Seorang wartawan wanita mendakwa dikasari polis ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 dalam kejadian anggaran jam 7.30 petang semalam.

Wartawan laman berita Merdeka Review, Chen Shaua Fui berkata dalam insiden di Jalan Tun Perak itu beliau cuba merakam gambar anggota polis yang didakwa memukul peserta perhimpunan di sebuah restoran.

Beliau mendakwa anggota polis berkenaan mengheret dua orang peserta berkenaan yang sedang makan dan memukul individu berkenaan.

"Saya ingin merakam gambar tetapi diberi amaran oleh polis supaya tidak berbuat demikian, jadi saya tak (rakam gambar).

"Kemudian mereka pergi ke restoran lain di mana dua orang yang lain sedang makan. Polis tersebut meminta mererka menanggalklan baju mereka, menahan dan memukul mereka.

"Saya mahu rakam foto dan ketika itulah mereka pegang saya," katanya lagi.

Chen berkata salah seorang anggota berkenaan memegang tangan kanannya manakala seorang lagi memegang tangan kirinya.

Seorang lagi anggota polis cuba menarik beg beliau, katanya lagi kepada Malaysiakini.

Tambahnya, anggota polis tersebut cuba merampas kamera beliau serta merampas kad pengenalan medianya dan menendang kad berkenaan.

Seorang lagi wartawan yang turut mendakwa dikasari polis, Harry Fawcett mendakwa diberi layanan sebegitu oleh sekumpulan polis berpakaian seragam ketika beliau cuba merakam tindakan anggota berkenaan ke atas sekumpulan peserta perhimpunan.

Wartawan Al Jazeera itu memberitahu Malaysiakini, beliau bersama jurukameranya Ray Nones dihurung sekumpulan polis antara sepuluh hingga 15 orang ketika berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Fawcett mendakwa, beliau melihat tiga anggota polis memegang seorang lelaki dan pada masa sama seorang anggota polis itu menendang lelaki berkenaan.



Senarai Wartawan/Jurugambar yang jadi mangsa keganasan polis (fakta oleh CIJ)
  1. Radzi Razak (theSun) dipukul 7 anggota polis, patah tulang rusuk. 
  2. Arif Kartono (the Malay Mail) dipukul 6 polis dan kameranya dipecahkan. 
  3. Koh Jun Lin (Malaysiakini) ditangkap dan simcard dalam kameranya dirampas polis tanpa dikembalikan. 
  4. P. Malayandy (Makkal Osai) dipukul 5 polis dan kamera dirampas tanpa dikembali. 
  5. Harry Fawcett (Al Jazeera) kamera dipecahkan. 
  6. Huang An Jian (Guang Ming Daily) dipukul polis. 
  7. Kenny Lew (Channel News Asia) dipukul polis. 
  8. Chen Shaua Fui (Merdeka Review) ditendang selepas menunjukkan kad medianya. 
  9. Lisa J. Ariffin (Malaysian Insider) cedera terkena kanister. 
Ini tidak termasuk orang awam yang kena belasah.

Senarai ini saya dapat dari blog KERENGGA