Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 28, 2009

Salah Satu Sebab Kenapa MPKB Kurang Duit

Apa yang saya paparkan adalah semata-mata untuk perhatian dan tindakan pihak yang bertanggung jawab. Ianya tidak melibatkan mana-mana parti politik, cuma secara kebetulan sekarang Kelantan diperintah oleh parti PAS. Bukan juga melibatkan kepimpinan TGNA mau pun YB Husam Musa.

Ianya semata-mata melibatkan urusan pentadbiran dan gerak kerja MPKB-BRI. Salah satu sebab kenapa MPKB-BRI kekurangan duit adalah kerana kurangnya penduduk yang membayar Cukai Bandar. Rasanya yang bayar cukai sepenuhnya hanyalah penduduk yang tinggal di pusat bandar sahaja kerana bimbang premis mereka disita. Sedangkan penduduk yang berada di pinggiran bandar ramai yang merungut. Dalam hal ini rakyat tidak boleh dipersalahkan 100 peratus.

Di bawah saya upload gambar-gambar yang cukup menarik untuk perhatian pihak MPKB-BRI
. Gambar-gambar ini saya rakam di sekitar tempat saya tinggal. Di tempat-tempat lain saya tidak tahu bagaimana keadaannya.

Kalau begini keadaan fasarana yang sediakan dan diselenggarakan, adakah kita dengan senang hati dan dengan kerelaan akan mengeluarkan duit untuk membayar cukai?

Dulu, semasa rumah siap dibina dan untuk mendapatkan CF semua orang dipaksa untuk membayar RM1,000 untuk bayaran penyediaan longkang. Sekarang rumah sudah berusia 23 tahun, bayang longkang pun masih tidak kelihatan. Jadi untuk menyalurkan air buangan penduduk terpaksa menggali sendiri lubang/telaga untuk itu yang setiap telaga menelan kos purata sebanyak RM400. Saya sendiri sudah menggali 2 telaga berkenaan kerana yang pertama sudah penuh.

Ini ialah telaga kedua saya

Ini pula adalah telaga yang pertama digali dulu

Di bawah adalah bayangan tempat
yang sepatutnya dibuat longkang


Keadaan yang menjadi belukar kecil
di tepi jalan kerana MPKB tidak peduli
.
Jalan-jalan ini pula banyak tempat yang gelap
kerana lampu jalan tidak disediakan atau
kalau dah ada lampu bulb pula yang mati.


Menyediakan tempat yang nyaman dan selesa
disedut oleh penduduk dengan menyediakan
tempat pembuangan sampah yang tidak terurus


Penduduk perpaksa membuang sampah dengan
mengangkut sampah menggunakan kereta sendiri.
Kereta akan berbau busuk dan menjadi sarang semut
yang berpindah dari sampah ke dalam kereta
ketika sampah diangkut dengan kereta.

Jarak dari rumah saya adalah lebih kurang 800 meter

Ini adalah keadaan di tepi jalan dan tiada tong sampah.
Keadaan ini penduduk yang salah.

Tempat ini adalah di belakang blok rumah YB Takiyuddin sendiri.
Keadaan begini sudah berlarutan selama 4 hari

Keadaan rumput di tepi jalan tetapi di luar pagar
rumah penduduk.Sekiranya tuan rumah mahu cantik
dan bersih terpaksa keluar duit sendiri
mengupah tukang potong rumput.


Keadaan jalan yang cukup selesa digunakan
oleh penduduk di sini.



Persoalannya adakah Pekerja MPKB-BRI yang malas atau pihak pengurusan yang tidak peka dan mengambil ringan tanggung jawab?. Harap maaf sekiranya ada yang tersinggung

5 comments:

  1. Hari ini dah hari ke5, sampah tidak diangkut dan makin banyak dan semakin membusuk!

    ReplyDelete
  2. Salam ayahanda,
    Tengok pada pic yg ayahanda letak tu situasi yg sama dialami ditempat saya. Sgt dukacita sekali. Kebersihan dipandang enteng. Sampah masih tidak diangkut dan semakin menimbun. Maggot semakin byk. Bila situasi begini akan berubah.

    ReplyDelete
  3. W'salam KiTTuN.

    Laa... di kawasan kediaman KiTTuN pun begitu juga rupanya. Ini bermakna sudah menjadi amalan di setiap tempat kot?

    Dekat rumah ayahanda, termasuk hari ini sudah enam hari sampah tak dianggkut. Mungkin esok Maggot dah jadi langau.

    ReplyDelete
  4. Siapa harus disalahkan dlm keadaan ni. Pekerja mpkb yg pungut sampah dah mogok ke? Sejak raya sampai hari ni sampah belum kutip lagi :(

    ReplyDelete
  5. KiTTuN

    Dekat rumah ayahanda, tengahari ini baru diangkut. Sebelum itu, busuknya Tuhanlah yang tahu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa