Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 23, 2012

Bodohnyaa Aih...Takkan Tak Ada Cara Dan Mekanisma Lain?

500 IPTS lumpuh tanpa PTPTN, kata Ahmad Maslan
Operasi kira-kira 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini akan lumpuh jika Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan sebagaimana yang dikehendaki oleh pembangkang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, ramai di kalangan penuntut IPTS negara ini membiayai pengajian mereka menggunakan pinjaman daripada PTPTN.

"Institusi Pengajian Tinggi Swasta di negara ini hidup di atas dasar adanya PTPTN. Tabung PTPTN merupakan sebab mengapa pelajar-pelajar berada di IPTS," katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan An-Nur di Benut, hari ini.

Ketua penerangan Umno itu berkata pemansuhan PTPTN akan memberi kesan negatif yang mendalam terhadap perkembangan industri pengajian tinggi tempatan.

Menurut Ahmad, IPTS negara berhadapan dengan kemungkinan ditutup berikutan penuntut tidak memiliki kaedah untuk membiayai kos pengajian tinggi yang keterlaluan dan tidak mampu ditanggung.

Katanya, 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara tidak mampu menyerap keseluruhan penuntut pengajian tinggi di negara ini, jika IPTS yang bergantung kepada kemudahan PTPTN tidak lagi beroperasi.

Beliau berkata, kerajaan di bawah pimpinan BN memberikan pendidikan rendah dan menengah secara percuma, manakala kerajaan menanggung 90 peratus daripada kos pengajian tinggi.

"Jika seseorang itu mengambil pengajian perubatan di IPTA yang menelan belanja keseluruhan sebanyak RM200,000, penuntut hanya membelanjakan RM12,000 daripada kos itu manakala selebihnya ditanggung oleh kerajaan," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga anggota Parlimen Pontian meminta pembangkang yang mahukan PTPTN itu dimansuhkan supaya berfikiran secara menyeluruh dengan mengambil kira faktor-faktor lain dan tidak bermain politik.

"Mereka yang mahukan PTPTN ini dimansuhkan tidak mempunyai pemikiran yang menyeluruh. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri," kata beliau.

mk

Kalau bodoh sangat ini jawapannya

Pendidikan percuma termasuk biaya kos sara hidup – Rafizi


KUALA LUMPUR 21 April: Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli berkata, tawaran pendidikan percuma yang mahu dilaksanakan Pakatan Rakyat, termasuk menampung pembiayaan kos sara hidup mahasiswa di universiti.
Beliau berkata demikian kerana terdapat pihak cuba memberikan gambaran bahawa dasar tersebut akan menyebabkan pembiayaan kos sara hidup dihapuskan sama sekali.
Katanya, perbicangan mengenai mekanisme pembiayaan kos sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dibuat secara terpeinci di peringkat KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Beliau menggariskan beberapa rangka dasar menerusi:
1) Pelaburan menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam termasuk pembinaan universiti teknikal bagi mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding swasta. Ia seterusnya mengelak pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar.
2) Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan termasuk menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup pelajar yang layak.
3) Bagi pelajar di institusi pengajian awam yang tidak memenuhi syarat, mereka boleh memilih membiayai sendiri elaun sara hidup atau memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas yang akan ditubuhkan.
4) Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh meminjam dari dana pembiayaan seperti dalam perkara (3).
5)Pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup berkenana tidak dikenakan sebarang faedah.
Menganggarkan kos pembiayaan sara hidup dan yuran pelajar berjumlah RM3 bilion setahun, Rafizi berkata prinsip ini akan digunapakai oleh Pakatan Rakyat  untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak.
Menurut Rafizi,  penghapusan konsesi tol lebuhraya seperti terkandung dalam Buku Jingga, dapat menjimatkan sebanyak RM5 bilion dan dijangka lebih dari mencukupi untuk menampung keperluan itu.
“Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu-Bumiputra kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa