Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 24, 2013

Saya Tak Salahkan PSM!

Dalam PRU 13 baru-baru ni
Saya sebagai pemerhati yang penyokong memang menampakkan penting diri dan ketamakan di antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat sehingga ada yang menyebabkan perang mulut secara terbuka

Penyokong yang tidak fanatik akan merasa rimas dan tawar hati kerananya

Faktor inilah juga menjadi salah satu penyumbang kepada kekalahan PR

PSM akan kaji semula kerjasama dalam PR
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Mei 2013


SHAH ALAM -  Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan menghantar surat kepada komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu Pas dan PKR kerana tidak berpuas hati cara kedua-dua parti berkenaan menyelesaikan isu kerusi Dun Kota Damansara dan Semenyih yang menjadi punca kekalahan PSM di situ.

Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata, Jawatankuasa Pusat PSM akan mengirim surat berkenaan kepada Pas dan PKR dalam tempoh terdekat ini bagi mendapat maklum balas berhubung cara komponen PR itu menyelesaikan pertembungan kerusi itu.

“PSM  memang kecewa kerana kalah akibat daripada pertembungan tiga penjuru antara Pas dan PKR. Kalau mereka tolak ansur mesti PSM menang.

“PSM sudah buat ‘post mortem’ peringkat jawatankuasa pusat mengenai isu kerjasama dengan PR. Perkara ini akan dibincangkan dalam Kongres PSM yang bakal berlangsung pada 28 hingga 30 Jun ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas perkara sama, S Arulchelvan berkata, isu hubungan kerjasama PSM dan PKR telah dibahaskan dalam kongres ke-14 tahun lalu dan perkara ini akan dibincangkan semula terutamanya isu-isu yang timbul pada PRU13 ini.

“Jawatankuasa Pusat PSM akan hantar surat kepada kepimpinan Pas kerana tidak senang hati cara mereka selesai isu kerusi Dun Kota Damansara terutamanya dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan PSM sebagai parti komunis.

“Dakwaan seumpama ini jelas menunjukkan bahawa Pas juga seperti Barisan Nasional (BN). Kita akan kirimkan surat ini kepada Pas seberapa segera untuk dijawab dan diselesaikan begitu juga kepada PKR berhubung kerusi Dun Semenyih,” katanya.

Menurut beliau, maklum balas yang bakal di jawab kedua-dua komponen PR ini menentukan status kerjasama antara PSM dan PR yang akan diputuskan dalam kongres akan datang.

“Kita dah buat ‘post-mortem sekarang hantar surat kepada Pas dan PKR kerana betul-betul kecewa dengan tindakan mereka tidak mahu bertolak ansur dengan PSM sehingga menyebabkan pecah undi yang membuatkan PSM kalah di Kota Damansara dan Semenyih.

“Dun Kota Damansara teruk penangannya apabila PSM bertanding atas tiket PKR dan juga menempatkan calonnya atas dasar menerima watikah daripada kepimpinan parti. Manakala Azmin Ali meletakkan calon kroni di Semenyih,” katanya.

1 comment:

  1. kalau kes di Kota damansara aku boleh setuju.. Tapi kalau dijelapang dan Semenyih rsanya PSM yang patut tarik diri.Jangan nak tudung jari kat orang lain saja dengan tuduhan kroni dan sebagainya. undi yang dapat dah buktikan siapa lebih diterima disana.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa