Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 24, 2013

PSC: Akan Setujukah Mereka?

Kalau gesaan ini berjaya kita akan gembira
Tapi mereka membuat persempadanan semula pun adalah di atas kepentingan politik
Jadi tak perlulah fikir sangat akan berlakunya keadilan di dalam hal ini kalau diikutkan amalan yang lepas-lepas

Pakatan akan gesa panel khas parlimen untuk persempadanan yang adil
PETALING JAYA, 24 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan menggesa penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) sebagai platform untuk memastikan persempadanan semula kerusi yang lebih adil, kata pemimpin mereka.

Penubuhan PSC berkenaan, berhubung persempadanan semula berkemungkinan hujung tahun ini, akan membolehkan kedua-dua parti politik PR dan Barisan Nasional (BN) berbincang untuk proses yang le ih saksama, kata pemimpin DAP, Tony Pua (gambar), dan kemudiannya turut berkata ia bakal menjadi agenda pertama PR apabila Dewan mula bersidang pada Jun.
“Kita akan perjuangkan, jawatankuasa khas parlimen, kami mahu jawatankuasa terpilih untuk persempadanan semula untuk pengagihan kerusi yang lebih adil,” katanya di hadapan sekitar 5,000 penyokong mereka dalam himpunan “thanksgiving” di sini.
PR baru-baru ini juga telah mengemukakan rancangan mereka bagi menggunakan pertambahan anggota mereka di Parlimen bagi membolehkan persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan penghujung tahun ini.
Pemimpin mereka berkata jika perkara itu melibatkan pertambahan kerusi, persetujuan dua pertiga majoriti diperlukan untuk meluluskan perubahan sebelum diluluskan di Dewan Rakyat.
BN bagaimanapun tidak berjaya mendapat majoriti dua pertiga Dewan, dengan hanya 133 kerusi, dan PR mempunyai 89 kerusi, maka memerlukan sokongan daripada pemimpin pembangkang bagi tujuan tersebut.
Pecahan pengundi yang tidak adil antara kawasan parlimen menjadi utama pertikaian PR untuk menyokong dakwaan sistem persempadanan semula parlimen membantu BN untuk memenangi pilihan raya dan terus berkuasa.
Pua dalam ucapannya menegaskan perkara itu dan kekurangan persempadan semula kerusi akan menyaksikan kedudukan BN tidak akan tercabar walaupun pemerintah itu mengalami penurunan undi popular.
“Persempadanan semula yang tidak adil memberikan kemenangan untuk BN,” katanya.
Beliau kemudiannya berkata kepada The Malaysian Insider, rancangan PR untuk mendesak penubuhan PSC telah dipersetujui kepimpinan tertinggi parti.
Dua hari lalu, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMCEDEL) Amer Saifude berkata BN akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “first past the post” terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan.
Amer menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan pemerintah yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013.
“Selagi mana kita mengguna pakai sistem first past the post, ia akan menjadi kelebihan untuk BN,” kata Amer dalam satu forum berkenaan kesan Pilihan Raya 2013 di sini.
“Sejarah menunjukkan setiap kali persempadan semula, prestasi BN akan meningkat,” tambahnya.
BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR).
Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut.
Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan jumlah besar yang ditandingi mereka.
Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh.
“Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak,” katanya.
Pua bagaimanapun berkata dengan pilihan raya telah selesai. Dan usaha sedang dibuat untuk mencabar beberapa keputusan pilihan raya, melalui petisyen, langkah seterusnya untuk PR adalah fokus kepada persempadanan semula termasuk berusaha untuk sistem yang lebih adil

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa