Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 25, 2013

Lawak Dari Seorang Professor

Professor ini menuduh tujuan perhimpunan PR adalah mewujudkan sentimen ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan kini

Tetapi tidakkah dia sedar majoriti sentimen rakyat sebenarnya?
Kalau dah keputusan pilihan rakyat macam ini di PRU13 baru-baru yang lalu
Adakah menunjukkan majoriti rakyat masih percayakan kerajaan yang memerintah sekarang?

Baca laporan ini

BN dapat memerintah hanya kerana sistem yang diamalkan sahaja!
'Helah pembangkang capai objektif'
WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Mei 2013

SHAH ALAM – Perhimpunan “suara rakyat 505’ hanyalah helah untuk pembangkang mencapai objektif tertentu dengan mendakwa berlaku penipuan dan penyelewengan sepanjang PRU13.

Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, kecewa kerana gagal menjadi kerajaan pada PRU lalu, Pakatan Rakyat (PR) mewujudkan sentimen ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan kini.

Menurutnya, agenda tersebut hanyalah menimbulkan persepsi bahawa sistem pilihan raya negara tidak telus, meskipun PR menang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Akibatnya, negara juga menerima implikasi buruk di mata dunia, sekiranya dasar dan kerajaan sedia ada berterusan dipertikai oleh pembangkang,” katanya.

Beliau berkata, selepas berakhirnya PRU13, pembangkang berterusan mengadakan beberapa siri perhimpunan haram yang tidak mendapat permit di beberapa negeri.

“Tidak lagi penting soal haram atau tidak sebaliknya kejadian lebih buruk sekiranya provokasi berlaku. Tindakan pembangkang ini hanya bertujuan menggugat keselamatan negara dan sistem demokrasi,” katanya.

Beliau berpendapat pihak yang akan sentiasa dipersalahkan jika provokasi berlaku, pastinya bukan pihak penganjur sebaliknya pihak polis, kerajaan dan parti lawan.

Himpunan Suara Rakyat 505 yang juga dikenali Himpunan Blackout 505 pertama kali diadakan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lalu ekoran protes terhadap penipuan dan penyelewengan yang berlaku sepanjang pilihan raya, 5 Mei lalu.

Sebelum ini, gabungan NGO Suara Rakyat 505 akan menganjurkan pesta rakyat mengembalikan demokrasi secara besar-besaran di Petaling Jaya.

Jurucakap NGO terbabit, Badrul Hisham berkata, perhimpunan yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall akan menunjukkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluahkan keyakinan pihak polis mampu mengawal perhimpunan yang beliau sifatkan sebagai perhimpunan haram itu.

1 comment:

  1. Ni antara calon utk jadi Naib Canselor UTM nanti..kipas tetap kipas..ha3.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa