Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 28, 2014

Adakah Ini Bibit-Bibit Kecil Perpecahan?

Batalkan sambutan kemerdekaan Sabah

 | August 27, 2014
Puak-puak atau kumpulan yang mempertikai Hari Kemerdekaan mempunyai agenda tersembunyi untuk membangkit sentimen rakyat Sabah menuntut kemerdekaan daripada Persekutuan.
Musli OliKOTA KINABALU: Pertubuhan Solidariti Masyarakat Sabah (SMS) merayu kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mahu mengadakan sambutan kemerdekaan Sabah atau ‘Sabah Day’ pada 31 Ogos ini, untuk membatalkan niat mereka demi perpaduan rakyat Sabah dan Malaysia keseluruhannya.
Presiden SMS, Musli Oli berkata, NGO itu dan orang ramai sebaliknya patut sama-sama meraikan hari kemerdekaan Malaysia pada hari itu (31 Ogos) dan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept.
“SMS juga menganggap keputusan Sarawak untuk meraikan hari kemerdekaan negeri pada 22 Julai lalu, merupakan tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan dalam persekutuan.
“Trend itu kini menjadi ikutan di Sabah dan kami bimbang ia akan menjejaskan perpaduan yang sudah lama terjalin,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata Musli, sama ada Malaysia sudah berusia 57 tahun atau 51 tahun, ia bukanlah isu yang harus diperdebat dan dipolemikkan kerana Malaya yang merdeka pada 31 Ogos 1957 dan adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.
Oleh itu, beliau bimbang puak-puak atau kumpulan yang mempertikaikannya mempunyai agenda tersembunyi untuk membangkit sentimen rakyat Sabah menuntut kemerdekaan daripada Persekutuan.
Menurutnya, dari segi sejarah sebuah wilayah atau negeri yang telah bersetuju menyertai atau membentuk sebuah persekutuan tidak seharusnya meraikan kemerdekaan wilayah tersebut.
Sebaliknya, tarikh kemerdekaan yang telah dipilih secara rasmi sebagai hari kemerdekaan persekutuan hendaklah disambut dan diraikan sebagai hari kemerdekaan semua wilayah atau Hari Kemerdekaan Persekutuan.
Dalam konteks negara Malaysia katanya, hari kemerdekaan sudah ditetapkan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pula yang membentuk Persekutuan Malaysia disambut pada 16 Sept.
Musli menjelaskan bahawa, tarikh kemerdekaan Sarawak daripada Britain pada 22 Julai 1963 dan kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 boleh diingati tetapi sekadar sebagai rujukan akademik.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa