Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 19, 2009

Siapa Yang Betul Ni

Isu ini sudah agak ketinggalan tetapi oleh kerana saya kurang tahu sememangnya pada awalnya tidak mahu ambil tahu tahu sudah pening lalat dibuatnya. Dulu saya tidak kenal siapa dia kickdefella, cuma saya minat tulisannya. Ir Abdul Ariffahmi pula saya tahu siapa dia hanya bila isu Tajaan Haji terhadap TGNA terdedah dan ternganga.

Yang di bawah adalah petikan dari blog Kickdefella

Pada 17 November 2009, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah meminta Abdul Ariffahmi Bin Ab. Rahman melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Keputusan itu diambil Tuan Guru setelah menilai segala fakta dan hujah yang dibentangkan dihadapannya oleh semua pihak tidak kira Pimpinan PAS Pusat dan Negeri, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri dan juga Pegawai-Pegawai Tinggi Agensi-Agensi Kerajaan.

Ariffahmi bagaimanapun menolak permintaan Tuan Guru dan hari ini berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa. Tidak ada sebab untuk Ariffahmi menolak permintaan Ketua Eksekutif Tertinggi Negeri Kelantan yang selama ini dijual dan diusung namannya sesuka hati Arrifahmi. Bagaimanapun saya yakin, Ariffahmi akan akhirnya menunaikan permintaan Tuan Guru yang kita sanjungi. Yang diperlukan oleh Ariffahmi sekarang adalah tempoh transisi.

Dan di bawah ini pula dari blog SAY NO TO MUNAFIQEEN

Kickdefella menerusi artikel terkininya menyebutkan Tok Guru telah mengarahkan Ir Arifahmi untuk meletakkan jawatan selaku CEO PMBK. Kononnya, arahan ini dikeluarkan pada 17 Nov 2009 iaitu semalam.

Kickdefella juga menyebutkan Ir Arifahmi telah enggan mematuhi arahan tersebut dan telah bergegas ke Kuala Lumpur tanpa diketahui apakah tujuannya.

Setelah berusaha mendapatkan pengesahan daripada beberapa pihak, akhirnya kebenaran muncul juga. Kickdefella seorang penipu besar !!


Kesemua setiausaha Tok Guru mengesahkan arahan itu tidak pernah berlaku !!


Tok Guru tidak pernah meminta Ir Arifahmi meletakkan jawatan selaku CEO PMBK dan Ir Arifahmi pula tidak pernah menyatakan keengganan beliau untuk berbuat demikian kerana "arahan" itu hanyalah mainan kemunafikan kickdefella dan konco konconya.


Ir Arifahmi ke Kuala Lumpur semalam atas urusan keluarga dan tidak ada kena mengena dengan isu PMBK.

Sah lagi sahih !! Kickdefella seorang penipu !!

Kenapa jadi begitu?!! Boleh jadi kickdefella telah diberikan maklumat yang salah oleh ular ular belaannya yang bersarang di Pejabat Menteri Besar atau boleh jadi juga ularnya yang terlalu lama bermastautin di UK dulu.


Apa tujuan kickdefella?!!


Tujuan beliau tidak lain tidak bukan hanyalah mahu mengerahkan wartawan supaya mengerumuni Tok Guru supaya Tok Guru tertekan dan akhirnya mengalah dengan tuntutan tuntutan Quraisy Malaysia yang nampaknya semakin busuk hatinya.


Umum mengetahui, kesihatan Tok Guru serta perasaan Tok Guru amat terganggu sejak kickdefella melancarkan fitnah jahat ke atas PMBK dan kerajaan negeri Kelantan.


Bayangkan jika Tok Guru dikerumuni wartawan dan diasak bertubi tubi oleh soalan wartawan. Apa akan terjadi ke atas Tok Guru? Wallahu a'lam.


Kata saya : Pitam satu Malaysia dibuatnya!

6 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Sebab itu saya ambil sikap mendiamkan diri.

    Bukannya tiada info, tetapi kiri dan kanan kau tuduh aku, aku tuduh kau.

    Senyap/diam lagi bagus..., perhatikan sajalah.. harap boleh selesai secara aman.

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum ayahnda,
    Saya sekadar datang bertandang.ada masa jengok lah blog saya.

    http://ijoks2009.blogspot.com/2009/11/rumah-kedua-termahal-di-otawakanada.html

    ReplyDelete
  3. W'salam anakanda Isa.

    Memang ayahanda kat KB ni pun pening. Apa hal sebenarnya.

    Betul, kita tengok nanti apa akan jadi. Sama-sama doakan masalah itu diselesaikan dengan baik. Yang pelik tu Husam juga dilibatkan sama.

    ReplyDelete
  4. Wa alaikumussalam ijoks2009.

    Terima kasih. Insya Allah ayahanda akan ke sana.

    ReplyDelete
  5. Salam Ayahanda,

    Saya setuju.

    Yang saya bertambah peliknya ialah...? Insan yang paling dekat dan rapat, yang tersangat rapat sekali dengan TGNA pun terlibat.

    Bukan setakat Husam sahaja. Bagi saya cerita kedua2 belah pihak patut dipertimbangkan dan buat check n balance, siapa benar siapa salah.

    Buat masa ini kesimpulan mudah bagi diri saya ialah "Insan dan Nafsu" tidak kiralah tinggi mana pengetahuan atau waraknya individu terbabit.

    Wallahualam....

    ReplyDelete
  6. W'salam anakanda Isa.

    "Insan dan Nafsu" tidak kiralah tinggi mana pengetahuan atau waraknya individu terbabit. Memang insan dan nafsu tidak terpisah melainkan Iman di tengah antara dua. Iman dan nafsu, mana yang lebih kuat.

    Kita tengok nanti penyudahnya bagaimana. Harapkan tidak ada kecuh lagi selepas ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa