Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 29, 2013

Respon Yang Gentleman

Satu respon yang cukup matang dari pemimpin pemuda PAS
Namun tetap tegas dan sinis!

Bagus dan tahniah kerana tidak melatah dan tunjukkan kebijaksanaan di dalam menerima kritikan

Walau apa pun idea untuk pencerahan dan mengelak dari persepsi negatif itu memang patut di lakukan dan kita di luar sini pun mahu tahu sebab sebenar yang membawa kepada kemelut berkenaan

Terima kasih kerana kritik PAS
FMT Staff | May 29, 2013
Sebagai sebuah Gerakan Islam, kami senantiasa terbuka dan bersedia untuk dikritik dan diaudit, kata Nasrudin Hassan Tantawi.
PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Nasrudin Hasan Tantawi hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi perhatian kepada PAS lantas sudi mengkritik PAS dan pemimpinnya.
“Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut dan menerima apa jua kritikan yang dilemparkan.
“Kalian semua secara tidak langsung adalah agen yang membangun dan mendewasakan PAS dengan kritikan dan teguran yang dihulurkan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh dalam tulisannya hari ini.
Ujar beliau, “sebagai sebuah Gerakan Islam, kami senantiasa terbuka dan sedia untuk dikritik dan diaudit serta meletakkan kami pada situasi sebagaimana yang diajar oleh Allah swt iaitu bersedia mendengar apa jua perkataan lalu mengikut apa yang terbaik daripadanya.
“Namun terbuka dan bersedia menerima kritikan bukan bermakna kami mesti diam membatu atau bungkam membisu dalam menerima kritikan tersebut,” katanya.
Katanya, memberi jawab balas, menangkis serta membuat pencerahan semula terhadap kritikan adalah sebahagian dari kaedah mengurus dan menangani kritikan yang normal.
Kaedah ini dibenarkan sebagaimana uslub biasa digunakan oleh al Quran al Karim sewaktu menjawab kritikan pelbagai pihak terhadap Islam dan syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw, utusan Allah swt.
“Apatah lagi jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka. Ia boleh mencipta prasangka dan mencetus persepsi masyarakat awam, justeru itu mahu atau tidak, jawap balas mesti dikemukakan terhadap kritikan tersebut bagi meluruskan persepsi dan memurnikan prasangka.
“Contoh apabila pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada Presiden PAS, sememangnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli PAS membuat pencerahan dan mempertahankannya,” kata Nasrudin.
Ketika berlangsungnya Kongres PKR ke 9 di Petaling Jaya, hujung minggu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pertindihan kerusi pada Pilihan Raya Umum yang lalu.
Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil dalam ucapannya menyalahkan Hadi kerana kekalahan PKR di kawasan-kawasan bertindih terutama di dua kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor, Kota Damansara dan Semenyih.

1 comment:

  1. Abe,

    Alhamdulillah baco stekming Hassan Tantawi. Akhirnya dia kecek seperti orang cerdik dan orang kaba ( bukan or dok ngarut dalam tido).

    Harap-harap Hassan Tantawi kaba bahawa dia menang di Temerloh bukan kerana dia hebat tetapi kerana orang UMNO sendiri hendak menjatuhkan Dato saifudin. Dia bernasib baik kerana bertanding di Temerloh dengan dato saiffudin.

    Ambo beraso lego bila baco kenyataan TGNA hari ini. Beliau mengatakan beliau tidak akan benarkan PAS " berkerajaang perpaduang" dengan UMNO selari beliau masih hidup.

    Harap Tuang Presiding, Ketua Dewang Ulamok, Nik Amar, Nik Abduh dang geng-geng kerajaang perpaduang dalang PAS pahang molek-molek...doksoh dok terliorlah nok hidop mewoh macang puok UMNO tu kerano mewah demo tu adalah hasil kerja curi hok rakyat dang dok tipu rakyat. Biarlah dokleh naik jet peribadi pong, takot jatuh tengoh udaro sebab dok berkat.

    Secara seriusnya, meh kita tengok apa reaksi pemuka-pemuka utama geng kerajaang parpaduang ni terutama tuang presiding dang ketuo Dewang Ulamok.

    bat8

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa