Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 24, 2014

Kelaku Pas dan PKR Mengundang Kebencian

Pas dan PKR jangan sampai orang benci dengan anda

Kata putus mengenai siapa calon MB Selangor bagi mengganti Abdul Khalid Ibrahim masih belum dimuktamadkan. Putusan itu bukan di pihak Sultan Selangor yang ada kuasa penentu secara tradisi (budibicara) terhadapnya tetapi daripada PKR dan Pas.

Sultan Selangor masih belum mengeluar apa-apa titah berhubung siapa pengganti Khalid. Mungkin banginda pun tidak lagi dipersembahkan nama sesiapa. Cuma di pihak Pakatan Rakyat seperti mana yang diputus sebelum ini sudah menetapkan nama Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon.

Walaupun Pas menamakan dua nama, Azizah dan Mohamed Azmin Ali tetapi Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan hanya nama Wan Azizah saja. Azmin sendiri tidak ada masalah dan memberi sokongan penuh kepada presiden partinya itu. Jadi soal Azmin sepatutnya tidak berbangkit lagi bagi Pas kerana ia atas kehendak dan sukarela Azmin sendiri berpegang kepada prinsip partinya.

Tetapi sejam dua ini ada bunyi lain pula, ibarat rumah siap tetapi pahat tidak puas hati. Katanya 13 Adun Pas enggan menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi mengesahkan Azizah sebagai pengganti Khalid. Sebab apa pula? Dan apakah perlu dan pentingnya surat sumpah berkenaan.

Perkembangan terbaru ini membingungkan. Kalau keputusan sudah dibuat dalam majlis pimpinan presiden kenapa pula harus ada SD. Apabila ada SD bermakna konsesus majlis pimpina presiden tidak kuat dan tidak laku. Bukankah situasi itu menyebabkan orang ramai akan gelak sinis kepada majlis presiden dan mempertikaikan akan autoriti yang ada kepadanya.

Kalau parti Pakatan Rakyat sendiri tidak dapat berpegang kepada keputusan yang mereka buat, apalah diharap kepada orang luar? Umno jauh sekali lah hendak menghormatinya Pakatan Rakyat.

Malam ini saya hendak ingatkan sekali lagi kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas dan PKR janganlah berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada integriti anda. Dengan apa yang berlaku kini orang ramai sudah jadi pusing dan meluat. Ada pun yang dah muntah kuning.

Jangan ingat rakyat boleh dibujuk dan jiwa mereka ditenangkan. Kalau mereka sudah "celika" mereka sukar untuk dijinakkan lagi. Terutamnya generasi muda yang berfikiran terbuka dan tidak menekan kepada soal ideologi lagi. Mereka mementingkan soal integriti dan wibawa parti. Kalau mereka hilang kepercayaan susah untuk dipujuk.

Jangan salahkan mereka termasuk anak-anak muda Melayu akan berarak memasuki DAP. Orang muda tidak sangat melihat kepentingan soal bangsa dan agama. Mereka lebih mementingkan rasional dan menggunakan akal sendiri untuk membuat keputusan. Dalam aspek ini DAP jelas lebih konsisten dan tidak banyak dakwa dan takwil. Parti chauvenis itu benar-benar profesional.

Pas dan PKR buatlah sesuatu jangan sampai nanti orang ramai membenci anda dan kerana kebencian itu mereka akan berpaling kepada Umno semula, melihat parti itu sebagai terbaik berbanding Pas dan DAP berdasarkan fiil-fiil yang ada hari ini. [wm.kl.9:36 pm 23/08/14]


4 comments:

  1. I am big time agreed with the statement. Stupid PAS and PKR....no more vote from me and wife.

    ReplyDelete
  2. Untuk pengetahuan semua, SD adalah diperlukan memandangkan mesyuarat PR tempohari berkeputusan hanya nak submit nama Wan Azizah, Hj Hadi selaku presiden pas tak hadir... jadi mananya majlis presiden? untuk itu, anwar nak perkuatkan dengan SD (nak ikat pas)... sejahat aljubb pun, dia sedar takut dikhianati oleh pas.

    ReplyDelete

  3. PAS ni parti celaka. Woi hangpa belah keluar dari Pakatan Rakyat adalah tersangat baik. Lebih baik berambossss.

    ReplyDelete
  4. Presiden yg KHIANAT jaja pil kuda
    jaja pil kuda kat tv3
    Tv3 tu paling dusta fitnah cilaka
    TV3 tu sikutty setan2 yg punya

    Mursyidool pon sama sekepala
    sokong BONTOT khalid ibarahim sama
    semua itu utk APA???
    utk sikutty & SETAN2 gumbira!!!?

    Inikah ulamak brtaraf donia
    alahai..bodoh BAHALOL ker apa?!
    sama2 kita TUNGGU diakhirat sana!
    sama2 kita jd SAKSI sape CELAKA!!
    sape yg sbnr2nya CELAKA dsisiNYA

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa