Saya berharap akan mendapat sesuatu yang baru dan berlainan dari yang lepas. Tapi hampa. Apa yang saya dapat hanyalah gambar di bawah. Entah apa-apa!. Tak berbaloi langsung pulang dengan kasut kotor dan bersin akibat kena hujan.
Gambar atas yang dibesarkan
Salaam Saudara ku,
ReplyDeleteSaudara ingin memburu hantu?
- Hebat sekali assignment saudara!!
Apa sungguh saudara ingin memburu hantu?
- Jom ikut saya. Di Putrajaya banyak. Hantu berwajah manusia. Jasadnya seperti kita, tetapi tindakannya seiras watak iblis.
Salaam Takzim
cubo lagi Pak Din ... mano ketau maso tu kea baghu lepah ujje .. takutnyo se'e keno air pagi2 tu hehe...
ReplyDeleteSalam saudara, pohon Allah selimuti tuan dari pandangan dan rasa makhluk ghaib buat seketika, I.Allah dapat ambil gambar mereka....
ReplyDeleteW'salam Sdr. ku Mohd. Sofi
ReplyDeleteHantu berupa manusia di mana-mana pun ramai. Lagi sesak penduduknya lagilah ramai.
Aktiviti ini bukan apa, cuma nak cari kelainan sikit. Saya dah tinggalkan apa-apa yang sepatutnya bersama saya ketika aktiviti ini, tapi nampaknya masih lagi liat makhluk ni untuk menonjolkan diri.
zX
ReplyDeleteEntahlah dia sejuk kot? Nak kata se'e, mereka berjalan tak payah jejak tanah!
Nantilah Pak Din hantar "Baju Sejuk" untuk dia. Baju guni bolehkan?
W'salam Anonymous
ReplyDeleteMemang semasa aktiviti itu, saya tidak ingat apa-apa (di dalam hati) yang menjadikan mereka takut cuma saya tidak mohon kepada Allah agar saya tidak nampak oleh mereka.
Mungkin pada ketika yang lain saya akan bernasib baik.
Abe... agak-agaknya semua hantu dah bertolak ke Bukit Jalil... musim demam bola...
ReplyDeletegomo kelate gomo..
semoha Red warrior akan dapat menghasilkan permainan yg mantap apabila bertemu pasukan negeri saya nanti..Si Rusa...Hoben Jang Hoben...
ReplyDeleteAssalamualikum Saudara Mountdweller,
ReplyDeleteKalaulah semua orang tak takut hantu macam saudara, tidak akan berlaku lagi syirik di bumi ini. Tapi kita masih tebal takut pada yang Ghayb terutamanya hantu. Sampai ada yang bertangkal nak elakkan hantu!
Rata-rata siapa yang tak takut hantu?? Biar bagaimana bijak dan petah seseorang tu berpidato atas pentas, cubalah lepaskan dia sorang sorang jalan tengah malam dan bertemu satu lembaga hitam atau putih, perhatilah macam mana laju dia lari! Ini termasuklah saya sendiri. Mungkin kaki yang sakit pun jadi baik sebab nak cabut lari!
Saudara tak ke KL ke tengok Bola. Just to join in the fun.
Induk Yati.
ReplyDeleteSaya doakan yang terbaik. Maknanya yang bermain lebih baik akan menang.
Seperkara lagi baik menang, baik kalah harapka Penyokong Kelantan tidak bertindak macam orang gila yang hilang akal. Buat kacau tak tentu hal walau diprovoke. Jadilah manusia yang berakal dan beragama.
Man
ReplyDeleteAbe rasa pun begitu. Tapi janganlah Penyokong Kelantan masuk hantu pula!
Kalah, menang adalah ada pertandingan.
Wa alaikumussalam Puan melayu angkat.
ReplyDeleteSebenarnya saya cuba mencari kelainan yang juga mencabar. Untuk mendapatkan gambar dan sasaran yang baik saya terpaksa bersendirian walau jam 2 atau 3 pagi yang dikatakan keras.
Malam ini saya dapat sepulug shot di lokasi yang dikatakan keras di pinggir perkuburan. 10 shot itu hanya 3 gambar sahaja yang ada bojek yang dicari.
Saya tidak turun ke KL sebab saya tidak suka tempat yang bersesak dan padat dengan macam-macam gelagat manusia. Dulu memang saya kaki bola dan main bola. Saya berhenti bila rasuah berlalu secara berluasa di dalam sukan ini sedikit masa dahulu. Saya rasa tertipu, dahlah tiket mahal, mereka jual permainan pula.
Salam Pakdin,
ReplyDeletePakdin banyak ke tempat-tempat 'keras', takde yang 'mengikut' pulang ke rumah?
Apa petua Pakdin nak elak terbawa balik 'pengikut' ke rumah?
Kata orang Perak, bebudak boleh 'tergeghamang' kalu dikacau makhluk yang mengikut balik ni.
Tuan,
ReplyDeleteSaya nak copy gambar tu..nak wallpaper pc saya...hahahahaha..
Macam2.
satu persoalan.. kenapa bila ternampak hantu kita jadi seram.. pelik la.. macam automatik jer.. (hantu takder tapi jin ader la)
ReplyDeleteW'salam Sdr. Brahim
ReplyDeleteAlhamdulillah setakat ini tak ada lagi baik dari mana-mana gunung atau sungai atau pun laut.
Ikhlas saya katakan yang saya banyak juga mengamalkan zikir dan ayat-ayat tertentu dari Alqur'an. Mungkin amalan ini sudah sebati dengan saya jiwa raga. Tak ada yang berani mengganggu kot.
Tapi Sdr, Brahim boleh amalkan ayat Alkursi wakaf 9. Insya Allah boleh digunakan untuk menghalang dan menhindarkan gangguan Iblis/Setan dan manusia yang berhati Setan.
Kalau belum hafal, boleh ke link ini:
http://mountdweller.blogspot.com/2009/02/ayat-alkursi-wakaf-9.html
Tok Rimau
ReplyDeleteSaya izinkan tapi bagi saya gambar yang terbaik ialah gambar di n3 2 Nov. 2009.
Gambar Hantu Paya mengikut bomoh yang tahu tentang hantu.
mr edz.
ReplyDeleteSebenar kita termakan momokan orang tua-tua supaya takutkan hantu. Petuanya ialah tanamkan dalam diri "Takutkan Allah Yang Maha Berkuasa" melebihi segala-galanya. Insya Allah kita akan dekat denganNya dan sudah pastinya sebarang kuasa jahat akan takut kepada kita.
Hanya Syaitan dan Jin ada disebut Allah di dalam Alqur'an dan mereka inilah yang kita (manusia) jadikan Hantu dengan berbagai nama. Sudahlah diberikan berbagai nama, takutkan mereka pula.
Makaseh Pakdin, pedoman waqaf 9 tu saya akan cuba amalkan.
ReplyDeleteSdr. Brahim
ReplyDeleteAmallah dengan istiqamah. Insya Allah berkat.
hantu????
ReplyDeleteAssalamualaikum uncle..
ReplyDeleteapa kabar? adoi!! dia nak g memburu hantu la pulok..
malam ni ada x pluang kita menang main bola??
GOMO KLATE GOMO!! :-)
kirim salam utk auntie..
joegrimjow
ReplyDeleteHantu adalah dari golongan Jin/Setan/Iblis yang suka memesungkan manusia dan membuat kacau di muka bumi. Golongan yang dilaknat Allah.
Wa alaikumussalam T
ReplyDeleteUncle alhamdulillah sihat dan begitu juga uncle doakan untuk T dan keluarga.
Uncle mencari kelainan aktiviti yang mencabar. Tak berani, jangan ikut...
Insya Allah auntie akan baca komen T sebab salah satu kegemaran dia membaca komen di blog uncle. Dia kata banyak yang menarik.
Dengan semangat dan doa kita, insya Allah Kelantan akan menang tapi kalau kalah mintalah penyokong Kelantan jangan buat hal. Malu sedunia. Sekarang zaman langit terbuka.