Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 17, 2009

Nokhtah

Saya berpegang kepada "Ingat mengingati, nasihat menasihati, tegur menegur adalah satu perkara yang dituntut" Akan tetapi di akhir-akhir ini perbuatan ini mendapat terjahan dan celaan pula. Terlalu ramai manusia yang "memaksumkan" diri dan diperakui pula oleh pengikut-pengikutnya kerana kaedah "Wala' ". Wala' telah menjadi wajib. Hukumnya kenalah tanya orang yang arif. Bila, di mana dan situasi macam mana "Wala' boleh diabaikan. Atau adakah ia telah menjadi wajib mutlak.

Oleh yang demikian mulai hari ini saya tidak akan membuat teguran lagi kepada sesiapa yang tidak mahu dirinya ditegur. Baik individu atau parti politik. Saya cuba menegur kerana saya sendiri pernah terkena. Sepatutnya saya tidak dedahkan di sini tetapi oleh kerana ramai dari angkatan baru yang mungkin tidak tahu dan tidak pernah alami atau dikhabari.

Saya menjadi aktivis PAS sejak dari saya di Tingkatan Enam Rendah lagi. Saya bergiat serius pada tahun 1978 bila mana Kelantan diMagerankan dan selepas itu diadakan Pilihanraya. Pada Pilihanraya itu PAS hanya tinggal 2 kerusi DUN. Dari situ PAS menguatkan diri dan bangkit sehingga memenangi PRU tahun 1990 di mana PAS merebut pemerintahan Kelantan dari BN.


Pada masa itu saya adalah Setiausaha Ranting dan Isteri saya Ketua Muslimah. Saya di amanahkan untuk mencari dan menyelia pengangkutan untuk mengangkut Pengundi dan Isteri saya diamanahkan menyelia Pondok Panas dan Polling Agen. Di pendekkan cerita maka berjanjilah orang-orang yang di atas akan membayar sebuah kereta sekian banyak dan yang bertugas di Pondok Panas dan Polling agen sekian banyak. Dari itu saya dan isteri pun berjanjilah pula kepada semua yang bertugas di bawah seliaan saya dan isteri. Ditakdirkan Allah, PAS berjaya menubuh kerajaan di Negeri Kelantan setelah BN kalah dengan teruk.

Selepas PRU dan PAS menang, semua orang yang di atas tadi sukar ditemui, sibuk merebut "ghanimah". Saya pergi menemui ADUN yang baru menang. Saya diberitahu yang duit itu telah pun diagihkan kepada sianu dan sianu dengan sekian banyak untuk membuat bayaran kepada orang yang terlibat. Malangnya bila saya berjumpa dengan sianu tadi dan menagih apa yang patut saya bayar kepada petugas di bawah seliaan saya dan isteri, sianu hanya berikan separuh dari apa yang dijanjikan.

Untuk mengelak dari saya dan isteri menjadi tohmahan dan dikatakan mungkir janji, maka saya dan isteri mengeluarkan duit sendiri untuk melangsaikan apa yang telah saya janjikan kepada semua Petugas. Jadi untuk tambahan dari separuh bayaran tadi saya pakai duit saya dan isteri, minyak kereta semasa kempen duit sendiri dan kekadang-kadang minum dan makan di Pos kempen pun duit saya juga.

Selepas PAS membentuk Kerajaan di Kelantan saya diberitahu kerajaan baru telah membuka permohonan mendapatkan tanah pertanian dan lot rumah. Oleh kerana Ketua Pemuda yang bertungkus lumus bertugas malam dan siang sepanjang masa kempen sebelum PRU dan semasa pembuangan undi dan beliau pula baru kawin dan masih melakukan kerja yang tidak menentu, masih menumpang di rumah Ibu Bapa kerana tidak berumah dan tanah tetapi mujurlah isterinya seorang Guru. Saya minta beliau memohon. Permohonannya ditolak dengan alasan, tanah itu bukan untuk penduduk bandar. Setelah diberitahu, saya akur kerana bagi saya kalau itulah syaratnya maka permohonan itu patut ditolak.

Yang menyakitkan hati saya ialah selepas beberapa bulan, seorang Ketua Ranting lain di Peti Undi lain bersebelahan kampung saya telah mendapat tanah yang ditawarkan. Beliau juga adalah penduduk bandar. Kenapa beliau dapat dan permohonan Ketua Pemuda saya ditolak!

Mulai dari hari itu saya mendiamkan diri dan tidak aktif lagi.

27 comments:

  1. salam Abe Din..
    merajuk kerana tidak dapat imbuhan?

    ReplyDelete
  2. Uncle Mountdweller, salam kunjungan.

    ReplyDelete
  3. W'salam Induk Yati.

    Jangan salah faham, bukan untuk Abe Din tetapi untuk Ketua Pemuda yang sepatutnya layak. Abe Din memang tak layak.

    Tapi membuatkan Abe Din terkilan tu ialah bohong dan tidak amanah bila berjanji. Kononnya berjuang kerana Islam, dapat sikit imbuhan sudah lupa janji. Dah mula kelentung.

    ReplyDelete
  4. Mak Su

    W'salam dan terima kasih. Uncle harap Mak Su sentiasa bahagia dan dirahmati

    ReplyDelete
  5. Pemimpin yang siakap senohong macam ni lah yang mencemarkan imej gerakan Islam.

    ReplyDelete
  6. Salam Ayahanda,

    Itulah sifat manusia, tak kira yang berjubah lengkap dengan tasbih tak lekang di tangan dan bezanya yang memakai kod dan bertali leher.

    Nafsu mengatasi segalanya. Itulah yang paling saya benci.

    Terutama sekali yang melaungkan perkataan memperjuangkan Islam. Dan mereka2 itulah yang saya gelarkan dalam blog saya sebagai "Syaitan Islam".

    ReplyDelete
  7. lepas terengganu jatuh kat tangan pas masa 1999, kerajaan nhegeri buat sitem bantuan rumah rakyat termiskin.

    seorang petugas pas di jerteh yang rumahnya tidaklah seburuk mana tetapi boleh dikatakan hiupnya agak susah ditawarkan bantuan itu

    tapi dia menolak, katanya ada lagi yg lebih memerlukan bantuan itu waktu ini

    dia bukan taknak, tpi kerajaan pas terengganu baru dibentuk dan sgt perlu mengambil hati rakyat.

    jdi peruntukan kebajikan biar lah diberi kepada golongan tas pagar yg selama ni tidak kenal sgt dengan pas akibat mainan media

    jd dia berkorban walaupun ramai setuju dia sebenarnya layak terima bantuan.

    walaupun pas kalah 2004 dan dia tak dapat bantuan di bawah kerajan bn, pakcik ni tak merajuk dan tak ugut nak tawakuf

    sekadar cerita untuk renungan je. takde kaitan dengan artikel penulis

    ReplyDelete
  8. semoga umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia di beri hidayah oleh Allah agar bersatu hati dan bertaqwa!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..

    salam ziarah uncle..

    sampaikan salam buat auntie ye?

    ReplyDelete
  10. lupa nak cakap..

    tq wishkan anniversary t ye! semoga t dpt berkongsi tips hidup bahagia mcam family uncle.. sekuat auntie zainab mengemudi rumah tangga bersama uncle dan anak2 yg berjaya.. insya allah..

    ReplyDelete
  11. Yang menyakitkan hati saya ialah selepas beberapa bulan, seorang Ketua Ranting bersebelahan Peti Undi saya telah mendapat tanah yang tersebut???????

    apa ni....?????

    ReplyDelete
  12. salam.
    itulah tanda2 awal munafiqun.
    bila berjanji tak ditepati.
    tiada langsung perasaan bersalah.
    bermegah2 lagi adalah..

    sekadar pandangan.
    wallahualam.

    ReplyDelete
  13. aku ingat bukan soal sapa-sapa merajuk dalam berjuang. Kalau merajuk pun tak salah kot, adat ler, tu normal pada manusia. Orang hebat pun ada masa dia layan perasaan jugak. TGNA merajuk ker tak dapat gi haji? Mungkin. Tun Mahathir pun pernah merajuk. Pasal hal lain ler bukan hal dia tak dapat sponsor pi buat haji,tu dia tak kisah pun, tapi dia aktif/teruskan lagi selepas merajuk tu.
    Back to topic, sebenarnya, Pak Din cerita hal sifat BERBOHONG dan sikap TAMAK dah menular dalam PAS. Dulu lepas menang PRU semua dah mula nampak tembelang sesetengah orang tambahan yg terajui kawasan/ negeri. Maka pengisisan kemenangan tu ternyata berat. Cam menang suatu battle, dapat harta ghanimah ler, dah berebut semua, hingga ketua buat tak tau atau tak cukup ambik tau untuk mengagihkan kepada semua/ yg hendak harta tu (bukan semua kita kebulur/pelahap cam sesetengah orang tu, kan Pak Din?).
    Terkini dah timbul virus baru Pak Din, entah apa nama entah? Pasal depa pemimpin tu dah tak mau ditegur pulak dah, dikatakan kita fitnah depa pemimpin ni & itu, padahal depa sendiri cari penyakit/tak elakkan fitnah yg boleh melukakan imej/persepsi orang ramai kepada depa tu. Entah ler apa nak jadi.
    p/s: Kita sabar saja ler, Pak Din...hehe

    ReplyDelete
  14. salam pakdin,
    tak kira parti mana pun, kalau sibuk dok mengaut 'harta rampasan perang', terabai la marhaen..

    ReplyDelete
  15. ijoks2009

    Pak Din pun tidak mahu ambil tahu siapa yang mungkir janji dan siapa pula penipu sebab yang berjanji tu ialah orang yang bertanggung jawab di peringkat DUN.

    Oleh kerana Pak Din gagal menemuinya maka Pak Din pergilah jumpa ADUN yang baru dipilih. "Sianu" yang Pak Din cakap tu kata dia terima sebanyak itu saja. Pak Din tak nak gaduh, Pak Din pulang dan tambah duit sendiri untuk bayar kepada petugas.

    ReplyDelete
  16. W'salam anakanda Isa.

    Walau tidak senang dengan gelagat mereka tapi ayahanda tak sampai hati pula nak gelarkan begitu.

    ReplyDelete
  17. Anonymous

    Terima kasih kerana paparkan kisah itu. Tahniah untuk orang itu.

    Bagi saya pula, nak kata merajuk pun tidak juga tetapi sedikit terkilan. Untuk mengelakkan menyambung lidah pembohong adalah lebih baik saya berdiam diri. Tenaga dan masa tidak habis, duit pun tak habis kerana kesenangan orang lain.

    Kita ikhlas pun ta ada maknanya sekiranya kita yang ditunggang untuk dunia mereka.

    ReplyDelete
  18. irsya

    Sama-samalah kita doakan tanpa mengira fahaman politik.

    ReplyDelete
  19. Waalaikumussalam T.

    Rahsianya tolak ansur suami isteri dan fahami kehendak serta jiwa anak-anak dari masa ke semasa. Motivasi dan mengaji qur'an jangan diabaikan.

    Selalulah jumpa Guru Besar/Pengetua dan Guru Kelas anak-anak. Semak kerja sekolah mereka 2 kali sebulan dan turunkan tandatangan

    ReplyDelete
  20. Anonymous.

    Di situ saya tersilap sebenarnya Ketua Ranting di sebelah kampung saya dan juga di peti undi yang berdekatan. Peti undi lain-lain tetapi bersebalehan.

    Maksud tanah itu ialah tanah yang ditawarkan dan sesiapa pun yang tidak bertanah dan sanggup usahakan boleh mohon tidak kira parti. Mengikut apa yang saya fahamlah.

    Saya akan edit dan perbetulkan nanti.

    Terima kasih Anon.

    ReplyDelete
  21. W'salam ku2

    Begitulah mengikut hadith dan kitab yang saya faham. Berhati-hatilah untuk diri kita dan kerabat moga tidak terjatuh hukum begitu.

    ReplyDelete
  22. Hanz

    Betul tu hanz. Tidak semua orang pelahap dan kebulur. Yang Pak Din kesal ialah orang yang patut dapat dan berjasa untuk parti beberapa tahun di kala kalah dan bila dapat kuasa orang ini dilupakan/diabaikan.

    Duit yang Pak Din keluarkan tu adalah untuk menjaga air muka dan reputasi Pak Din dan orang yang di atas juga.

    ReplyDelete
  23. aku

    Begitulah manusia yang Allah kurniakan akal, iman dan nafsu. Ke mana kita ada bergantung kepada apa yang lebih kuat.

    ReplyDelete
  24. Salam Pakdin,

    Arwah ayah saya orang kuat UMNO. Dia disepak terajang dalam politik. Saya tidak berminat menyertai politik hari ini.

    Kata ayah, "Kalau kamu sanggup berkawan hari ini, esok lusa jadi musuh dengan orang yang sama, kamu boleh berpolitik.." katanya.

    Saya faham kekecewaan Pakdin. Pada saya, politik itu mengubah sikap manusia.

    Pakdin, PAS sedang dijangkiti virus yang sama merosakkan UMNO. Jika tak diubati, virus ini akan menghakis kepercayaan masyarakat, seperti mana yang dihadapi UMNO hari ini.

    Salam.

    ReplyDelete
  25. W'salam Sdr. Brahim

    Begitulah politik ala barat. Satu perkara yang Pak Din tidak rela iala prinsip politik hari, "Tergamak menjadi pengkhianat serta pembohong dan kita juga rela dikhianati dan dibohongi". Sesuai dengan "Matlamat menghalalkan cara". "Hari ini kawan, esok musuh" dan begitulah sebaliknya.

    PAS pula sekarang telah dijangkiti virus "Syok sendiri" dan "denial syndrome". Yang agak merisaukan ialah bagaimana penerimaan Pengundi nanti.

    ReplyDelete
  26. pisangemas81

    salam...Pak Din

    saya cadangkan pd Pak Din...jumpa org tu dan lempang dia 1 kali....
    supaya dia tersadar dari mimpi....

    dia tgh hanyut tu...sama mcm skrg...ramai org memberi pandangan(terutamanya di blog) (sampai tahap melampau - caci maki)..kesannya.... bleh tgk skrg...mcm rumah nak runtuh...goyang sana..goyang sini... penghuni rumah jgn katalah mcm mana rasa hati,....

    ReplyDelete
  27. W'salam pisangemas81

    Pak Din tak boleh nak kata apa-apa sebenarnya pada masa itu sebab sianu tu lebih tua dari Pak Din. Jadi menghormati orang yang lebih tua, Pak Din terima ajerlah apa yang diserahkan. Sekarang sianu dudah meninggal begitu juga dengan ADUN itu. Kedua-duanya dah jadi arwah. Walau apa pun sekiranya mereka lakukan perkara yang tidak sepatutnya Pak Din maafkan mereka.

    Tentang tegur menegur ni, Pak Din tidak suka dengan bahasa yang kasar. Nanti kalau terlajak kita pula yang berdosa. Walau bagaimana pun Pak Din masih terbuka dengan gaya bahasa dan cara bloggers membuat teguran. Itu style mereka.

    Dari segi kesannya, Pak Din nampak setakat ini masih lagi belum berubah sebagaimana yang diharapkan oleh Penyokong dan Pengundi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa