Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 17, 2014

Kerja Penjilat Yang Menambahkan Beban Polis!

Umno Tawau buat laporan polis berhubung kenyataan Surendran

Umno Bahagian Tawau hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran (gambar) yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di YouTube.
Laporan itu dibuat anggota Jawatankuasa Umno bahagian itu, Sarman Amat Simito di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berharap pihak berkuasa membuat siasatan segera dan mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen itu.
"Kenyataannya yang terpapar di YouTube itu dengan jelas menunjukkan beliau tidak menghormati keputusan mahkamah... malah dapat menggugat keharmonian dan keamanan negara ini," katanya.
Sementara itu, Umno Bahagian Temerloh dan 10 badan bukan kerajaan daerah itu serta Umno Bahagian Bera di Pahang turut membuat laporan polis terhadap Surendran.
Laporan itu dibuat Ketua Wanita Umno Bahagian Temerloh Juhanis Abd Aziz dan wakil 10 NGO berkenaan Mohd Sabri Aziz di Balai Polis Temerloh pada 10.30 pagi dan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Bera Mohd Zoolihsan Ahmad di Balai Polis Bera kira-kira 4.25 petang.
Juhanis berkata pihaknya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Surendran yang ternyata melanggar tata susila dan undang-undang negara dengan melemparkan tuduhan tanpa bukti kukuh terhadap perdana menteri.
Sabri berkata kenyataan Surendran itu bukan sahaja tidak berasas tetapi juga boleh menjejaskan keharmoni keamanan negara.
Zoolihsan pula berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap anggota parlimen pembangkang itu yang membuat tuduhan yang tidak berasas sebagai satu pengajaran kepadanya dan yang lain. – Bernama, 16 Ogos, 2014. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa