Di bawah adalah komen sahabat itu.
Anonymous said...
Maaf kalau komen saya nie pedas sikit. Dah berganti zaman, tapi perangai Melayu masih tidak berubah, jin dan iblis memang wujud tetapi hantu tidak wujud kecuali jelmaan mereka sahaja. Syaitan dan iblis memang suka memperdayakan manusia. Nak cari hantu dalam bentuk imej? Sedangkan dah disebut dalam Al-Quran kewujudan jin dan syaitan, kalau kita percaya pada Al-Quran itu pun dah mencukupi. Syaitan dan iblis ada banyak cara untuk melalaikan dan melaghakan manusia, antaranya menyucuk-nyucuk manusia agar pergi mencari lembaga/puaka sedangkan kalau selak kitab suci Al-Quran dah jelas buktinya. Sedarlah wahai umat Islam bangsa Melayu!
mountdweller said...
Salam Anonymous
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan nasihat. Alhamdulillah.
Saudara betul, Yang disebut di dalam Alqur'an hanya Syaitan,Iblis dan Jin serta peranannya kepada dunia dan manusia. Dan dari golongan inilah manusia bukan hanya Melayu sahaja mewujudkan perkataan HANTU/Ghost. Saya sudah sebutkan di ruangan balas kepada komen seorang sahabat di N3 saya selepas ini.
Pada saya, perkara ini tidak salah sekiranya kita tidak terpengaruh oleh tipu daya mereka untuk merusakkan Iman kita. Saya hanya mencari kelainan cabaran. Saya juga pada mulanya mengatakan gambar super impose oleh individu-individu semata-mata untuk fun.
Satu pertanyaan saya, adakah anda pernah alami detik getir atau detik yang menakutkan?
Hanya satu cara untuk menguji kekuatan Iman yang ramai orang bercakap besar tentang ini ialah, sila naik ke puncak gunung meredah belantara berseorangan di waktu malam. Berani tak? Kalau takut, tak payah bercakap berkenaan tawakkal! Kalau tidak bertawakkal penuh, jangan bercakap tentang kekuatan Iman!
Maafkan saya, saya berkata-kata dari persepsi dan kepercayaan saya.
assalammualaikum
ReplyDeletedua2 betul....
Wa alaikumussalam a kl citizen
ReplyDeleteItulah sebabnya saya tertarik dengan komen beliau.
Yong nak kongsi cerita masa duduk di perantauan. Kawan serumah Yong kena sihir. Seorang ustaz rekomen pergi jumpa bomoh. Yong pun bawa dia sebab kawan Yong ni kot memandu dia sesat entah kemana (kerana penyakitnya). Habis berubat, balik ke rumah kami masuk bilik masing2. Dekat tengah malam kawan Yong ketuk pintu mengadu tak boleh tidur sebab rase seram dan takut. Yong bukan bomoh. Nak buat camne. Yong ade buku doa akasah. Yong baca dekat air sejuk lepas itu bagi kawan Yong minum. Dia pun minum. Yong tunggu sampai dia tidur. Yong masuk bilik, Yong pulak tak boleh tidur. Malam tu Yong dengar macam rumah Yong dibaling pasir. Ia berlaku sampai subuh. Yong baca ayat kursi je. Itulah citer Yong. Jadi Yong percaya negative energy jahat tu memang ade mengacau orang. Kita orang Melayu kata antu. Species jin.
ReplyDeleteislan tak menyusahkan umatnya..nak buat apa panjat gunung , masuk hutan sorang diri kian susah namanua..ngok
ReplyDeleteAnonymous
ReplyDeleteHaa... kan orang mengaku Islam dan beriman sudah marah.. sudah hilang imannya!!
Inilah contoh Melayu yang mengaku sudah cukup Islam dan beriman pantang diprovoke.
Sama jer dengan sesetengah yang ada jadi pemimpin PAS itu.
Salam Yong
ReplyDeleteBetul tu, memang mkhluk ini suka buat kacau supaya manusia yakin yang dia berkuasa. Maka kita juga akan yakin dengan bomoh bukan yakin dengan kuasa Allah. Maka syiriklah kita.
Mereka tetap akan kalah dengan Ayat-Ayat suci Alqur'an.
Salam MD
ReplyDeleteKesian Anonymous, dia belum kenal siapa mountdweller.
Tapi tak apalah takkan nak komen pun kena baca semua n3 dan profilenya lagi pun n3 ini terbuka untuk perbahasan
W'salam pakdie
ReplyDeleteTak apalah pakdie, betul tu. n3 ini terbuka untuk komen dan perbahasan.
Semua orang tidak semuanya salah dan tidak semua orang semuanya betul. Kita manusia yang tentunya lemah.
Drp pembacaan Quran & hadis s.a.w. kita akan faham tentang sikit benda ghaib ni iaitu termasuklah hal kiamat, syaitan, iblis, jin...literally...+ penafsiran Quran pun sapa rajin baca pun akan tau & me+kan keyakinan (iman masing-2).
ReplyDeleteTak salah Pak Din mencari 'hantu' apa-apa bentuk sekalipun hanya untuk merakam fotonya untuk tatapan sendiri & umum...Ok apa?
Aku suka..pasal tak payah aku pegi...hehe.
sebenarnya, pasal aku yakin Pak Din buat tu semuanya kerana Allah...Bukan untuk menyengutukan-Nya atau meminta pertolongan benda halus ni. Jadi apa salahnya.
Tok bomoh pun bukan semuanya sesat lagi menyesatkan atau syirik, kan Pak Din?
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteWalau bagaimana zaman berubah tidak semestinya kita orang Melayu tidak mahu tahu dan ada Ilmu mengenai makhluk Ghayb yang memang disebut hakikat mereka dalam kitab suci Al-Qur'an.
Hanya kerana disekeliling kita semua telah moden dan penyelidikan yang dijalankan semuanya berasaskan sains yang boleh dilihat dan disentuh tidak semestinya kita tidak boleh merangkakaji sesuatu yang diAlam Ghayb yang kita tahu dan kenal dengan HATI dan IMAN kita.
Dan percayalah, janganlah kita sombong walau bagaimana tinggi kita rasa Ilmu Agama kita dan memandang 'remeh' pada mereka yang mahu mempelajari dan menyelidiki dengan lebih lanjut perihal makhluk ghayb kerana pada suatu hari nanti kita mungkin amat memerlukan pengetahuan dan pengalaman yang telah mereka lalui dan pelajari.
Salam saudara Anony November 7, 2009 10:43 PM...
ReplyDeleteSebenarnya penulisan PakDin membawa utk kita berfikir tentang makhluk ciptaan tuhan baik diri kita ataupun jin dan syaitan tu sendiri...kita masih lagi berpegang kepada kewujudannya..dan istilah samaada hantu,rasuk dan sebagainya tu adalah berbalik kepada perkara pokok dari penceritaan PakDIn..Saya rasa mungkin saudara berpegang kepada istilah atau perkataan yang digunakan PakDin.."Hantu"...
Kalau PakDin guna tajuk mcm nih...
"BURU JIN / SYAITAN LAGI, PULANG HAMPA"
maybe saudara Anony boleh terima...
Hanz
ReplyDeleteBatul hanz. Saya mencari kebesaran Tuhan untuk kita tatap dan fikir. Bukankah semua yang dijadikan ini adalah rahsiaNya? Itu sebabnya saya jadikan N3 di sini.
Maka itulah manusia suka mengkaji dan meneliti untuk berfikir. Penemuan di dalam apa bentuk kajian sekali pun akan menebalkan iman kepada yang sudah beriman dan memberikan faedah kepada manusia.
Bomoh yang berpandukan Alqur'an dan menunaikan fardhu kifayah bukanlah yang menyesatkan bahkan mereka mendapat ganjaran Allah dengan menolong sesama manusia. Mereka berubat dengan berdoa dan Doktor mengubat dengan kepakaran perubatan dan ubat.
Inilah hasil dari pengkianatan PAS dan PKR yang Beragama Islam dalam meraih Undi. Ianya seterusnya telah diikuti pula oleh anak anak Kafir ini. Apa lagi selepas ini??? http://www.papagomo.com/2009/11/gempar-ini-lah-hasil-dari-pelacuran-pas.html
ReplyDeleteWa'alaikumusslam Puan melayuangkat.
ReplyDeleteTahniah, N9 menang Piala Malaysia. Memang Kelantan patut kalah dengan permainan yang hambar dan bercelaru. Tak ada kelas langsung!
Benar Puan, kita akan menjadi lebih teruja untuk tahu sesuatu benda yang menjadi misteri kepada kita. Kita tahu semuanya cipataan Allah untuk kita tahu dan kaji.
Kalau kita tidak tahu, bagaimana untuk kita melawanya? Di samping itu kita akan membesarkan Allah secara langsung.
Kalau sebelum ini kita mendengar dan mungkin mengalami peristiwa suku sakat kita di rasuk, kita berusaha memulihkan dengan Ayat-Ayat Suci Alqur'an tanpa kita tahu siapa mereka/jin dan tidak tahu bagaimana rupa bentuk yang menyebabkan kebanyakan manusia takut padanya kekadang takutkan mereka melebihi takutkan Allah. Dan di sinilah kita syirik kepada kuasa Allah.
Terima kasih kerana menitipkan penerangan dan pandangan dari persepsi puan.
aaapit
ReplyDeleteBetul tu aaapit. Bagi Pak Din walau macam mana kita tidak mahu pun kepada mereka/jin dan Iblis kita tidak boleh lari dari kewujudan mereka.
Allah sudah tetapkan begitu.
Salam GOMO
ReplyDeleteTerima kasih kerana singgah. Entahlah apa nak jadi dengan politik kita.
Pakdin, biarkan orang nak kata apa. Pakdin bukan minta duit diorang pun.
ReplyDeleteKalau tak suka, dia tak perlu singgah dan berbalah dengan Pakdin.
Kelantan kalah, Pakdin.. Bacalah di blog saya.
Tapi pemain Kelantan tak perlu kecewa, sebab dapat buat umrah masuk final. Tu pun satu kejayaan.
Err, dah baca komen Aziz Bari dalam Adukataruna?
Pendapat Pakdin?
Salam sdr. Brahim.
ReplyDeleteBagi Pak Din perbalahan bukan merupakan sesuatu yang negitif. Perbalahan adalah percambahan idea.
Kekalahan bukannya sesuatu yang menyakitkan sekiranya kita bermain dengan baik dan memuaskan tetapi amat mengecewakan sekira permainan juga mengecewakan. Itulah hakikatnya, yang terbaik akan menang dan N9 berhak untuk menang.
Insya Allah saya akan tengok ulasan Prof Aziz di blog AT nanti.
Salam PakDIn dan bloggers...
ReplyDeleteKelantan Tewas...bagi saya bukan perkara besar..ada beberapa pendpt saya yg menyebabkan Kelantan kecundang lagi di tgn N9:-
1)Kalau dilihat dari taktikal permainan..penggerak utama kelantan seperti NorFarhan,Indra,Daudsu tidak dapat bergerak seperti biasa..Jelas kelihatan pada Norfarhan bila diikat kemas oleh shukor adan
2)Jika dibandingkan dari segi pengalaman..Pemain N9 lebih berpengalaman..Idris karim,Ching Hong Aik,Shukor Adan-tu semua nama2 yang berpengalaman luas..dan kelantan dibarisi boleh dikatakan sebilangan besar anak muda kecuali Halim Napi dan Indra..At least satu pengalaman berharga buat anak muda berdepan dengan suasana final Piala Malaysia bukan sahaja menekankan kepada faktor taktikal tetapi juga spiritual dan emosi..
Cuma yang mengecewakan..
1)Kenapa perlu dirosakkan harta awam?
2)Menimbulkan suasana tegang dan huru dan seterusnya membahayakan org sekeliling...
Dan yang membanggakan...senario bolasepak Malaysia ada positifnya dengan penglibatan sebilangan besar penyokong menghidupkan suasana...
Teruskan demi Harimau Malaya..
Salam uncle....saya sangat suka mendengar activity uncle terkini....dan...jawap uncle jawap terhadap anonymous amat bernas sekali...kerja yang uncle kerjakan ini tidak ada lain melainkan utk beriman kepada "Tiada Tuhan Melainkan Allah"...berapa orang yang boleh praktikkannya dengan betulkan uncle
ReplyDeleteW'salam aaapit
ReplyDeleteKelantan kecundang akibat kegugupan di perlawanan akhir kot? Sebab rata-rata adalah pemain muda. Tak apa, walau pun tewas mereka telah buktikan kecemerlangan sehingga layak ke perlawanan akhir. Tahniah untuk N9 dan Syabas untuk Kelantan.
Perkara dan pernagai negatif inilah yang memalukan kita di mata orang lain. Kerusakan yang dilakukan terhadap harta awam tidak perlu untuk menyatakan protes. Sukan tetap sukan, kalah menang kan itu pertandingan. Harta awam itu adalah harta kita/rakyat.
Pak Din harap sangat Pasukan Malaysia akan bangkit kembali di arena antarabangsa dan Asia sepertimana di era 70'an
W'salam zikri
ReplyDeleteAllah galakkan kita tahu dan kaji. Walau pun ada disebut di dalam Alqur'an tetapi tidaklah secara detail. Allah sebut hanya kejadiannya, perangainya dan azam Iblis nak rusakkan anak Adam. Selebihnya kita cari sendiri.
Di satu sudut memang dikatakan jenis gila. Tetapi kerana manusia gilalah kita menikmati bermacam teknology yang ada sekarang. Sayangnya yang gila itu semuanya Orang Puteh dan Jepun. Kita hanya setakat baca Alqur'an, berlagu, tajwid saja. Tidak mahu mengkaji dan mendalami. Kekadang makna pun kita tidak peduli. Kalau dihisab hanya berapa peratuskah dari kita yang memahami ayat-ayat Alqur'an yang kita baca di dalam solat setiap hari.
Sebenarnya inilah kelemahan kita tidak mahu keluar dari ruang lingkup kepompong minda yang sempit.
Terima kasih zikri.
Setuju, PakDin... selagi belum rasa sendiri, sapa pun boleh cakap...
ReplyDeleteSalam ayahda,saya juga cukup kecewa dgn perangai sesetengah penyokong kelantan yang selalu buat kecoh.Saya rasa mereka ni bukannya minat bola sangat cuma pergi ke stadium untuk bersukaria dengan merosakkan harta awam saja.buat malu negeri saja.
ReplyDeleteSdr. Demang
ReplyDeleteTerima kasih di atas kunjungan Demang. Itulah salah satu mentaliti kita yang payah nak diubah. Kekadang kita tidak merasa sebagaimana orang lain rasa lalu kita memperlekehkan.
Kita terlalu ego dengan apa yang ada pada kita. Riak menjadi perkara lumrah kepada yang dirasakan pandai Agama. Tengoklah sebuah parti yang rata-rata dipimpin oleh manusia yang tahu Agama tetapi pantang disentuh dan cakap berbelit-belit.
W'salam ijoks2009
ReplyDeleteMereka hanya pergi untuk bersuka-suka dan nak tunjuk samseng. Berotakkan lutut, berakalkan nafsu. Maka timbullah sifat binatang yang ada dalam diri.
Sesetengah tu mungkin KL pun itulah kali pertama sampai.
Saya rasa tak salah nak kaji alam Ghaib. Mat Salleh pun percaya pada Vampires, Werewolf, Angles & Demons dsb.
ReplyDeleteDalam masa sama Mat Salleh buat kajian bulan bintang, buat kapal induk (Aircraft Carrier), buat kapal selam canggih, hantar robot kat planet2, kaji air atd tak atas plenet Mars dsb.
Tapi masalah nye, Melayu terlebih kaji hantu. Apakata kalu Melayu buat kajian2 yang boleh bagi manafaat pada manusia sejagat pulak? Buat roket tembak Israel? Kalu itu payah, apakata Melayu buat kajian senapang canggih (laser) untuk pertahan diri pulak? Kalu itu pun tak boleh, apa kata buat kajian supaya dapt guna hantu2 jadi askar melayu, pertahan kedaulatan ugama? Atau, kajian makjun yang boleh ubat kanser? Atau buat kajian cari jenis hantu yang boleh ubati barah?
MRSM Kalae Chepo 66/73
Anonymous
ReplyDeletePandangan anda betul dan memang ada lojiknya. Kita tidak ada kemampuan untuk kajian Alqur'an sebagaimana Mat Salleh buat. Tapi bab Hantu ni, orang tua dulu sudah buat dengan menggunakan Hantu Raya melakukan kerja-kerja berat di ladang dan sawah.
Namun begitu kita masih terikat dengan Hukum Agama. Tetapi kalau ada kaedah tertentu yang tidak menyalahi hukum rasanya tidak akan ada masalah. Apa yang perlu adalah kajian hukum dan kajian kaedahnya.
salam uncle
ReplyDeleteMasih tetap suka dan mau baca pengalaman uncle. Ini kerna zaman sekarang ini walaupun dunia semakin global dan tinggi teknologinya tapi hakikatnya masih ada dari kehidupan sebenar kita .. tentang pelbagai kejadian yang ada kaitan dengan gangguan-gangguan luar. Gangguan yang hanya orang berilmu sahaja mampu untuk merawatnya dengan izin Allah s.w.t
Pencarian dan mendalami ilmu apapun rasanya tak salah jika tujuannya untuk mendekatkan diri kita denganNya..
p/s - baru tau tentang kisah TG tu.. ermm.. kasihan TG..
W'salam Rashid
ReplyDeleteApa yang uncle lakukan adalah semata-mata nak pastikan benar atau tidaknya apa yang diceritakan orang tentang berbagai jenis Hantu. Kita tahu mereka terdiri dari golongan Jin, Syaitan dan Iblis yang disebut Allah di dalam Alqur'an.
Oleh kerana Allah kurniakan kelebihan tertentu kepada mereka maka mereka sesuaikan diri dengan keadaan tempat dan suasana. Maka manusia pun gelarkan dengan pelbagai nama sesuai dengan jelmaan dan persekiran mereka. Itulah yang uncle dapat setakat ini.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang belum terbongkar sebab jarang manusia yang mempunyai keberanian untuk melakukan siasatan sendiri cuma hanya dengar dari Bomoh dan Dukun sahaja. Mungkin benar, mungkin juga temberang untuk upah yang lumayan dari berdukun.
Uncle rasa untuk perbincangan lanjut, lebih baik melalui email.
"Tapi masalah nye, Melayu terlebih kaji hantu. Apakata kalu Melayu buat kajian2 yang boleh bagi manafaat pada manusia sejagat pulak? Buat roket tembak Israel? Kalu itu payah, apakata Melayu buat kajian senapang canggih (laser) untuk pertahan diri pulak? ...."
ReplyDeleteSetuju dengan sebahagian pendapat ini. Kenapa umat Islam sibuk nak memperkatakan/membuktikan kewujudan hantu ini. Baiklah lepas terjumpa jin, cuba beritahu saya apa kajian seterusnya? Paling tidak, akan bawak balik cerita kepada rakan2 tentang sekian2 lokasi, ada sekian2 makhluk, yang rupa dia sekian2, kemudian dipamerkan hasil tangkapan kamera. Kemudiannya apa? Apa hasil yang boleh dicapai kemudiannya? Kemana selepas itu? Sebab tu pada sayalah, kerja ini membuang masa. Tidak lain tidak bukan kerja membuang masa nie adalah hasutan syaitan juga. Pergi ke kawasan bukit bukau dengan niat nak mengambil gambar. Bila dah terkena gangguan, berubat pula dengan amalan yang bercampur aduk dan tiada dalil yang sahih.Kerja sia-sia.Tentang cabaran Pak Din, agar saya pergi naik ke gunung/hutan secara bersendirian, saya akui saya tidak cukup iman di dada untuk berhadapan dengan gangguan jin/syaitan. Saya yakin hanya Allah yang dapat mengenakan gangguan dan menyembuhkan gangguan dan kemungkinan untuk diuji itu tetap ada di tempat2 sedemikian. Bak kata orang tua-tua , tiada beban, batu dipikul. Cukuplah sekadar bukti yang benar dari surah dalam Al-Quran sahaja.
Salam Anonymous
ReplyDeleteSebenarnya Pak Din tidak marah atau ambil hati atas apa saja pendapat. Bukankah Pak Din kata perkara ini dibuka untuk perbahasan. Melalui perbahasan akan mencetuskan idea dan percambahan minda. Dan harus diingat semua pendapatan dan pandangan adalah betul dari sudut orang yang melontarkan pendapatnya.
Pak Din juga setuju dengan pandangan Anonymous tentang kajian yang bermanaat untuk manusia sejagat. Itu adalah fardhu kifayah.
Cuma mungkin Anonymous tidak tahu atau tidak faham ialah aktiviti yang Pak Din buat semata-mata sebagai hobi dan suka-suka. Pak Din panjat Gunung dan Trekking adalah hoby yang mendatangkan duit. Samalah juga aktiviti mencari imej hantu. Pak Din suka dengan kativiti ini dan cuba mendalami apakah benar apa yang orang lain/bomoh/dukun cakap tentang makhluk ini.
Handal sangatkah makhluk ini sehinggakan boleh dikatakan majoriti manusia takut?
Segi sia-sia atau tidak tentang apa yang dibuat adalah bergantung kepada persepsi. Dan semua kita yang berakal memang ada persepsi masing-masing dan tidak akan dipertikaikan oleh manusai yang waras. Mungkin persepsi bagi A adalah sia-sia dan bagi si B pula tidak dan ada faedah. Jadi kita tidak boleh bergaduh tentang persepsi.
Ini adalah kerana kita dari makhluk yang dijadikan dan semestinya lemah. Maknanya kita tidak semuanya betul dan tidak semuanya salah, begitu juga dengan orang lain.
Terima kasih Anonymous.