Cuba bayangkan apa yang kita agak selepas menyumpah seranah, tuduh menuduh di pentas ceramah dan di dalam Parlimen tetapi selepas itu mereka boleh minum dan sembang santai seperti gambar di bawah.
Ada yang mengagak yang Anwar akan kembali semula ke pangkuan UMNO dengan alasan tertentu yang ada logiknya. Bagi saya kita harus terima hakikat politik. Mereka hanya bergaduh di atas mazhab politik, serang menyerang kerana politik. Dari segi peribadi, mereka tidak bermusuh dan bergaduh. Bila berjumpa mereka tetap boleh bermesra dan puji memuji sesama mereka walau pun selepas memaki hamun antara satu sama lain.
Satu ketika dulu Almarhum Tunku dengan Allahyarham Dato' Asri. Selepas itu antara Datuk TGNA dan Tun Mahathir dan terkini DS Anwar dan DS Najib. Sebenarnya mereka tidak ada apa-apa yang memisahkan kecuali politik. Pada satu masa dulu Allahyarham Dato' Asri pergi ke KL mengadap Almarhum Tunku meminta bantuan untuk membayar gaji Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan kerana Kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak berduit untuk itu. Almarhum Tunku tetap membantu.
Tun Mahathir boleh bermesra dan gelak ketawa bersama TG Dato' Nik Abdul Aziz ketika perasmian Jambatan Salor. Dan gambar di bawah sekali ialah TGNA bersama Tan Sri Annuar Musa di Stadium semasa perlawanan bola sepak.
Jadi sebenarnya mereka berbalah hanya di pentas politik dan boleh berbincang dan bermuafakat di dalam mana-mana isu yang melibatkan kepentingan rakyat baik di dalam sukan mau pun di dalam pentadbiran.
Mereka bukan hipokret tetapi itulah reraliti alam politik yang saya faham. Nak katakan Pelakun, mungkin!
Di Parlimen 17.11.09.
Salam ayahnda,
ReplyDeletePendapat saya,dlm politik memang banyak pelakon.Contohnya Ezam Mat Nor.
Ketika bersama Keadilan,bermati-matian perangi rasuah sekarang bila bersama Umno bermati-matian pula membela mereka.
Ezam berahim Ali N the gang serta adajuga beberapa org Pelakon2 dlm PAS.
gambar ni seharusnya dibesarkan...
ReplyDeletekita hanya berbeda hal2 dunia.
kiblat masing sama.....
semuga kita2 yg lain pun sama.....
..
tapi yang zahirnya.
assalammualaikum
ReplyDeletehipokrasi bertempat...
betul tu Pak Din, hampir semua ahli Parlimen & ADUN pun begitu...depan mata masyarakat, dlm soal-jawab press, ceramah, persidangan DUN & Parlimen, semua YB seakan berperang, gaduh mulut, gege dll. tapi semua tu setakat situ saja...luar dewan depa duk minum kopi/teh sekali macam berlakon saja...aku ingat bagus jugak tu, tak ler teruk sangat depa bergaduh membenci sebenarnya.
ReplyDeleteTapi yang jadi masalahnya ialah sifat kebencian yang depa pemimpin tanamkan kepada orang ramai. Ada yang mengajar sifat 'kebencian' kepada seteru tu tanpa batasan,mana boleh diasingkan, di mana perlu kita 'open mind', sehingga orang bawahan,tok imam, orang-2 berpengaruh dalam kampung, taman perumahan sanggup bergaduh tumpah darah untuk parti masing-2. Ada yang sampai tak pi kenduri orang sekampung walau ada dijemput..ada jugak tuan rumah tak jemput orang puak tertentu, kenduri mati pun tak mai. Hingga sampai ke mati pun ada yg degil hingga tak dapat asing kebencian/taksub kepartian, apa nak jadi tu? Elakkan ler sebegitu..Kita orang bawahan kena tau 'limitation'..perpaduan antara sesama orang kita tu penting. Biarlah pemimpin-2 tu bergaduh, bising-2,buat kerja untuk kita yg jadi pengundi depa tu, cukup ler. Kita kat kampung atau taman perumahan harapnya selepas ni boleh hidup bahagia, bersatu padu, hingga semua boleh sembang-2 politik dengan secara terbuka tanpa gaduh-2,benci,dengki, khianat dll.
Pelakon jenis ni bukan setakat menghabiskan duit malah merosakkan pentas.
ReplyDeletebiasa lah.. masa minum petang di bawah satu bumbung, tak boleh elak.. mesti bertembung jua.. habis tu takkan nak bertumbuk bila bertemu... agak2la bro.. depa tu memang bergaduh dah tahap masuk mahkamah dah,, takkanlah bila minum bersama tu pun dituduh hipokrit.. agak2 la bro hehe.. kita pun cam tu juga... toleransi dan kompromi tetap didahulukan walaupun dalam hati tuhan saja yang tahu...
ReplyDeletepeace bro..
Salam buat Pakdin,
ReplyDeleteItulah, saya nyatakan dulu, politik itu bersangga sifatnya.
Saya tak layak dan tak tahu silat terajang dalam politik.
Memadailah mengajar dan mendidik, sebab ia tak memerlukan saya hipokrit.
W'salam ijoks2009
ReplyDeletePelakon di dalam politik terdiri dari ramai individu yang bercita-cita di dalamnya. Mereka berusaha untuk menjadi pelakun terbaik memikat hati penonton. Akan tetapi hanya yang bernasib baik saja yang akan lepas ke atas.
Yang gagal akan jadi pekasam dan perkakas.
Sdr. Jinggo
ReplyDeleteKiblat kita sama, kulit kita sama dan bahasa kita juga sama. Kita berbalah hanya pada kulit. Tapi malangnya di kampung-kampung dan pendalaman mereka berbalah sehingga ke lubuk hati. Kesian!
Wa alalikumussalam a kl citizen.
ReplyDeleteSaya pun susah untuk membuat telahan, hipokrasi atau memang berlakun. Mereka mempunyai kepelbagaian jiwa.
Hanz
ReplyDeletePerkara yang hanz katakan itu juga berlaku di kg. Pak Din. Macam berpatah arang kerana politik. Sebenarnya benih kebencian ini juga mereka (pemimpin politik) yang semaikan. Jadi manusia yang pendek akal akan menerima bulat-bulat apa yang pemimpin katakan tanpa ditapis dan nilai. Di kg. Pak Din ada Madrasah PAS dan ada Madrasah UMNO. Alhamdulillah Pak Din sedikit sebanyak berjaya meredakan keadaan.
Pak Din kunjungi kedua-dua Madrasah dan kalau ada keperluan melawatan (sakit atau kematian serta tahlil) Pak Din akan pergi tidak kira siapa. Falsafah Pak Din yang Pak Din katakan kepada orang kampung ialah "Kita orang cerdik, kan untung kita ada Ranting PAS dan Cawangan UMNO. Kalau mereka bawa projek, kedua-dua kita kebas. Kita juga boleh mohon peruntukan dari kedua-dua pihak (PAS dan UMNO). Tak dapat dari PAS mungkin akan dapat dari UMNO. Jadi siapa yang untung, bukankah penduduk kampung ini?"
Itu sebab satu masa dulu saya cukup marah dengan "Petua Hadi". Inilah dia penerapan benih kebencian. Walhal mereka yang di atas tidak terjejas apa-apa pun. Mereka boleh berhubung dan bergelak ketawa. Manusia yang cetek fikiran di bawahlah yang tidak bertegur sapa dan ada kalanya berkeris, berparang.
Wak wartamaya
ReplyDeleteKalau setakat merusakkan pentas ok lagi tetapi merosakkan komuniti adalah parah.
Anonymous
ReplyDeleteSaya susah nak agak. Pergaduhan luaran atau hingga ke sanubari. Tapi kalau setakat luaran taklah sehingga berbunuhan.
Jadi saya yakin mereka-mereka ini adalah pelakun terbaik yang layak diberikan award.
W'salam sdr. Brahim
ReplyDeleteBetul tu saudara. Buatlah apa yang kita mampu. Bukankah jasa mendidik adalah yang terbaik?
Pak Din juga tidak mampu untuk menipu dan ditipu, mengena dan kenakan, khianat dan dikhianati. Itulah sepak terajang politik. Tapi walau bagaimana pun politik juga adalah fardhu kifayah.
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteInilah hakikat Politik dan Orang Politik.
Wa alaikumussalam Puan melayuangkat
ReplyDeleteItulah hakikat politik. "Sains serba mungkin"
Itulah sebabnya saya undur dari politik. Naluri saya mengatakan "Kamu mesti jadi diri kamu" Saya tidak sanggup jadi mereka.
Terpamir di mata saya terlalu banyak dosa yang ditempah, bila mana peluang terhadap dunia terbuka di depan mata.