Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 30, 2013

Berlaku Di Malaysiakah Ini?

Bila baca berita ni Tak caya pula berlaku di sini
Macam di Amerika Selatan atau Thailand jek!

Pecah Berita!!! Hartawan Di Sebalik Tabir Membantu BN Melarikan Diri?
Hartawan di sebalik tabir membantu Barisan Nasional semasa kempen PRU telah melarikan diri selepas BN Pulau Pinang tewas.

Kongsi gelap tidak dapat baki ganjaran berikrar akan mencungkil hartawan berkenaan..
Pulau Pinang - Seorang hartawan di sebalik tabir yang membantu Barisan Nasional semasa kempen PRU telah melarikan diri selepas BN Pulau Pinang tewas, menyebabkan kumpulan sindiket perjudian dan kumpulan kungsi gelap yang menjalankan kegiatan menerima wang pertaruhan dan mengikat bendera tidak dapat baki ganjaran yang sepatut mereka terima , ini menyebabkan kumpulan berkenaan mula melaksanakan pencarian dan berikrar akan mencungkil hartawan berkenaan. 

Selepas Najib mengistiharkan pembubaran parlimen bulan Mac yang lalu , Pulau Pinang telah muncul satu kumpulan kewangan yang “membantu secara rahsia” untuk merampas kuasa pemerintahan Pulau Pinang, menurut pemberi maklumat, hartawan berkenaan telah menghubungkan kumpulan kewangan berkenaan dengan kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan ketua-ketua kongsi gelap.

Menurut pemberi maklumat, hartawan berkenaan pada masa itu meminta kumpulan sindiket perjudian meningkatkan kadar kemenangan pertaruhan sebanyak 18 hingga 20 kali ganda , ini membolehkan mereka menggunakan taktik “kalah duit pertaruhan” untuk meningkatkan perluang kemenangan BN di Pulau Pinang, pada masa yang sama kumpulan berkenaan “membiayai” ahli kongsi gelap untuk mengikat bendera 1 Malaysia di setiap jalan.

Menurut maklumat yang diberikan , hartawan berkenaan menyatakan bahawa kumpulan kewangan tersebut bersetuju membayar separuh ganjaran terlebih dahulu dan baki akan dibayar selepas PRU kepada kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan geng-geng kongsi gelap, memandangkan ganjaran yang ditawarkan agak menarik , apatah lagi separuh ganjaran akan dibayar terlebih dahulu , maka ketua kumpulan dan geng-geng berkenaan menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh hartawan berkenaan .

Namun pada hari mengundi , kemenangan memihak kepada calon Pakatan Rakyat , kumpulan kewangan berkenaan telah memungkiri janji, tidak mahu memberi baki ganjaran kepada hartawan tersebut untuk diagihkan kepada kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap, hartawan berkenaan khuatir akan tindakan yang akan diambil oleh kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap terhadap dia sendiri , maka hartawan berkenaan telah melarikan diri keluar dari Pulau Pinang sebelum keputusan diumumkan.

Menurut maklumat , kini kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap tengah mengesan hartawan berkenaan , tetapi sehingga kini mereka masih tidak dapat mengesan hartawan berkenaan.

Sumber: 
http://www.kwongwah.com.my/news/2013/05/28/9.html

via - sini

2 comments:

  1. Bhai MountDweller...

    Hahaha.... itu bukan kat Malaysia.. tapi di Manglasia.... hahaha

    ReplyDelete
  2. Kita kena tanya puak-puak UMNO totok tokey yang dimaksudkan ini melayu ke cina? Kalau benci cina sangat, apa kejadah minta tolong cina untuk menangkan BN yang didominasi oleh UMNO?

    Tahu ke tidak depa ni, 10 kerusi yang UMNO menang kat penang tu tentu hasil sumbangan tokey cina ni jugak. Jadi kita nak kira macamana ek? Sudah tentu tokey cina ni kena diberi habuan nanti dengan projek-projek kerajaan persekutuan di penang. Siapa yang akan meluluskan habuan untuk tokey cina ni, Chua Soi Lek atau Najib?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa