Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 30, 2014

Tajuk Santai: Tanak Ker Korang Pergi Ke Sini?

PEKAN DIPENUHI WANITA RAYU KEHADIRAN LELAKI BUJANG
BRASILIA – Pekan Noiva do Cordeiro di sini yang hanya didiami oleh kaum wanita kini merayu mana-mana lelaki bujang untuk mengunjungi pekan itu bagi menghilangkan kesunyian terutama golongan wanita yang masih bujang, lapor Metro.co.uk kelmarin.

Pekan yang terletak di tenggara Brazil itu didiami kira-kira 600 penduduk wanita dan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita cantik yang masih muda.

Suami kepada wanita di pekan itu hanya boleh mengunjungi mereka pada setiap hujung minggu dan anak lelaki yang sudah berusia 18 tahun pula akan dihantar ke tempat lain.

Keadaan tersebut menyebabkan ramai wanita yang masih muda dan belum berkahwin sukar mencari jodoh sehingga menyebabkan mereka berasa tertekan.

Seorang penduduk, Nelma Fernandes, 23, berkata, dia berasa tertekan kerana sudah bertahun-tahun tidak bermesra dengan lelaki.

“Kami juga mengimpikan untuk jatuh cinta dan berkahwin tetapi tidak mahu meninggalkan bandar ini untuk mencari lelaki,” katanya. – Agensi

1 comment:

  1. Penternakan ikan Patin , ikan Kelah di Brasilia paasti buat untong untuk anak anak Melayu Malaysia. Wanita wanita Brasilia perlu di kenal kan menu Patin Assam Pedas , dan Kelah Masak Rebong dan memikat jutaan lelaki.

    Jika lelaki lelaki ber serban boleh tergila gila menu ini , sudah pasti lelaki lelaki ber topi dan ber cawat mampu menongkat bumi di hutan hutan Brazil.

    Cabaran perlu di jaja dalam Politik PAS dalam hal menjana ekonomi bangsa Melayu di Bumi ALLAH SWT.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa