Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 23, 2014

Wahai PAS.....Saari Sungib Dan Hasnul Baharuddin Ingkar. Yang 13 Orang ADUN Ini Bagaimana?

Pada aku PAS yang membelit dalam isu MB Selangor ini
Tetapi kenapa hanya dua orang ADUN ini yang terbelit?
Baca sini: Tindakan terhadap dua ADUN sokong Wan Azizah ditangguhkan - PAS

Apa hal pulak dengan 13 ADUN yang ingkar ini?
Adakah PAS akan bertindak?
Adakah PAS Terengganu akan teruskan desakan bodoh mereka? 

13 ADUN PAS masih enggan ikrar sokongan
mk - 10:00AM - 23 Aug 2014

13 ADUN PAS Selangor masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa hal ini merupakan agenda utama mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Perbincangan tersebut bagaimanapun masih belum menemukan sebarang penyelesaian, kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan.

Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan secara bertulis kepada PKR untuk menyokong Wan Azizah.

Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini."

Oleh yang demikian, satu lagi mesyuarat akan diadakan "dalam masa terdekat" bagi mendapat sokongan tersebut dalam bentuk hitam putih, katanya.

Malaysiakini difahamkan, perakuan bertulis itu akan dipersembahkan ketika menghadap sultan Selangor bagi membuktikan sokongan majoriti dewan kepada Wan Azizah yang juga ADUN Kajang.

Wan Azizah dalam sidang medianya sebelum ini mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 dari 56 ADUN Selangor termasuk dua dari PAS.

Sementara itu satu sumber rapat dengan PAS Selangor mengesahkan 13 ADUN PAS termasuk empat Exconya tidak muncul untuk menyokong Wan Azizah.

Menurut sumber tersebut, para wakil rakyat tersebut berbuat demikian kerana “tidak mendapat arahan” dari pimpinan PAS Pusat untuk menandatangani sebarang sokongan atau perakuan untuk menyokong Wan Azizah.

Setakat ini, hanya dua orang ADUN PAS yang menandatangani dokumen tersebut, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Hubungan antara PAS dan Pakatan Rakyat sedikit bergolak kerana parti Islam itu tidak menyatakan sokongan secara terbuka ke atas keputusan memecat menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, 9 Ogos lalu.

PAS juga tidak menyatakan sokongan bulat ke atas usaha PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai menteri besar baru.

Sikap yang ditunjukkan PAS itu merumitkan PKR, lebih-lebih lagi apabila parti Islam itu turut mencadangkan Azmin Ali sebagai calon alternatif, walau timbalan presiden PKR itu sendiri menolak cadangan tersebu
t.

5 comments:

  1. Na tunggu arahan??? Bongok btui adun geng 13 nii tuu yg press cnfrence msyuarat jk pusat pas pd 17hb yg bersetuju dgn pencalunan wan azizah paa hal ta mau wala dgn jk pas pusat ke...mkin claru pas ni pimimpin talam 2 muka sesetengah mereka mnunjukn memang pas ni sapa yg pegang remote cntrol ust hadi ke mb kltan....hghu..hghu. ..

    ReplyDelete

  2. Salam...
    bg aku masalah ni X besar sgt. Kalu pilih Azmin or org LELAKI jd MB selesai masalah. Dlm Islam pun, soal mgngkat wanita jd pemimpin X digalakkan. Ada pendapat boleh..ada pndapat X boleh. yg pasti kalu PM or Presiden mmg X boleh. yg menjd pertikaian apakah jwtn MB ni sama nga Pm. Pm ketua sebuah kerajaan/negara...Mb ketua pentadbiran sebuah negeri.

    Jd u kuar dr khilaf ulamak, baik kita lantik org Lelaki jer jd Mb. abis citer. kecualilah adun2 lelaki semuanya X leh jd Mb. Apa kurangnya adun lelaki berbanding Dswa??? aku rasa Dswa yg kurang berbanding adun2 lelaki. Yg lebih kpd Dswa kerana beliau Presiden Pkr..i2pun kerna dinaungi oleh suaminya. Jd presiden blum tentu leh memimpin (baca: jd MB) nga baik. spt org yg byk ilmu tp X dop kebolehan u mgajar...pasti dia X leh myampai ilmu nga baik.

    bg aku, X kisahlah saperpun jd MB, asalkan jgn Umnno udahlah. Jgn kita duk bertelagah, tut..tut.. dpt ke Umno. kita semua melepas...

    ReplyDelete
  3. PAS in Bahalol sikit.

    Nak pilih pemimpin biar lah yang bijak cekap dan nampak bersih.

    Nak kata Pompuan tak boleh buat kerja tu dan tak boleh angkat jadi pemimpin tu amat bahalol sangat.

    Angela Merkel kalau jadi PM Malaysia sebagai Konsultant pun mungkin tak bahalol sangat.

    Apa kah Tok Guru Tok Guru tu bijak se bersih Angela Merkel ???

    Mana ada sama Orang Bahalol dengan Orang Tak Bahalol , Baik Lelaki maupun Pompuan.

    Rakyat jangan jadi Bahalol sudah , biar lah segelintir yang sibuk merempit siang malam dari menangkap ikan di Laut China Selatan nun.

    ReplyDelete
  4. Semua peristiwa ini dapat menjelaskan siapa sebenarnya PAS. Saya bukan ahli PAS tetapi menjadi peminat PAS dan selalu mempertahankan setiap tomahan keatas PAS di setiap kesempatan... rupanya saya tertipu selama ini. Gambar luar tidak sama dengan apa yang di dalam hati. Dan sekarang ini mau tengok harakah pun bagai mau muntah... tengok guru PAS berketayap pun adoi... apalah malang

    ReplyDelete
  5. Sesiapa tak sokong PAS berdosa ka? Masuk neraka kah ? Otak biul

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa