Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 20, 2013

Malaysiakini Sahaja?

Media yang lain bagaimana?
Adakah Utusan Malaysia dan Berita Harian ikut etika yang sebagaimana beliau maksudkan?
Atau adakah beliau maksudkan hanya yang berkaitan dengan beliau sahaja?

Jangan main api dengan saya, Zahid memberi amaran kepada portal berita
PUTRAJAYA, 20 Mei — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini supaya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan berita.
Beliau berkata portal berita itu perlu berpegang kepada etika kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi kontroversi. 
“Anda (wartawan Malaysiakini) selalu putar belitkan kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok. 
“Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya. Anda selalu putar belit.
“Tolong cuba menulis mengikut etika kewartawanan okay?,” katanya kepada wartawan portal itu pada sidang media sempena hari pertama beliau bertugas di kementerian itu, di sini hari ini.
Ahmad Zahid juga menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataannya menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berhijrah ke negara di mana mereka boleh mempraktikkan kepercayaan politik mereka, yang menurutnya telah disalah tafsir. 
“Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya,” katanya dengan nada serius.Bernama

1 comment:

  1. Di luar negara, persatuan wartawan boleh jatuhkan seekor menteri, di Msia seekor menteri boleh tutup syarikat portal berita :)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa