Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 14, 2012

Kasar Lawan Dengan Kasar, Baru Jantan!



alt

KUALA LUMPUR 14 April - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengemukakan kes penggantungan beliau selama 30 bulan dari Badan Bola Sepak Negara itu ke Tribunal Antarabangsa menerusi Mahkamah Timbang Tara Sukan.


Beliau menegaskan langkah  tersebut terpaksa diambil setelah pihak FAM menafikan haknya dalam membuat permohonan rayuan berhubung keputusan drastik yang diambil ke atas dirinya.


Sambil mempertahankan kritikan yang mahu melihat arena Sukan Negara bertambah maju, beliau turut menjelaskan langkah yang beliau putuskan ini bakal menguji Sistem Perundangan yang dilaksanakan Jawatankuasa Tatatertib FAM lantas menafikan dakwaan mahu mencabar atau melawan Pimpinan Tertinggi.

Annuar Musa membuat pengumuman tersebut kepada pemberita pada satu Sidang Media selepas Majlis Pembahagian Hasil Padi dan Zakat Projek Ladang Merdeka Jabil di Ketereh dekat sini, semalam.

Sebelum ini, Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan untuk menggantung penglibatan Tan Sri Annuar Musa dalam badan tersebut selama 30 bulan berkuat kuasa pada 4 April yang lalu.

Hukuman itu juga turut menetapkan bahawa Annuar tidak boleh mengemukakan rayuan untuk mempertahankan tindakannya itu. - Sumber

2 comments:

  1. Padan muka!!!

    Dalam umno ko boleh tunjuk mengada-ngada, tapi dalam FAM ko bo layan!!!

    Ha ha haaa...

    ReplyDelete
  2. kita tgk ape pulak se(l)tan tu nk kata....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa