Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 29, 2013

Malaun Yang Takbur Dan Rumusan Tumpulnya

Mula tu aku ingatkan rencana ini mengceritakan tentang undi popular BN dan PR
Rupanya dia nak bawa kita kepada perbandingan Anwar dan Najib
Malaun ni tak sedar atau terlupa pada ketika Najib hanya menang dengan 200 undi?
Tapi dengan bantuan SPR membuat persempadanan semula yang bagi aku agak kartun sehingga kem tentera di batu 9 pun di masukkan ke dalam Parlimen Pekan samalah juga dengan Parlimen Peringat memasukkan Kem Tentera Kok Lanas selepas Anuar Musa kalah!

Tak boleh nak kata apa sebenarnya selagi BN berkuasa dan SPR dijadikan keldai suruhan

Ko bacalah rumusan dan rapu malaun ni selepas kalah di Shah Alam dan malu besar akibat takbur dan cakap besarnya

Dia bercakap tentang Anwar seolah menumpang BN tetapi dia sendiri sebelum ini menang PRU tumpang PAS dan PKR dia terlupa!

Walau apa pun alasannya undi popular BN merudum dan undi PR meningkat adalah hakikat dan kenyataan!

Undi Najib meningkat juga adalah hakikat dan bersebab begitu juga undi Anwar menurun juga hakikat dan kenyataan
Mitos undi popular PRU13
Written by  Zulkifli Noordin
Sekarang mari kita lihat prestasi politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa pilihan raya umum sebelum PRU13. Kita akan dapati undi popular Anwar semakin lama semakin merosot!
Kita dapat melihat dengan jelas sebenarnya undi popular Anwar semakin merudum sejak keluar daripada BN. Semasa bertanding dalam PRU8, Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan bertanding sebagai calon BN menentang calon PAS, Mahfuz Omar. Anwar memperolehi majoriti yang agak besar sebanyak 16,150.
Dan majoriti Anwar semakin meningkat dalam PRU9 semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Anwar berjaya menewaskan calon pembangkang DAP, Abdul Rahman Manap dengan majoriti sebanyak 23,515, iaitu meningkat sebanyak 7,365.
Anwar tidak bertanding dalam PRU10 (1999), PRU11 (2004) dan PRU12 (2008) kerana menjalani hukuman penjara atas kesalahan salahguna kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan surat sumpah palsu daripada Umi Hafilda dan mangsa liwatnya yang juga pemandunya Azizan Abu Bakar.
Apabila Anwar layak bertanding, maka kerusi Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail dalam PRU12 dikosongkan. Buat pertama kalinya setelah 16 tahun bertanding di bawah lambang BN, kali ini Anwar sebagai Penasihat PKR bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di bawah lambang PKR. Anwar memenangi PRK itu pada Ogos 2008 menentang calon BN iaitu Datuk Arif Shah. Namun majoriti Anwar merosot kepada 15,671; iaitu kurang 7,844 daripada kemenangan terakhir Anwar sebagai calon BN dalam PRU9.
Dalam PRU13, Anwar sekali lagi sebagai Ketua Pembangkang bertanding kerusi P.044 Permatang Pauh menggunakan lambang Satu-Mata PKR menentang calon BN iaitu Dr Mazlan Ismail. Anwar menang dengan majoriti makin merosot sebanyak 11,721; iaitu berkurangan 3,950 berbanding PRU 2008. Dan berkurangan 11,794 undi berbanding dengan PRU9 semasa bertanding sebagai calon BN.
Apa makna semua ini? Maknanya undi popular Anwar sendiri di kerusi tradisionalnya makin merosot. Malah saya berani katakan hanya semasa bertanding sebagai calon BN majoriti Anwar begitu besar berbanding bertanding sebagai calon PKR. Jadi kalau undi popular dia sendiri pun makin merosot dan merudum, Anwar tiada sebarang alasan moral mahupun politik untuk mendabik dada menyatakan gabungan tak sah pembangkang menang undi popular untuk melayakkan dia menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7!
UNDI POPULAR NAJIB MENINGKAT
Sebaliknya kalau kita melihat prestasi Datuk Seri Najib Razak, kita akan nampak jelas peningkatan undi popular beliau. Daripada hampir tewas dalam PRU10 dengan hanya mendapat majoriti sebanyak 241 undi, tetapi kemudiannya atas khidmat dan usaha gigih, majoriti kemenangan Najib meningkat dengan mendadak.
Mengikut carta di atas, undi popular untuk Najib bagi PRU12 (2008) meningkat sebanyak 1,542 berbanding PRU11 (2004).
Dan bagi PRU13 (2013), undi majoriti Najib meningkat sebanyak 35,613, iaitu peningkatan sebanyak 11,149 berbanding PRU12 (2008)! Ini membuktikan undi popular Najib semakin meningkat berbanding Anwar yang semakin merudum!
SISTEM PILIHAN RAYA YANG SAMA
Apa yang lebih menghairankan ialah kenapa Anwar memilih untuk melalak dan menjerit sekarang? Sedangkan sistem pilihan raya yang sama telah digunakan semasa Anwar di dalam BN. Sistem pilihan raya yang sama yang telah menaikkan Anwar daripada politikus tepi longkang kepada seorang Timbalan Menteri (1982), kemudiannya Menteri sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Sistem pilihan raya yang sama yang menjunjung Anwar selama 16 tahun di dalam BN sehingga menjadi orang nombor dua dalam negara; malah pernah diberi kepercayaan memangku jawatan Perdana Menteri!
Mengapa selama 16 tahun tidak pernah dengar sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai Sistem pilihan raya Malaysia, mahupun SPR?
Kenapa tiba-tiba, apabila terkeluar menjadi pembangkang, Anwar kembali dengan politik longkang memaki hamun SPR dan sistem pilihan raya Malaysia?
ANWAR DITOLAK PAS
Populariti Anwar bukan sahaja makin merosot dan merudum dalam kalangan pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia, malah bersama rakan komponen juga sudah mula dipersoalkan. Ini adalah jelas apabila Majlis Syura' PAS menolak nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi pembangkang sekiranya mereka memenangi PRU13 tempoh hari. Malah Muktamar Agung PAS 2012 jelas kedengaran suara akar umbi PAS yang menolak Anwar sebagai pemimpin pembangkang dan menjadi calon Perdana Menteri mereka!
RUMUSAN
Dakwaan Anwar bahawa sebenarnya pembangkang yang memenangi PRU13 dan sekali gus membolehkan dia mencapai nafsu menjadi Perdana Menteri kerana memenangi undi popular jelas satu pembohongan dan putar-belit fakta yang jelas.
Pertama, sistem pilihan raya Malaysia menggunakan kaedah first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan yang berhak diisytiharkan menang dan boleh membentuk kerajaan.
Dalam konteks ini, jelas BN dengan perolehan 133 kerusi merupakan parti tunggal yang berjaya memenangi PRU13 dan layak membentuk Kerajaan Malaysia.
Kedua, Malaysia, seperti juga negara maju lain di dunia, tidak mengamalkan sistem undi popular iaitu mengira kemenangan berdasarkan jumlah keseluruhan undi yang diperolehi. Sebaliknya kita mengamalkan sistem pilihan raya menurut konstituensi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, dengan parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan Malaysia.
Ketiga, jika dikira undi popular, sebenarnya BN memperolehi undi popular tertinggi daripada kesemua parti utama yang bertanding dalam PRU13. Cubaan untuk memutar-belitkan fakta dengan menggabungkan kesemua parti non-BN iaitu DAP-PKR-PAS adalah tidak munasabah memandangkan mereka bertanding menggunakan simbol masing-masing, malah ada yang berlawan sesama mereka di beberapa kerusi!
Keempat, undi popular Najib makin lama makin meningkat. Sebaliknya undi popular Anwar yang mulanya tinggi semasa bertanding menggunakan lambang BN makin merudum sejak terkeluar daripada BN.
Kelima, sistem pilihan raya yang samalah yang menjulang Anwar daripada politikus tepi longkang ke jawatan nombor dua paling tinggi dalam negara. Sistem itu jugalah yang membolehkan Anwar menikmati 16 tahun kegemilangan sehingga memangku jawatan Perdana Menteri. Tapi kini sistem itulah yang diludah kembali setelah impian ke Putrajaya makin lama makin jauh!
Keenam, parti tunggak dan komponen terbesar pembangkang PAS sendiri menolak Anwar sebagai bala Perdana Menteri. Bukan sahaja populariti Anwar dengan rakyat makin merosot, bersama dengan rakan komponen pun Anwar makin dipinggirkan.
Apa yang berbahaya ialah dalam keghairahan Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang telah dipilih oleh rakyat dalam PRU13, negara dijerumuskan ke kancah politik perkauman dan cauvinisma yang sempit. Keghairahan segelintir rakyat terutama yang bukan-Melayu menyorak bersama Anwar memberi isyarat yang tidak baik untuk negara berbilang agama dan kaum ini! Sebab itu, saya mencabar Anwar supaya menghentikan politik sempit dan jijik ini. Terimalah hakikat rakyat tidak mahukan anda! Hormatilah keputusan rakyat yang mahukan negara dipimpin di bawah BN. Saya hanya boleh merumuskan satu perkara daripada semua ini: Anwar memang seorang pembohong bersiri yang tegar dan kaki putar alam yang cukup hebat!
Pembohong — Anwar berjanji akan berundur daripada dunia politik dan menjadi pensyarah jika ditolak rakyat dalam PRU13. Bukan sahaja dia tidak menunaikan janji, malah diheretnya rakyat ke politik jalanan demi memuaskan nafsunya ke Putrajaya!
Putar belit — Anwar memutar-belit fakta dengan menggunakan isu “undi popular” sebagai alasan untuk mendakwa sebenarnya dia dan pembangkang menang dalam PRU13; sedangkan hakikatnya Malaysia mengamalkan sistem PRU menurut konstituensi berdasarkan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, bukan berdasarkan jumlah undi keseluruhan yang diperolehi!

1 comment:

  1. Kalau bukan anwar pm. Org pas yg 1juta org yg juga dwi ahli umno dn pkr, mahukan tok guru ajaran sesat mulut longkang jd pM ker? Atau ku Li yg rembat kekayaan petronas atau najib attatunya al cipapi al scorpene ...

    Sudah lah ahli pas bodoh tak berkualiti 1juta ahli kunun tapi otak pemikiran 21kerusi parlimen smpai mati. Blogger pas buat rumusan mcm ayoh pin

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa