Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 26, 2014

U-Turn Dikemudi Mustafa Ali?

Tuesday, August 26, 2014 

Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat tidak cukup korum?
OLEH : Amirulmukminin

"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawab Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali ketika ditanya wartawan merujuk kepada arahan agar 13 Adun PAS tidak menandatangani Akuan Bersumpah untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor menyokong pencalonan Dr Wan Azizah Ismail sebagai MB baru.

Namun perkara yang paling besar sepatutnya dipersoalkan oleh wartawan adalah korum mesyuarat khas AJK PAS Pusat yang dipanggil oleh Mustafa itu. Jelas pemimpin ranking tertinggi yang kelihatan dalam sidang media hanyalah Naib Presiden Salahuddin Ayub. Tidak seperti mana mesyuarat 17 Ogos lalu yang memanggil kesemua 35 AJK PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri-negeri.

Tentunya mesyuarat dengan keanggotaan sebanyak itu dan membuat persetujuan sebulat suara tidak boleh dicabar oleh mesyuarat lain. Apatah lagi mesyuarat yang dihadiri oleh beberapa kerat pemimpin PAS dan tidak pula menghadirkan Presiden Hadi Awang atau Timbalan Presiden Mohammad Sabu sebagai pengerusi mesyuarat.

Apa yang cuba dilakukan Mustafa ini seolah-olah mencabul semangat setiakawan PAS bersama Pakatan Rakyat yang pada 17 Ogos lalu yang bersetuju menamakan hanya Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal. Arahan agar 13 Adun PAS tidak menamakan Wan Azizah dan membiarkan sultan memilih sendiri calon MB adalah bertentangan dengan persetujuan sebelum itu.

Usul mesyuarat minioriti ini membolehkan sultan memilih sesiapa sahaja menjadi MB dan tidak lagi terikat kepada calon PKR. Bagaimanakah PAS dengan keanggotaan sejuta ahli boleh melakukan mesyuarat kecil-kecilan seumpama PIBG sekolah?

Kumpulkan mana-mana pemimpin yang sempat bermesyuarat dan langgar keputusan mesyuarat berkorum penuh.

Tindakan seperti ini akan menghilangkan kesabaran rakan-rakan dalam Pakatan. Malah rakyat Malaysia juga akan menganggap PAS parti yang tidak boleh dipercayai. Lebih buruk berbanding Umno yang sekular, kerana PAS menggunakan agama untuk menarik kesetiaan ahlinya kepada pemimpin.

Ternyata PAS terperangkap oleh dendam segelintir puak ‘unity government’ yang tidak berpuas hati selagi tidak wujud kerjasama PAS - Umno. Mereka terlalu tertarik untuk membuat duit dan menimbun kekayaan dengan hasil masygul Selangor.

Puak UG telah merosakkan banyak perjuangan asal PAS dan kini kesepakatan dalam Pakatan juga sedang menjadi mangsa kegelojohan mereka.

Maka tidak hairanlah jika akhirnya PAS akan terbelah dua. Puak yang waras dan bersama Pakatan menubuhkan parti baharu manakala puak UG akan membawa PAS menjadi sekutu Umno. Perpecahan telah amat dalam dan tidak boleh diubati lagi dengan perpaduan yang dilakonkan di depan media. Hanya masa akan menentukan titik ledak kemarahan golongan profesional waras dalam PAS.

6 comments:

  1. Bila pemimpin tinggi ber ucsp , Rakyat akan mendengar ; mana mungkin Rakyat nak dengar ahli tahap cawangan ber ucap.

    Ini common sense ; itu sebab jadi pemimpin tanggung jawab besar serta nikmat pakej nya pun besar.

    Yang ada integriti dan nama baik dalam PAS sekarang Husam Musa dan Mat Sabu.

    Yang lain tu buat habis beras saja , sibuk hendak membodoh kan bangsa sendiri macam mamat temerloh tu.

    Ambo jenuh doh PAS nih.....

    ReplyDelete
  2. tindakan pas tu betul. PKR main politik rakus. langgar keputusan sultan. PAS berpolitik cara matang dengan pemikiran jauh kehadapan. PAS tidak mahu ada masalah dengan istana.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin PAS berintegriti adalah terdiri dari golongan yang menyokong apa jua tindakan PKR dan YB DS Anuar Ibrahim... Pendapat seorang macai yang berintergriti dari dalam tong berbau T...

    ReplyDelete
  4. Dari ada intergriti terus tak ada intergriti, dari rakyat percaya terus rakyat bangkul sampah perjuangan PAS. Itulah terlalu banyak meeting, cakap banyak banyak helah politik kerana kepingin jawatan2 penting dlm GLC dan kerajaan Selangor. Jangan berpolitik serong disebalik kopiah sebab rakyat yang menilai. Siapakah angkara dalam PAS yang merosakkan PAS dimata rakyat.
    Sampai bila PAS nak junjung hukum hudud kalau pendokong2 cakap klu-klik.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukum hudud PAS iaitu hudud di Kelantan pun PAS dah takde. Disebabkan oleh kebijaksanaan yang terlampau Nik Amar dan Ahmad Yaakob, depa dah serah serah hudud Kelantan kepada UMNO/Kerajaan Persekutuan semua sekali dengan d3bu-debu sekali. PAS dah takde hudud dah. Yang ada hanya telor 2 bijik sorang je. Itu je yang depa boleh gentel.

      Delete
  5. "PAS dah takde hudud dah. Yang ada hanya telor 2 bijik sorang je. Itu je yang depa boleh gentel"

    Apakah ini AMANAT baru Tok Guru Tok Guru >>>>???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa