Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 25, 2009

Rintihan Orang Bawahan

Di n3 ini saya menunaikan hasrat seorang pengunjung ke blog ini supaya menyiarkan komennya. Saya faham kekecewaannya sebagai orang bawahan. Memang bagi Majikan, mereka berhak untuk menggantikan khidmat Lebih Masa dengan cuti gantian atau pun elaun lebih masa. Tetapi pihak Majikan juga perlu faham apa yang diperlukan oleh kakitangan biasa seperti insan ini.

Saya langsung tidak berniat untuk memburukkan sesiapa, hanya sekadar menunaikan permintaan insan ini yang menggelarkan dirinya Anonymous. Walau beliau tidak mendedahkan identitinya, saya faham di dalam situasi ini identiti sepatutnya tidak didedahkan.

Anonymous Anonymous said...

Salam tuan blog, tolong siarkan,

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???

Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.

Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI

Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”

KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.

KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,

KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.

INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN

November 24, 2009 9:30 PM

18 comments:

  1. kat laman blog ibnu hasyim pun ada..

    ReplyDelete
  2. mr edz

    Kalau begitu, beliau memang insan yang kecewa dengan layanan Majikannya.

    ReplyDelete
  3. bagus juga dedah kan masa ini ...rasanya masa ini sesuai....kalau boleh TGNA beritahu...

    ReplyDelete
  4. Salam ayahnda,
    Penghandar email ni ,menghantar kisahnya hampir kebanyakan blog.
    Ni yg musykil sikit.Adakah tidak mustahil ia adalah propaganda Umno?

    Memg diakui ada berlaku kepincangan dalam MPKB.Tapi xkan hamba Allah ni hantar email dia hampir kesemua blog2 popular...

    ReplyDelete
  5. Salam Ayahanda,

    Dalam blog saya pun ada, hasil dari posting N3 tersebut malam tadi, saya dihubungi oleh beberapa rakan blogger yang kini berada di Kota Bahru.

    Mereka telah berjumpa dengan pengadu tersebut, dan aduan tersebut adalah benar.

    Tunggu sahaja dalam masa seminggu ini, segala dokumen berkaitan akan didedahkan.

    Exco YB Takiyuddin Hassan bertanggung-jawap selesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  6. Sdr. gayapeneroka

    Memang saya pun fikir begitu. Sebab kalau ada sebarang kepincangan boleh dibaiki dan diperbetulkan sebelum PRU13. Sekurang-kurangnya mereka masih ada masa memperbaiki diri sekiranya benar seperti yang di dakwa .

    ReplyDelete
  7. Salam Pakdin,

    Tiada angin, masakan pokok bergoyang?

    Sudah terang lagi bersuluh, sesuatu harus dilakukan demi memastikan kejatuhan Terengganu tidak berulang.

    Seingat saya, kelemahan pentadbiran ketika PAS menguasai Terengganu juga penyebab gagalnya PAS mempertahankan majoriti yang diperolehnya pada 1999.

    Semoga pihak di atas buka minda. Rakyat hari ini tak boleh dimomokkan seperti dulu.

    ReplyDelete
  8. W'salam anakanda ijoks2009

    Bagi ayahanda walau pun betul atau tidak betul mau pun propaganda UMNO, tetap ada manafaatnya.

    Mengikut pengalaman ayahanda yang berkhidmat dengan kerajaan selama lebih 31 tahun, setiap jabatan ada kepincangan masing-masing. Adalah bohong dan temberang kalau mana-mana jabatan kerajaan menegaskan yang jabatannya ok di dalam semua seksen.

    Kalau betul, mereka perlu perbetulkan demi imej kerajaan dan negeri yang digelar serambi Mekah dan berteraskan Islam. Lainlah sekiranya MPKB-ABRI sendiri ingin menjatuhkan PAS di Kelantan.

    Kalau tidak betul pun, pihak yang dituduh perlu memperkemaskan diri supaya tidak ada atau nampak lagi kepincangan yang ada. Meraka masih ada masa sebelum PRU13.

    ReplyDelete
  9. W'salam anakanda Isa

    Kalau benar begitu YB. Takiyuddin perlu membuat lawatan dan pemeriksaan di MPKB_ABRI dan perbetulkan mana yang tempang dan berlaku ketirisan.

    YB Takiyuddin tinggal berdekatan dengan rumah ayahanda. Kalau terserempak mungkin ayahanda boleh bertanya. Mungkin perkara ini di luar pengetahuannya.

    MPKB masih ada masa yang cukup untuk memperbetulkan diri sebelum PRU13.

    ReplyDelete
  10. W'salam sdr. Brahim.

    Betul tu. "Masakan tiada angin, pokok bergoyang" Tapi mungkin juga ada beruk yang nak jatuhkan PAS goyangkan.

    Tapi macam kata sdr. Brahim, benar atau tidak pihak MPKB-AMRI perlu buka minda dan lebih mesra kakitangan dan kebajikan mereka.

    Nampaknya ribut sangat kuat di Kelantan sekarang macam angin tengkujuh juga. Kekalahan PAS di Terengganu juga adalah kerana syok sendiri dan sikap tak apa...

    Perangkap musuh ada di mana-mana. Janganlah jadi "kepala batu"

    ReplyDelete
  11. Mak Su

    Memang benar cakap Mak Su. Perkara yang besar atau kecil yang melibatkan intergriti dan keteluasan jabatan/pemerintahan perlu diambil perhatian segera kalau tidak mahu merana nanti.

    ReplyDelete
  12. isu nih?? hahaha.. lama dah geng bawahan tu duk merintih...

    tak larat nak mengadu...

    dah la gaji rendah, dengan duit kerja lebih masa baru lah senang sikit, dapat lah buat sikit-sikit pinjaman nak beli rumah ke, motor ke, kereta ke...

    tapi bila dah tak bayar duit kerja lebih masa, dah tak pasal-pasal duit jadik tak cukup lepas ditolak pinjaman [yang selalunya dibuat secara potongan gaji]...

    dah tu.. bila tak cukup... takkan nak bayar bil letrik, bil air, beli ikan dengan cuti weh...

    pikir lah sama masalah orang bawahan... mereka pun nak hidup... geng atasan nih... dah la bergaji besar... duk pegi melawat sana-sini dengan alasan lawatan sambil belajar... tolong la... lawatan sambil belajar ni... dari sekolah dulu pun dah tau kelentong je... bukan ada yang dipelajari pun...
    tengok la sikit-sikit.. pas tu perasan-perasan nak tiru.. balik... satu kertas kerja pun tak buat... sudahnya.. mana hasil lawatan??

    duit kerja lebih masa tidak dibayar dengan alasan, takde duit... tapi pergi melawat merata tu... ada pulak duitnya...

    jangan ingat orang tak tahu benda nih... ia adalah satu rahsia yang semua orang tahu...

    baru balik dari perth... ni lepas raya dengar-dengar nak pegi lagi... ke dubai ke mana tah...

    dengar cerita malam ni.. ramai kena kerja sampai malam... pasal esok SPRM nak datang... kenapa gelabah sampai macam tu??

    elok la didedahkan semua ni, biar mereka tahu tanggungjawab dan dapat bersihkan mpkb sendiri dari ketua-ketua yang tidak ada rasa tanggungjawab nih... pengarah-pengarah tu pun... pusaka dari kerajaan mat yaakob dulu... cuma yang dikesalkan... ahli majlis pun bersekongkol sekali... tidak ada rasa nak membela buruh... cemana nak menjadi negara berkebajikan kalau perangai tak semenggah gini....

    kepada yang rasa ni kerja amnu... hahah... korang ingat orang pas ni nak biar ke kalau pemimpin macam nih?? orang pas tolak amnu pasal tak nak pemimpin macam ni... tapi kalau pemimpin pas nak berperangai macam orang amnu jugak... leh jalan laaaaa!!!!

    ReplyDelete
  13. Anonymous.

    Semua alasan saudara adalah benar cuma apa yang pihak atasan buat saya tak tahu hanya kakitangan Jabatan itu saja yang tahu. Maka saya tidak boleh mengiakan, saya takut saya berdosa.

    Saya jadikan ini sebagai n3 adalah kerana simpati saya terhadap kakitangan yang saudara klaskan "Hamba abdi" dengan harapan pihak Pengurusan Jabatan terkejut dari lena yang panjang dan memperbaiki keadaan.

    ReplyDelete
  14. oppsss... bila pulak saya sebut hamba abdi? hihihi...

    pasal cerita nih... banyak lagi akan menyusul selepas nih...

    kalau tak kena gaya... sibuk lagi la sprm minggu nih... ada yang raya dengan rasa tak seronok...

    ReplyDelete
  15. Anonymous

    Cerita selanjutnya sedang ditunggu-tunggu. Ramai bloggers yang menyatakan semua terklas di dalam kerahsiaan akan keluar sikit demi sikit. Inilah yang lebih menarik. Perisik Rakyat sudah mengiyakan.

    SPRM memang sedang mencari kerja. Mungkin mencari pencuci untuk membersihkan banyak arang yang terpalit di muka. Biarlah mereka dengan kerja mereka.

    ReplyDelete
  16. harap2 blog ni jgnlah sampai dijadikan medium untuk memfitnah dan memburukkan keadaan. sayang sekali.

    ReplyDelete
  17. Anonymous

    Terima kasih di atas peringatan saudara. Sebenarnya itulah perkara yang saya tidak mahu terjadi.

    Maksud sebenar saya tentang ini hanyalah menyampaikan rintihan orang bawah. Macam komen saya di ataslah "Mengikut pengalaman ayahanda yang berkhidmat dengan kerajaan selama lebih 31 tahun, setiap jabatan ada kepincangan masing-masing. Adalah bohong dan temberang kalau mana-mana jabatan kerajaan menegaskan yang jabatannya ok di dalam semua seksen".

    Kalau betul sebagaimana tuduhan, mereka perlu perbetulkan demi imej kerajaan dan negeri yang digelar serambi Mekah dan berteraskan Islam. Lainlah sekiranya MPKB-BRI sendiri ingin menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.

    Kalau tidak betul pun, pihak yang dituduh perlu memperkemaskan diri supaya tidak ada atau nampak lagi kepincangan yang ada. Meraka masih ada masa untuk pembetulan sebelum PRU13.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa