Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 15, 2009

Mindanya Terkurung?

Saya petik 2 dari 10 perkara yang ditulis oleh Ketua Pemuda PAS yang bertajuk Tok Guru Jadi Mangsa dari dalam blognya Episode Sebuah Perjuangan.

Kita boleh nilai sendiri kewibawaan dan keterbukaan penulisnya sebagai seorang Ketua kepada Pemuda PAS.

9. Hari ini mereka masih menyerang dan melebarkan ruang persepsi buruk yang sengaja mereka cipta dengan mengambil peluang atas keadaan yang ada , setelah mereka juga tahu bahawa Tuan Guru adalah seorang insan yang bertaqwa dan tidak mungkin mengamalkan rasuah . Tidak mudah mereka mahu melumpuhkan kewibawaan Tuan Guru dengan persepsi yang mereka bentuk kerana rakyat yakin Tuan Guru juga adalah seorang yang ikhlas memimpin negeri dan rakyat ke arah membangun bersama Islam .

10. Tegas saya nyatakan disini , bahawa kami pemuda - pemuda PAS seluruh negara , senantiasa bersama dengan kedua - dua Tok Guru [ Hj. Nik Abdul Aziz dan Hj. Abdul Hadi ] sekaligus menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan mereka sambil mengutuk sekeras - kerasnya sebarang percubaan untuk menjatuhkan mereka dengan cara yang tidak berhemah dan berakhlak .

Apa yang saya nak katakan ialah: Adakah dari persepsinya (sebab dia sebut "persepsi") teguran dan kritikan adalah untuk menjatuh dan memburukkan Pemimpin. Adakah baginya" tajaan" yang sekiranya diterima oleh seorang Penjawat Awan atau Ketua Kerajaan sebuah negeri atau negara tidak dikira rasuah?

Dalam bab ini saya agak terkilan, di manakah sekelian Penasihat TGNA? Takkanlah mereka tidak tahu apa akan jadi dan akibatnya sekiranya menerima apa-apa pemberian daripada pihak yang berkepentingan?

6 comments:

  1. sALAM pAKDIN.

    Katakanlah, watak TGNA ditukar kepada Ghani Osman, MB Johor atau MB Terengganu, Mat Said... Apakah Pemuda PAS takkan menyentuh isu nepotisme dan kronisme?

    Saya kira ini akan jadi senjata makan tuan untuk kempen PAs pada masa akan datang.

    Itu sebabnya saya minta sangat isu ini diselesaikan segera. Jangan anggap ini sebagai hentam keromo.

    Jika tidak, PAS akan jadi Titanic, tenggelam di dasar politik dan tak bangkit-bangkit lagi..

    Salam..

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    Mungkin itu "persepsi" dari dirinya. Lantak kat dia lah...

    Yang pasti selaku pemimpin/ketua Negeri mahupun Negara/Penjawat Awam, haruslah berhati-hati menerima ganjaran samada berkepentingan atau tidak kerana bakal menimbulkan fitnah.

    Arifahmi menantu TGNA pun satu fitnah juga kepada beliau.

    ReplyDelete
  3. Salam...
    utk kes TGNA ni sy rasa TGNA telah sedikit tersalah langkah...mungkin jika TGNA seorg alim tnp title sbg MB benda sedemikian adalah tidak salah..tp kali ini mmg diakui TGNA telah tersilap.

    tapi ape yg pasti TGNA bukan maksum..ada masanya tersalah langkah...tp perlukan kita perlu terus mengkritik TGNA yg mana pada masa yg sama akan mengeruhkn dan mencemarkan nama TGNA sekaligus PAS turut terpalit sama..di masa PR diserang hebat..kita patut terus memberi sokongan terhadap PR disamping cuba meneutralkn setiap serangan yg hadir...

    ReplyDelete
  4. W'salam Sdr. Brahim

    Bagi Pak Din walau terhadap siapa pun tetap salah dan perlu dihindari.
    Bagi orang politik mestinya akan menjadi modal politik pihak lawan.

    Betul kata Sdr. Barahim, walau sebesar mana pun kapal atau sehebat mana pun crewnya, sekiranya Captain tidak cekap kendalikan kapal dan crew pula asyik berbalah dan bergaduh sesama sendiri sudah pasti kapal itu tidak akan belayar dengan selamat. Lambat laun akan terlanggar beting atau batu karang dan tenggelam.

    ReplyDelete
  5. W'salam anakanda Isa

    Betul tu. Janganlah tidak ada beban batu digalas.

    Yang ayahanda sedikit kesal, bila ahli mengkritik dan menegur pemimpin dituduh pula konspirasi menjatuhkan. Bukankah banghal namanya.

    Maksum sangatkah mereka?

    ReplyDelete
  6. W'salam WMM

    Terima kasih kerna sudi singgah. Bagi saya pun memang TGNA tersalah langkah. Tetapi ke mana pergi Penasihat beliau atau Penasihat pun tidak faham dan tidak fokus akan silat tari politik?

    Di kala PKR menghadapi gegaran, PAS pula mencipta masalah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa