Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 22, 2009

Banjir Di Rantau Panjang

Tengah hari ini 22 Nov. 2009 saya dan Pemangku Ketua Pengarah jabatan saya ke Rantau Panjang dan seterusnya ke Pekan Sungai Golok untuk menghadiri Kenduri Kahwin salah seorang Pengarah Bahagian.

Namun begitu sesampai berhampiran Pekan Rantai Panjang, berhampiran "Masjid Beijing" kami tersangkut di situ. Mengikut kata penduduk kat situ di hadapan kami air paras pinggang. Kalau kami teruskan perjalanan memang pada masa ini kami boleh lepas ke Pekan Sungai Golok sebab kami menaiki Fortuner tetapi semasa balik nanti mungkin kami akan tersangkut kat Rantau Panjang sebab sekarang paras air sedang naik dengan cepat.

Oleh kerana tidak mahu terima risiko, kami berpatah balik dan membuat keputusan membatalkan rancangan untuk hadir di majlis itu.
Jadi kami makan saja untuk lunch di restoran dekat Pasir mas.

Paras air ketika di pertengahan perjalanan

Di sebuah sekolah berhampiran Pekan Rantau Panjang


Di hadapan sebuah sekolah yang lain pula

Di Lampu Isyarat simpang ke Jalan altanatif Jeli


10 comments:

  1. terima kasih tuan blog kerana memaparkan keadaan banjir kat kampung dan pekan kawe iaitu rantau panjang.

    sebelah kanan api stop nak menghala ke ranatau panjang ialah kampung kawe. kg tasik.

    ni kali kedua banjir melanda ranatau panjang. alhamdulillah keluarga saya selamat dan dalam keadaan bersiap sedia menghadapinya.

    banjir/bah adalah perkara biasa dan dah menjadi asamgaram dalam kehidupan org kelantan yang penting kita hendaklah bersiap sedia dengan segala keperluan untuk menghadapinya. Inshaallah kita dipelihara dan dilindungi Allah SWT.

    Terima kasih sekali lagi diucapkan kpd tuan blog kerana kawe berada di kuala lumpur kerana kerja disini.

    ReplyDelete
  2. Hmmm...Tapi banjir tahun ini tak seteruk 2-3 tahun lepas,ketika seluruh bandar Kota bharu lumpuh..

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum

    semoga sahabat2 kita di sana sentiasa dalam lindungan Allah

    ReplyDelete
  4. kepada semua...
    berhati-hati, jangan suka main banjir.

    ReplyDelete
  5. Sama-sama Che Awe

    Rupanya Che Awe berasal dari sana. Saya hanya berhenti setakat lampu isyarat itu saja. Takut tak boleh nak balik.

    Itulah saja gambar yang saya sempat ambil. Air masih lagi naik dengan cepat.

    ReplyDelete
  6. ijoks2009

    Belum tahu lagi sebab ini bari permulaan banjir tahun ini di KB. Biasanya selepas 3 kali barulah dikatakan berakhir.

    ReplyDelete
  7. Wa alaikum a kl citizen.

    Begitulah kita doakan semuga tidak ada yang terkorban dan banyak harta benda yang musnah.

    ReplyDelete
  8. mr GHA

    Masalahnya budak-budak sukar dikawal. Bila dapat main banjir, mereka akan lupa bahaya. Makan pun mereka akan lupa.

    ReplyDelete
  9. Assalammualikum..
    Bro nak tanya sikit..
    Jalan dari Jeli ke Pasir Puteh teruk ke dilanda banjir.. Kalau banjir ada jalan alternative lain ke.?

    Saya nak balik khamis ni..
    dari Ipoh..

    ReplyDelete
  10. Wa alaikumussalam Tok Ketua.

    Setakat yang saya tahu hari dari Jeli ke Pasir puteh masih ok. Cuma Jeli ke Rantau panjang saja yang tenggelam dan sedikit di Dusun Durian dekat Kuala Krai.

    Jalan altanatifnya melalui Jeli-Machang-Kota Bharu-Pasir Puteh atau Jeli-Tanah Merah-Pasir Mas- Kota Bharu-Pasir Puteh.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa