Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 13, 2013

Malaun Ni Altra Melayu Atau Altra Bodoh?

Adakah yang ditulis di Twitternya ini bertujuan fitnah atau menghasut?
Aku cadangkan Kit Siang saman siBaghal ni

Dan pihak Polis bagaimana?
Tidakkah ini menggugat hubungan kaum atau mengancam perpaduan?
Aku rasa dia menjadi berani kerana Utusan melakukan perkara yang sama tetapi tidak di ambil apa-apa tindakan oleh pihak yang berkuasa
Zul Noordin sertai tuduhan ‘tsunami Cina’, dakwa DAP di belakang 13 Mei

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Datuk Zulkifli Noordin malam tadi membangkitkan tentang insiden 13 Mei apabila beliau menuduh Penasihat DAP Lim Kit Siang di belakang rusuhan kaum terburuk Malaysia dikala pemimpin Umno terus-menerus menyalahkan keputusan pilihan raya minggu lepas sebagai “tsunami Cina” yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat (PR).
Naib presiden Perkasa kontroversi, calon langsung Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013, membuat pertuduhan dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut.
“Esok 13 Mei ... ulangtahun ke 44 rusuhan kaum d M’sia angkara cauvinis trmsuk parti Kit Siang yang membawa slogan Malai-Seh!Mampos Melayu!,” tulis Zulkifli melalui akaun Twitternya @zulkiflinoordin lewat malam tadi.
Lim seringkali menjadi sasaran kumpulan Melayu berhaluan kanan yang menyalahkannya di atas rusuhan tersebut walaupun Penasihat DAP itu tidak berada di Kuala Lumput apabila rusuhan itu tercetus.
Menurut rekod polis, 196 orang terbunuh dalam rusuhan diantara kumpulan Melayu dan Cina, beberapa hari selepas keputusan pilihan raya umum.
Dalam pilihan raya 1969, gabungan Perikatan Umno, MCA dan MIC hilang undi popular tetapi menang pilihan raya.
Dalam Pilihan Raya 2013, pengganti Perikatan menang pilihan raya tetapi hilang undi popular.
Zulkifli Noordin: Kempen ABCD — Asalkan Bukan Cauvinis DAP. — Gambar failPresiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan “tsunami Cina” menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.
Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka depan akhbar berbunyi, “Apa lagi Cina Mahu?”.
Akhbar dilihat — bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad — dan pemimpin parti lain secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.
Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya.
Semalam, Najib mempertahankan partinya daripada pertuduhan perkauman, sebaliknya menuduh DAP yang bersikap perkauman.

Di sebalik dakwaan Umno, analisis keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan perpecahan bandar-luar bandar berbanding perpecahan Melayu-Cina dalam corak pengundian rakyat Malaysia minggu lalu.
Walaupun majoriti daripada Cina menyokong parti PR, terdapat angka signifikan undi Melayu terhadap parti pembangkang, terutamanya di kawasan bandar.
Zulkifli, yang mengangkat dirinya sendiri sebagai pejuang hak asasi Melayu-Muslim turut menggesa dalam tulisan di Twitter agar rakyat Malaysia menyertai kempennya digelar “ABCD Asalkan Bukan Cauvinis DAP”.
“Ingat 13 Mei,ingat DAP!Ingat 13 Mei,ingat Malai-seh!,” tulis beliau di Twitter.
Semenjak DAP menjadi sasaran serangan Umno, ia telah disokong oleh rakan PR PKR dan PAS yang sebahagian besarnya adalah Melayu.
Semalam, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah juga menyertai perdebatan kaum apabila beliau memberi amaran kepada komuniti Cina agar bersedia dengan tindak balas daripada Melayu kerana “khianat” terhadap BN dalam Pilihan Raya 2013.
Dalam sebuah forum, bekas hakim itu dilaporkan menuduh Cina merancang untuk “merampas kuasa politik” daripada Melayu, walaupun sudah mendapat manfaat dari segi ekonomi dari “setia kawan” Melayu.

1 comment:

  1. Nampak sangat bila pihak polis memilih bulu kerana tiada tindakan susulan dilakukan terhadap zul firaun besar yang sedang meniup api perkauman. Apakah pihak polis ingin peristiwa di Lahad datu berulang kembali sehingga mengorbankan perwira-perwira kita. Zul sudah boleh didakwa dibawah akta yang mengantikan ISA iaitu LLPK (Sosma). Adakah pihak polis akan memberi alasan tiada laporan polis dibuat untuk tindak susulan sedangkan ia terang-terangan untuk polis bertindak. Jangan jadi macam 'ops lalang' bila Najib bergaduh dengan orang no.2 MCA tentang isu pendatang tiba-tiba pemimpin pembangkang yang ditahan dibawah ISA sedang mereka langsung tidak terlibat dengan perang mulut itu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa