Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 22, 2013

Dihina Allah Kerana Bongkak........

Peringatan untuk yang lain juga
Hatta PAS sekali pun tidak akan terlepas sekiranya 'merajakan' sifat sombong!

Karam di darat ada kuburnya
Karam di laut makanan ikanlah jawabnya!

Itulah nasib yang menimpa MCA yang cukup berlagak dan cukup yakin
Tetapi apakan daya
Kuasa Allah menjatuhkan penghinaan kepada mereka di mata Rakyat
Qadar dari penghinaan HukumNya oleh mereka!

MCA hanyut ditiup badai
Zainal Abidin Nor| May 22, 2013

Nasib MCA seperti sebuah bahtera yang hampir tenggelam dan ramai penumpangnya terjun untuk menyelamatkan diri.

Nasib MCA seperti orang yang sedang terapong-apong di lautan luas, dilambung ombak yang ganas dan dipukul badai dalam suasana cuaca yang gelap gelita sambil disambut oleh kilat sabung menyabung.

Nasib MCA juga seperti sebuah bahtera yang hampir tenggelam dan ramai penumpangnya terjun untuk menyelamatkan diri dari dipukul ombak yang besar hingga terhempas di pesisir pantai.

Sudahlah kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, kerana hanya berjaya memenangi tujuh kerusi Parlimen, kini MCA berdepan dengan keadaan serba salah berhubung dengan resolusi yang dibuatnya sendiri.

Ketika Mesyuarat Agung Tahunan MCA pada tahun 2011 dan 2012, MCA telah mengesahkan resolusi yang menyatakan parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan kerajaan jika prestasinya dalam PRU-13 lebih buruk dari PRU 2008.

Sebagai sebuah parti kedua terbesar dalam komponen parti Barisan Nasional (BN), MCA mencatatkan prestasi terburuk sejak negara mencapai kemerdekaan berbanding parti utama Umno yang mencatat kemenangan 88 kerusi Parlimen.

Kini MCA menghadapi masalah akibat perbuatannya sendiri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang dari MCA, Tee Siew Kiong menerima jawatan dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor.

Beliau telah pun mengangkat sumpah sebagai Ahli Exco negeri Johor di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan lebih mengusutkan keadaan bagi MCA ialah pelantikan Tee sebagai ahli exco itu adalah atas perkenaan baginda.

Kini Tee sedang bercuti dengan serta merta dari tugas partinya berikutan pelantikannya yang menimbulkan kontroversi dan keputusannya untuk menerima jawatan itu bercanggah dengan resolusi MCA.
‘Ditelan mati emak, diluah mati bapa’
MCA kini berada dalam keadaan yang serba salah, ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’ kerana sekiranya MCA mengambil tindakan disiplin terhadap Tee, ini bermakna MCA telah ‘menderhaka’ terhadap Sultan Johor.
Kemungkinan MCA tidak akan membantah titah Sultan Johor. Apabila Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ditanya mengenai sama ada partinya akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membantalkan resolusinya, beliau menjawab segala kemungkinan boleh berlaku dalam politik.
MCA akan dipandang sebagai sebuah parti yang tidak ada pendirian jika membatalkan resolusinya sendiri. Sudahlah ditolak oleh masyarakat Cina dalam PRU-13, MCA kini juga berdepan dengan masalah bagaimana untuk kekal relevan sebagai sebuah parti politik di negara ini.
Selain itu, MCA juga harus memikirkan jawatan Menteri Pengangkutan yang secara tradisi milik mereka yang kini sedang dipangku oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sebagai pemegang amanah untuk parti itu.
MCA juga kelihatan seperti tidak diperlukan lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba ‘meminang’ DAP menyertai Barisan Nasional (BN) memandangkan MCA sudah ditolak oleh masyarakatnya sendiri.
Tetapi DAP merupakan sebuah parti yang berwibawa dan berintegriti kerana terus menolak pelawaan Presiden Umno-BN itu kerana tidak mahu mengkhianati rakannya, PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Najib tahu bahawa MCA kini semakin lemah dan berkemungkinan akan lenyap dari peta politik di negara ini dan kerana itu beliau tidak segan silu mempelawa DAP untuk menyertai BN.
Sungguh Najib merupakan seorang yang tidak mengenang budi dan jasa MCA selama ini memandangkan MCA telah memberi khidmatnya berpuluh tahun lamanya, iaitu sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
MCA hina hudud
MCA juga menerima padahnya dan bala daripada Allah swt kerana secara terang-terangan menyatakan permusuhannya terhadap Islam apabila menghina hukum hudud sewaktu giat berkempen bagi menghadapi PRU-13.
Apa yang tidak dikata oleh Dr Chua, dengan mulut celuparnya untuk memburukkan hudud? Penghinaannya terhadap hudud mencapai batas yang melampau; hudud adalah undang-undang yang primitif, jam (masa) berputar ke belakang jika dilaksanakan hudud, antara dakwaannya.
Tetapi beliau tidak sedar bahawa tidak ada istilah kuno (ancient), mundur, ketinggalan zaman (out of date), dalam membicarakan soal hukum hakam Islam, walaupun Al Quran diturunkan lebih 1,400 tahun yang lalu.
Islam tidak mengenal dan terikat dengan masa dan tempat (time and space); hanya manusia yang terikat dengan masa dan tempat. Cahaya Nabi Muhammad saw diciptakan Allah swt lebih 7,000 tahun sebelum Nabi Adam dilahirkan.
Ketika MCA menghadapi kemelut yang diciptanya sendiri, kita hairan ke mana perginya suara Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dahulunya begitu lantang bersuara dalam isu yang melibatkan istana.
Kenapa ahli-ahli Perkasa tidak keluar ke jalanraya bagi memprotes kemungkinan Tee akan dikenakan tindakan disiplin oleh MCA atas tindakannya menerima jawatan Exco itu?
Presiden Datuk Ibrahim Ali dan timbalannya Datuk Zulkifli Noordin seharusnya menasihati MCA, kalau menolak permintaan Sultan Johor, itu derhaka namanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa