Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 17, 2014

Kedegilan Khalid: Ego Atau Menutup Pekung?

Ikut undang-undang, Khalid perlu undur sekarang, kata pensyarah
Published: 17 August 2014 - TMI


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikehendaki di bawah undang-undang meletak jawatan ekoran pengumuman PAS hari ini menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalannya Mohamed Azmin Ali, sebagai calon pengganti menteri besar (MB) Selangor, menurut seorang pensyarah undang-undang hari ini.
Profesor Gurdial Singh Nijar (gambar) dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya berkata sekiranya Khalid enggan mengundur diri, jawatan MB dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dianggap dikosongkan, tanpa perlu Sultan Selangor menyingkirkan mereka dari kedudukan tersebut.
Gurdial merujuk penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di mana diputuskan: "Apabila menteri besar dimaklumkan dia hilang kepercayaan majoriti anggota dewan undangan, dia dikehendaki dengan cara yang mulia meletakkan jawatan beliau dan jawatan majlis eksekutif.
"Jika menteri besar enggan atau tidak meletak jawatan beliau dan majlis eksekutif, hakikatnya ialah majlis eksekutif dibubarkan (yang juga termasuk menteri besar) disebabkan oleh menteri besar hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan," kata Gurdial.
"Oleh itu ia tidak perlu untuk Sultan... menyingkirkan Nizar (menteri besar Perak waktu itu) dan ahli majlis eksekutif. Sultan hendaklah melantik seseorang yang mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Undangan."
Tambah Gurdial, berdasarkan kes sebelum ini, yang tinggal kini hanya untuk Sultan melantik "seseorang" sebagai MB.
"Ini juga bermakna semua tindakan MB sejak beliau dimaklumkan kehilangan sokongan majoriti mungkin tidak sah," kata Gurdial.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terdahulu hari ini mengumumkan PAS bersetuju sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau timbalannya Mohamed Azmin Ali mengambil alih kepimpinan negeri Selangor sebagai menteri besar.
Beliau juga berkata PAS memutuskan untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, nama Khalid tidak lagi berbangkit kerana sudah dipecat partinya (PKR).
"Beliau kena pecat, kita tahaluf dengan parti bukan individu." – 17 Ogos, 2014.

3 comments:

  1. Minta maaf bro! Ikut undang2 Tubuh, DYMM perlu diberi pilihan dulu untuk bubarkan DUN atau tidak, jika tidak barulah TSKI dikehendaki meletakkan jawatannya.

    Tuanku titah dah tunggu hingga dia balik pada 27 Ogos. TSKI kenalah tunggu dulu. Yaang lain tunggulah juga. Bukan begitu? Sementara tu duduk diam2 dan jangan meroyan.

    ReplyDelete
  2. hehehe hulubalang istana aka pencacai sudah mariiii

    ReplyDelete
  3. 10:32pm cuma menghayati perkara kedua rukunegara.
    2:18am yg sebenarnya jadi pencacaiiii.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa