Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 21, 2009

Sipenumpang Dan Adik

Cerita Adik (anak kedua saya) :

Pada suatu malam bila Adik hampir terlelap tiba-tiba radio di biliknya berbunyi, terpasang dengan sendiri. Adik ingat dia sendiri yang lupa untuk off. Jadi dia bangun dan offkan. Selepas itu dia kembali ke katil dan tidur kembali. Bila hampir terlena, radio terpasang lagi dan dia bangun dan offkan switch plug kat dinding dan kembali tidur.

Kali ini bila dia hampir terlelap perkara yang sama berlaku. Radio terpasang lagi. Dia bangun dan cabut plug kat dinding dan kembali ke katil meneruskan tidur. Tapi kali ini pun perkara yang sama berulang, radio terpasang lagi walau pun plug dah ditanggalkan dari socket. Akhirnya Adik berkata "Kalau kau nak dengar radio, kau dengarlah. Aku nak tidur. Kalau kau dah puas dengar, kau jangan lupa offkan". Selepas itu adik tertidur.

Bila adik bangun pagi tu, radio sudah tak berbunyi dan plug masih tanggal dari socket!

Bila adik cerita kepada saya, saya pesan kat adik "Lain kali halau dia keluar dengar radio kat luar, jangan ganggu aku. Aku nak tidur" Tengok nanti apa jadi.

16 comments:

  1. Salam Abe..
    ish.. ni macam kerja jin notti je.. kejadian seperti ni pernah saya alami dulu semasa dirumah sewa bujang, yang selalu terkena ialah kawan saya.. Hp atau cicin dia selalu hilang.. bila penat cari lama baru jumpa terletak kat bawah kerusi dan di bawah meja.. memang notti jin ni.. kalau kita layan makin menjadi-jadilah notti jin nih.. hehe..
    Nak tanya sikit ni.., Abe ada tau tak berkenaan dengan batu serai..saja nak tau je...

    ReplyDelete
  2. 20 tahun yang lalu semasa tinggal di Malacca Country Resort, saya pasang air-cond dan kipas siling off. Tapi bila sudah nenyak tidur, saya rasa badan panas dan bila celik mata (pukul 2 pagi) saya tengok kipis siling pusing ligat dan air-cond off. Hanya saya seorang yang dalam bilik jadi mustahil ada orang lain yang buat. Saya tak dapat tidur dan mula baca Quran dan berdoa sampai pagi.

    Pagi pagi saya check out dan tobat tak menginap disitu lagi

    ReplyDelete
  3. Salam ayahnda,
    he he.. lucu pun ada dengar cerita ni.
    Ini sudah lebih,nampaknya si pemalas yg menumpang kat rumah ayahnda tu macam memberontak je?

    ReplyDelete
  4. Meremang lak bulu tengkuk saya...berani betul anak Tuan..macam bapaknya.

    ReplyDelete
  5. wa pernah alami dua tahun lepas dalam bulan puasa pulak tu. Sapa kata jin kena ikat dlm bulan puasa ? menda tu muncul betul2 di kaki katil wa. Tegak berdiri, berbungkus putih dan muka nyer jelas kelihatan. wa halau menda tu kuar dengan surah An Nas.

    ReplyDelete
  6. Anonymous.

    Mungkin Jin notti kot.

    Batu serai tu biasa dengar tapi tak biasa tengok lagi.

    ReplyDelete
  7. Salam Man.

    Jawab komen kat atas tu sebenarnya untuk Man. Maaf tersilap address.

    ReplyDelete
  8. Anonymous

    Memang kebiasaan tempat macam tu adalah tempat kegemarannya. Sunyi dan jarang dihuni.

    Jarang kita boleh lupa peristiwa begitu.

    ReplyDelete
  9. Ijoks2009

    Kalau memberontak memang kurang asamlah. Dahlah duduk free!

    ReplyDelete
  10. Tok Rimau

    Anak-anak saya dah biasa dengan keadaan sejak kecil. Mereka saya bawa ke hutan dan gunung sejak Along berumur 7 tahun dan adik berumur 5 tahun. Jadi mereka sudah biasa dengan keadaan begitu

    ReplyDelete
  11. wachak

    Rupanya ramai yang lalui perkara begitu semasa bulan puasa.

    Ada satu n3 saya tentang budak sekolah kena histeria pada bulan puasa. Maknanya mungkin perbuatan Jin.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Saudara Mountdweller,

    Apa khabar Kota Bahru sekarang?

    Kalau saya jadi adik dah lama saya menjerit ketakutan dan berlari ke bilik emak dan ayah minta tolong!!!

    ReplyDelete
  13. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Kota Bharu dah hampir banjir. Rantau Panjang sudah.

    Nampaknya setakat ini kedua-dua anak saya ni degil sikit. Ada di n3 yang lalu saya ceritakan Along dan Adik mengepung dan nak menangkap benda tu. Tapi memang mustahil berjaya.

    ReplyDelete
  14. Teringat filem Pendekar Bujang Lapok.

    " Hai mambang tanah, mambang air, mambang ..

    ( jendela tertutup sendiri )

    .. hai mambang .. jangan main jendela, mambang ..

    Hai mambang tanah, mambang air, mambang api ...

    ( pintu tertutup sendiri )

    .. hai mambang, engkau main pintu pulak ?

    ( pintu terbukak sendiri )

    Terima kasih mambang ..

    .. kau bukak pintu, mambang .."

    ReplyDelete
  15. Sudin

    Alangkah baiknya kalau dia boleh menolong sesuatu. Contohnya jaga rumah ke atau kemas rumah. Berbaloi juga bagi dia tumpang.

    ReplyDelete
  16. wah,

    pak, amik dia kerja la jd maid dekat rumah ,,, hehehe,,, demand ek golongan ni sekarang hehehe,,,, dengor radio laktu, radio pe? THR ? HOT.FM? hahaha....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa