Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 14, 2012

Kalau Beginilah Rintihannya, Di manakah Setiakawan Di Dalam PR?


PKR: ‘Kalau Pas rasa kita pengemis, kita terima saja’
PKR: ‘Kalau Pas rasa kita pengemis, kita terima saja’

KUALA TERENGGANU -  Kepimpinan PKR  Terengganu hanya mampu menerima keputusan PAS memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengerusinya Azan Ismail berkata, sekiranya PKR sudah dianggap sebagai pengemis, parti itu akan menerima apa sahaja keputusan berhubung jumlah kerusi untuk ditandingi.
"Kalau dia (Pas) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita.
"Saya hairan kenapa kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat dan tidak oleh peringkat tertinggi parti Pas itu sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik semalam yang secara terbuka mengakui PAS negeri Terengganu lebih kuat berbanding PKR dalam menghadapi
pilihan raya umum nanti.
Sehubungan itu, Pas hanya akan membenarkan PKR meletakkan tidak lebih daripada tujuh calonnya pada pilihan raya umum nanti iaitu lima di Dun dan dua di Parlimen.
Sebelum ini, PKR Terengganu mengumumkan hasrat untuk bertanding 11 kawasan Dun dan tiga kerusi Parlimen dalam usaha pembangkang menawan negeri ini. – Bernama

1 comment:

  1. kalau begini bunyinya ada baiknya PR berputih mata di Terengganu..Kerana jika PR menang pun mereka2 yang bertelagah ini akan menjadi duri dlm pemerintahan PR..bodoh, bangang,bebal, bengong tak masuk diajar..kuat ke lemah ke biarlah benda ini jgn dijadikan senjata dan modal kepada musuh...Pecat mereka yg terlibat...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa