan pembangkang dimana kalau ia tidak dikawal menyebabkan Umno akan hilang kuasa dan kerajaan. Maka dengan apa cara usaha dan tektik kena dilakukan segera. Umno bangkit dengan segala tektik dan strategi dengan lebih berani lagi sanggup merompak dan mengirimkan hasil rompakan kepada Pas.

Bertolak dari kesedaran dan kebimbangan itu maka pada tahun 2008 tindakan Umno makin ketara dan agresif untuk menghancurkan Pas. Umno menyedari kalau ia melawan Pas dari luar ia tidak akan berjaya, kerana ahli Pas umpama pahlawan perang Uhud dan Badar, tidak akan berganjak setapak dari medan juang.

Maka bermula tahun selepas itu, 2009 hingga ke hari ini Umno mengubah tektik serangan dan kerja-kerja melumpuhkan Pas. Umno mulai menyusuk masuk ke dalam Pas dan mengaturkan perancanaan dalam muktamar Pas. Umno mula melaksanakan pendekatan berbaik bukan lagi menyerang dan mendera Pas. Untuk ini agen-agen Umno mengenali individu atau pemimpin Pas yang boleh dipanggang dan direbus, mereka bantu untuk diangkat menjadi pemimpin. Mana-mana yang berprinsip dan bijak dihapuskan seperti dilakukan kepada Hang Nadim.

Sebab itu pada tahun 2009 Umno menyokong Nasharuddin Mat Isa untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden apabila kedudukannya dicabar oleh Mohamamd Sabu. Umno menggunakan media massanya yang selama ini haram untuk Pas, berkempen untuk memenangkan Nasharuddin. Umno sudah dapat mengenali DNA dalam tubuh Nasharuddin sama dengan DNA nya.

Umno juga menjalinkan hubungan dengan golongan pemuda Pas, menjinakan mereka dengan pelbagai umpan dan tawaran termasuk ke peringkat tertinggi menjadi anggota kabinet.

Malangnya "mancukari" itu kalah. Kekalahan itu menyebabkan Umno memperhebatkan lagi usahanya untuk menghancurkan Pas, kali ini menerusi pihak ketiga yang berupa Ngo berorentasikan Islam yang diuruskan oleh Jakim dan bantuan kewangan dari pelbagai korporat yang menjadi hamba Umno.

Ngo-Ngo ini mula membentuk barisan memainkan peranan menuba pemikiran ahli Pas dan rakyat membawa isu bahaya fahaman liberalise, sosialisme, komunisme dengan mengaitkan Anwar Ibrahim dan DAP adalah pelopornya. 

Badan-badan dan Ngo yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan ini menuba dan membawa isu bahaya fahaman itu ke tengah masyarakat sehingga ia akan mengugatkan kerajaan Umno. Politik baharu dan slogan untuk selamat Malaysia dibawa pembangkang juga memberi kesan menakutkan Umno. Dalam masa sama juga dimainkan elemen fahaman komunis, syiah, Kristinasi, ISIS dan sebagainya.

Serentak dengan itu dari dalam pula Umno menerusi agen dan mancukarinya memecah belakan kesatuan dan kepaduan Pas.  Organisasi Pas dihancurkan. Muktamar Pas di Johor, Umno sudah dapat merasakan usaha mereka berjaya bila mana elemen "terrorisme" "fanatisme" sudah wujud dalam Pas dimana, serangan dan kecaman terhadap golongan profesional menggemai dewan muktamar. Akhirnya muktamar pada tahun 2015, di Kuala Selangor cita-cita Umno itu tercapai apabila Pas sudah terbelah dua.

Dan muktamar ke 63 ini adalah kemucak kepada kejayaan Umno itu untuk memisahkan Pas dari kumpulannya, oposisi. Selepas ini Pas akan bersendirian persis anak kambing terpisah dari kumpulannya. Umno akan membaham dan meratah Pas seperti mana serigala akan menelan kambing yang telah dipisahkan dari kumpulannya. Umno akan meratah Pas macam tok arab makan kambing panggang.

Piraum ke-14 yang akan menjelang tidak lama lagi adalah menjadi kubur besar kepada Pas. Sayang Pas belum menyedarinya  masih menganggap lubang yang digali oleh Umno itu dianggap sebagai kolam indah atau sebuah jannah untuk mereka diami, walhal ianya adalah kubang maut.  Trims. [wm.kl.9:13 am 01/05/17] * Perkongsian dari Fb Mso.

Posted by mohd sayuti Omar at 9:14:00 AM 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa