Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 1, 2009

"Orbs" Lagi

Buat sedikit editing (tambah gambar)

Malam ini 1 Nov. 2009 jam 12.00 malam saya berseorangan meneroka di Tanah Perkuburan pula. Saya merayau di segenap ceruk perkuburan itu untuk mendapatkan sesuatu yang boleh memuaskan hati saya di dalam usaha mencari "Hantu". Pada saya tidak kiralah Hantu Kubur ke atau hantu apa pun asalkan saya berjaya mengambil gambarnya.

Tetapi apa yang saya dapat hanyalah gambar-gambar di bawah:
Gambar di atas tidak terdapat apa-apa objek pelik.
Tetapi gambar di bawah ada 4 "orbs" (objek bulat).

Di bawah adalah salah satu "orb" yang saya besarkan cerahkan dan
di sebelah bawahnya pula saya ambil dari satu gambar
yang di ambil di sebuah rumah berhantu di Amerika

Gambar di bawah ada hanya satu "orb"

Gambar di bawah adalah "orb"
dari gambar di atas yang saya besarkan

Gambar di bawah pula kosong/tidak terdapat apa objek

Salah satu "Orb" saya besarkan tetapi berbentuk lain sedikit

Satu lagi gambar yang terdapat Objek itu

"Orb" yang berdekatan Wakaf di atas
yang saya besarkan tanpa adunan cahaya

16 comments:

  1. Assallamuallaikum Abe,

    Abe guna kamera berapa megapixel dan masa ambil gambar abe guna setting outo atau setting yg mana? saya nak tau juga ni... cuba nak ambil gambar jugok lah.. kalau bleh abe jelaskan sikit teknik menambil gambar hantu tu..ok abe..

    ReplyDelete
  2. salam,
    wah..hebat gitu..camera yang di gunakan berapa pixel..Agaknya kalau guna flash tak kelihatan bulatan yang empat tu ye..
    banyak nak tahu lagi ni..interested

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera ayahanda,
    wah..., berani betul ayahanda mencari hantu yer.. dah mcm seekers & pemburu hantu lah pulak. Tapi ayahanda lagi berani sebab pergi sorang2. :D

    Apa pun tak sabar nak tunggu cerita & pic2 mistik yg terbaru. :D

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam Man

    Saya pakai camera jenis canon ixus 70 dengan 7.1 mp saja. Abe juga pakai night mode atau outo dengan widw screen.

    Biasanya kalau guna night mode gambar tidak berapa jelas, lebih baik pakai outo. Kalau manual pula susah nak set sebab keadaan gelap. Nak tengok objek pun susah.

    Kalau nak buat touch up, pakai program adobe.

    ReplyDelete
  5. W'salam anak muallaf

    Camera 7.1 mp saja. Pakai outo setting lebih baik dengan wide screen. Kalau manual agak susah nak focus sebab di dalam gelap.

    Bulatan itu susah juga nak nampak kecuali upload ke dalam komputer dulu dan tengok dengan menggunakan adobe photoshop.

    Kalau nak gambar yang real macam saya ambil jangan edit, cuma kasi cahaya saja untuk oblek kelihatan lebih jelas.

    ReplyDelete
  6. Wa alaikumussalam anakanda KiTTuN

    Sebenar ayahanda kuatkan semangat kerana terlalu ingin pecahkan apa yang selalu orang perkatakan. Setakat ini masih lagi hampa. Cuma gambar di atas saja yang ayahanda dapat setakat ini.

    Insya Allah kalau ada nasib nanti pasti ayahanda akan ceritakan dengan bukti gambar sekali.

    ReplyDelete
  7. salam uncle.
    wah amat menarik uncle. rasa nak ikut je.. hehe

    ReplyDelete
  8. W'salam Rashid

    Cuti sekolah dan balik kampung nanti, boleh ikut. Tak ada hal punya!

    ReplyDelete
  9. salam..

    saya kagum sangat dengan tuan,
    moga tuan dapar membongkar cerita-cerita yg jarang2 kita lihat ini.

    selalunya lihat di tv saja....

    ReplyDelete
  10. W'salam anak laut

    Saya sendiri tertarik tentang perkara ini bila saya berkenalan dan bersahabat dengan seorang Wartawan Pengejar Misteri untuk sebuah tebloid.

    Dah bertambah satu bidang gila?

    ReplyDelete
  11. gambar ke 5 tu macam ade bentuk batang tubuh manusia je bawah pokok?

    ke tu trick cahaya?

    ReplyDelete
  12. zX

    A'ah, betullah. Pak Din baru perasan. Tapi munkin juga trik cahaya.

    ReplyDelete
  13. Salam ayahda,sy jumpa gambar ni kat sebuah blog ,nampak mcm real.cuba ayahda tengok
    http://gambarhantu.blogspot.com/2009/07/gambar-hantu-jelmaan-pontianak-di.html

    ReplyDelete
  14. W'salam ijoks2009.

    Ayahanda dah ke sana, memang nampak macam real. Kalau bukan super impose gambar tu memang cun.

    ReplyDelete
  15. Maaf kalau komen saya nie pedas sikit. Dah berganti zaman, tapi perangai Melayu masih tidak berubah, jin dan iblis memang wujud tetapi hantu tidak wujud kecuali jelmaan mereka sahaja. Syaitan dan iblis memang suka memperdayakan manusia. Nak cari hantu dalam bentuk imej? Sedangkan dah disebut dalam Al-Quran kewujudan jin dan syaitan, kalau kita percaya pada Al-Quran itu pun dah mencukupi. Syaitan dan iblis ada banyak cara untuk melalaikan dan melaghakan manusia, antaranya menyucuk-nyucuk manusia agar pergi mencari lembaga/puaka sedangkan kalau selak kitab suci Al-Quran dah jelas buktinya. Sedarlah wahai umat Islam bangsa Melayu!

    ReplyDelete
  16. Salam Anonymous

    Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan nasihat. Alhamdulillah.

    Saudara betul, Yang disebut di dalam Alqur'an hanya Syaitan,Iblis dan Jin serta peranannya kepada dunia dan manusia. Dan dari golongan inilah manusia buka hanya Melayu mewujudkan perktaan HANTU/Ghost. Saya sudah sebutkan diruangan balas komen seorang sahabat di N3 saya selepas ini.

    Pada saya, perkara ini tidak salah sekiranya kita tidak terpengaruh oleh tipu daya mereka untuk merusakkan Iman kita. Saya hanya mencari kelainan cabaran. Saya juga pada mulanya mengatakan gambar super impose oleh individu-individu semata-mata untuk fun.

    Satu pertanyaan saya, adakah anda pernah alami detik getir atau detik yang menakutkan?

    Hanya satu cara untuk menguji kekuatan Iman yang ramai orang bercakap besar tentangi ini ialah, sila naik ke puncak gunung meredah belantara berseorangan. Berani tak? Kalau takut, tak payah bercakap berkenaan tawakkal! Kalau tidak bertawakkal penuh, jangan bercakap tentang kekuatan Iman!

    Maafkan saya, saya berkata-kata dari persepsi dan kepercayaan saya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa