Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 13, 2013

Rakyat Sabah Tak Kisah......

Rupanya Orang Sabah tak kisah satu apa pun
Tu sebab BN selalu menang
Tak kisahkan kawasan dan tak buat apa-apa pun Pengundi Sabah tak kisah
Rileks betul jadi YB di Sabah!

LAHAD DATU, BANDAR DIRAJA KIRAM?
Monday, 13 May 2013 08:40
ROSAK....Parit yang rosak teruk di hadapan Maybank terbiar begitu lama sehingga banyak kenderaan rosak tetapi MDLD hanya tutup mata. Peniaga terpaksa menyimen longkang tetapi dihalang.

Saudara Pengarang,

TAHNIAH kepada dua calon BN, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Datuk Haji Mohd Yusof Apdal kerana telah memenangi PRU-13 dengan majoriti besar sekalipun mutu perkhidmatan mereka setaraf dengan kelas kambing.

Sepanjang perkhidmatannya sebagai ADUN Lahad Datu dan Pembantu Menteri kepada Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasrun seperti tidak pernah 'Wujud' dalam pemikiran para pengundi Cina di Lahad Datu kerana tidak pernah mengambil tahu hal ehwal para peniaga yang tersepit di celah karenah birokrasi Majlis Daerah Lahad Datu.

Majlis Daerah Lahad Datu juga hanya tinggal nama apabila tidak mesra pelanggan dan peniaga yang bukan sahaja tersepit oleh masalah penjaja haram, PATI, pembinaan bangunan tanpa peraturan, kesesakan lalu lintas yang melampau, pencerobohan Taman Palma untuk membina gerai, jalan berlubang, mendirikan gerai swasta dan pelbagai masalah samping; sinonim Bungao atau Tawi-Tawi; bukan lagi Lahad Datu yang amat terkenal suatu ketika dahulu sebagai Majlis Daerah terbaik di Sabah.

Kini kegagalan Nasrun sebagai ADUN dan Pembantu Menteri bakal diwarisi oleh ADUN Baru, Yusof Apdal yang sejak menang pilihanraya pada 5 Mei 2013 belum lagi pernah menemui pengundi atau mengadakan lawatan ke Pekan Lahad Datu, 'Bandar Sampah @ Bandar PATI'; sekalipun semasa berkempen menabur pelbagai janji.

Sebagai peniaga kami amat kesal kerana semua sistem perparitan di dalam Bandar Lahad Datu terutama di kawasan Dataran Palma tersumbat dan berbau busuk serta semua pembetung mengalirkan najis di permukaan jalan.

Lebih menyedihkan, jalan utama ke Malayan Banking tidak dapat dilalui sejak tiga bulan lalu kerana besi penutup lubang hilang atau rosak teruk kerana mutu pembinaan yang rendah sehingga kereta kami rosak teruk.

Memandangkan tidak ada sebarang tindakan diambil, maka ada di antara kami terpaksa menuang simen untuk menutup lubang parit berkenaan tetapi di halang oleh MDLD setelah hampir siap. Anehnya mereka tidak melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

Jika ADUN lama yang kini menjadi Ahli Parlimen Silam terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur dan ADUN Baru yang belum mendirikan sebarang tiang rumah di Lahad Datu, maka nasib kami penduduk Lahad Datu terpaksa mengalihkan sokongan kepada DAP dan yakin PKR mampu membantu kami mengatasi masalah ini pada masa akan datang.

Sewajarnya Pengerusi dan Pegawai Eksekutif MDLD sudah lama dipecat ekoran status Lahad Datu yang telah dijenamakan sebagai 'Bandar DiRaja Kiram!'

Salam Hormat;

WONG P.K.

2 comments:

  1. Dalam pengalaman lebih 10 tahun di Sabah, orang sabah memang tak kisah....... Dulu kini dan selamanya.....
    Semasa beberapa blog sibuk menangkat berita kebangkitan rakyat Sabah mahu berubah... Lihat apa jadi.... Peristiwa sedih dipermainkan oleh MP Sabah dalam projek Sept 16 08. Saya dah kata dengan kawan-kawan saya tak yakin dengan12 kerusi dari Sabah, kalau dapat 3 dah baik..... Akhirnya memang berlaku.... LUPAKAN SABAH DALAM PERJUANGAN INI, TAPI JANGAN ZALIMI MEREKA JIKA PR BERKUASA KERANA MEREKA AKAN JADI ASSET JUGA AKHIRNYA.... INI CARA MEREKA.

    ReplyDelete
  2. Banyak ba penipuan di sabah ni!Bukan salah org2 sabah ja,kerajaan ba yg pandai2 betul kasi nasuk PTI JADI PENGUNDI HANTU.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa