Beberapa soalan saya ialah :
1. 7 perkara itu, adakah kekal dan tidak berubah sehingga sekarang?
2. Apakah pihak Raja-Raja masih memegang dan menjaga amanah itu?
3. Adakah kesemua 7 perkara itu tidak diusik oleh Pemimpin selepas itu terutama Wasiat no.2?
4. Adakah sehingga sekarang orang-orang bukan Melayu mematuhi 7 Wasiat itu
Di bawah adalah Pengistiharan dan 7 Wasiat tersebut:
Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan lima ‘Negeri Melayu Tidak Bersekutu’ telah memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi:
Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu adalah seperti berikut:
"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera."
TUJUH PERKARA ITU ADALAH:Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.
Pertama:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).
Kedua:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima:
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.
Keenam:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh:
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM- KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Fasal-fasal tersebut adalah perkara 3 (1), (2), (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini memerlukan izin MajlisMajlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarkan berkuat kuasa.
Baca seterusnya di sini
Satu kupasan dan pandangan blogger, dalil dan Penerangan baca di sini
Salam Ayahanda,
ReplyDeleteMelayu mudah lupa. nampaknya wasiat tu pun dah jauh tersasar dari matlamat sebenar.
Syyhhh... tak boleh sentuh isu sensitip ni... nama ku ISA.
ha..ha..ha...
W'salam anakanda Isa
ReplyDeleteJangan.... nanti diISAkan!
Wasiat cenggitu cam 'syok sendiri saja'...apa perlu 'wasiat-wasiat' kalau masa setiap Sultan & Raja boleh/mampu buat kerja (buat sesuatu) untuk melaksanakan 'wasiat' tu?
ReplyDeleteMasa hidup Raja-2/ Sultan ni buat apa?
wasiat no. 1 pun tak mampu depa jaga/pertahankan..apasal nama negara "persekutuan tanah melayu" hilang sekarang? Tinggal dlm catatan sejarah saja.
Ya, eloklah sistem raja tinggal kat jadi santapan muzium saja kalau semua tak boleh harap buat kerja apa pun.
baik depa wasiat sikit harta kat aku & ramai rakyat lain yg 'susah'..harapkan PPRT, kena 'pangkah', harapkan 'bank loan' saja...hehe
Hanz
ReplyDeleteMemang benar Hanz. Tidak satu apa pun mereka lakukan untuk kesejahteraan kita. Semuanya di buat oleh kerajaan yang memerintah, mereka ikut saja tanpa membantah. Bila tercabar pun takut untuk menegur sebab bimbang disergah.
Apa yang ketara ialah berusaha mengumpul harta dan mengekalkan kedudukan.
Assalamualaiku,
ReplyDeleteBro itu wasiat Raja Gopal untuk anak menantu dan suku sakat nya..
Rakyat dah cerdik, ramai dah tak ambil port pasal wasiat Raja Gopal ni.. Melayu yang mangkuk dan bodo je suka sangat kat Raja Gopal ni..
Elok jadi republik je lagi bagus, humban kan duduk dalam muzium. Rakyat susah cari makan sekarang ada Raja Gopal datang jenguk ke? Nak turun 6bulan sekali jengguk kampung-kampung, tanah jajahan pun payah. Kalau datang pun bukan menyenangkan malah lagi menyusahkan rakyat je. Habis semua dikerah sambut Raja Gopal.
Tengok macam anak Raja Gemuk dari selatan tanah air yang tiap-tiap tahun menlingkupkan duit rakyat buat aktiviti bermotosikal keliling negeri. Bukan tak baik, tapi buat aktiviti tu bukan pakai sen sendiri. Datang masuk kampung nak kena disambut, buat acara-acara hiburan untuk sambut anak raja Gemuk ni.. Sape sebenarnya yang kemaruk nak jumpe ni, Rakyat Atau Anak Raja Gemuk..?
kah..kah..kah kesian rakyat abih kena kerah, orang asli yang duduk dalam hutan pun habis kena angkut untuk sambut anak raja gemuk..
Rakyat merintih susah tak cukup makan, rumah dah senget, tumpang tanah kerajaan, takde bekalan api air ade Raja Gopal ambil tahu? Hari -hari dok layan mengangkang celah kangkang je adalah..
Nak jaga pasal agama? Ceh lagi la hampeh..? Cuba chek tengok waktu maghrib isyak mana masjid atau surau-surat kampung atau dibandar si Raja Gopal ni datang bersolat dan bagi takzkirah? Jangan harap la nak jumpa kalau takde acara makan-makan atau rasmi-rasmi..
Cuba tanya kat Raja Gopal dia paham tak apa itu bahasa dan sastera melayu? Buat sidang akhbar dan ucapan pun dalam bahasa penjajah! Rakyat kat kampung yang tengok dok tengok TV yang cuma ada siaran RTM & TV3 melopong tak paham ape kebenda satu habuk pun mamat Raja Gopal ni cakap, tambah pulak guna istilah-istilah menatang haram ape... entah kejadah la.. Jangan harap la nak mertabatkan bahasa ibunda sendiri.
Rakyat buat demo nak serah memorendum pun Raja Gopal takde dah belah pegi naik kuda...kah..kah.. Rakyat punya la protes setengah mampos sampai ada yang kena katuk dengan Kepala Merah, Raja Gopal buat bodo je.. baik layan naik kuda...
Jangan Harap la..woi...
Doa tuunggu Ayah Pin jadi raja je lah...kah..kah..kah.. Dia ada kerajaan langit...lagi gempak...
kah..kah..kah..kah...
melayu pun dah ade nabi sendiri...
kah..kah..kah..
Malaysia Apa Lancau Pun Boleh..!!
W'alaikumussalam Tok Ketua.
ReplyDeleteTerima kasih banyak kerana sudi singgah dengan garapan dari hati seorang yang bergelar Rakyat.
Saya tidak kenal siapa Tok Ketua tetapi inilah salah satu luahan hati dari salah seorang Rakyat Malaysia.
Walau pun luahan hati Tok Ketua nampak emosional tetapi saya yakin itulah yang terpedam di dalam hatinya. Apa yang diperkatakan itu bagi saya betul dari pandangan dan perasaan rakyat marhaen.
Cuma apa nak dikatakan, sudah begitu apa yang diwarisi dari penjajah. Dulu mereka gunakan kaedah pecah dan perintah dan bila ditinggalkan pun dengan pecahan juga supaya kita susah untuk bersatu dan kuat.
Diwariskan Malaysia yang luasnya sekangkang monyet dengan 13 buah negeri dengan 13 orang Raja/Ketua Negeri dengan 14 Mufti dengan 13 Menteri besar/Ketua Menteri. Maka itulah yang diwarisi dari mereka.
Wasiat hanyalah kata-kata di atas kertas yang bukanya tidak boleh dilanggar sepertimana Hadith Rasualallah.
Terima kasih di atas luahan hati Tok Ketua.