Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 31, 2014

Gani Patail Dikatakan Lembab, Pemimpin UMNO Meroyan!

Kalau kerajaan ikut cadangan ini institusi ini akan lebih haprak dan lebih lebur wajahnya di mata rakyat
Maka tunggulah akibatnya nanti!

Gagal tangani situasi, Umno bahagian mahu lantikan politik jawatan Peguam Negara
Published: 31 August 2014 - TMI
Naib Ketua Umno Bahagian Rasah, Datuk Abdul Karim Mustafa meminta agar lantikan politik diadakan berikutan kegagalan Tan Sri Abdul Gani Patail menangani situasi semasa yang mengakibatkan pelbagai isu berbangkit. – Gambar fail, 31 Ogos, 2014.

Seorang pemimpin Umno bahagian meminta jawatan Peguam Negara dikembalikan melalui lantikan politik berikutan kegagalan Tan Sri Abdul Gani Patail menangani situasi semasa yang mengakibatkan pelbagai isu berbangkit, hingga menjadi pertikaian ramai.
Ini termasuk kes penghinaan terhadap institusi raja dan agama, kata Naib Ketua Umno Bahagian Rasah, Datuk Abdul Karim Mustafa seperti dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini.
"Kegagalan Peguam Negara ketika ini menangani isu-isu besar membabitkan institusi raja dan agama secara berkesan adalah antara faktor yang boleh diambil kira untuk mengambil langkah tersebut.
"Perkembangan semasa yang berbangkit daripada keupayaan bertindak Jabatan Peguam Negara dalam hal seperti penghinaan terhadap institusi raja dan agama menyebabkan kita perlu memikirkan semula kaedah pelantikan Peguam Negara," katanya dipetik akhbar milik Umno itu.
Bercakap semasa menggulung perbahasan dalam persidangan perwakilan bahagian di Seremban semalam, Karim berkata lantikan politik untuk jawatan itu bukan perkara baru kerana ia pernah dilakukan sebelum ini sehingga 1980.
Antara penyandang jawatan itu sebelum ini ialah Tan Sri Abdul Kadir Yusuf (1963 - 1977) dan Tan Sri Hamzah Abu Samah (1977 - 1980).
"Jawatan itu diserahkan kepada Perkhidmatan Awam pada 1980 dengan Tan Sri Abu Talib Othman sebagai Peguam Negara selepas Hamzah," katanya.
Karim berkata perkara itu boleh dibincangkan dengan lebih meluas bagi mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak, menurut akhbar itu.
Katanya, Gani juga dijangka bersara Oktober tahun depan manakala Peguam Cara Negara, Tan Sri Idrus Harun dijangka bersara Februari tahun depan.
"Kita mempunyai ramai tokoh peguam termasuk di kalangan ahli Umno yang mampu dan berwibawa untuk menjawat jawatan tersebut," dia dipetik berkata. – 31 Ogos, 2014.

1 comment:

  1. Abe

    Ini kerajaan yang TGHH dan geng UGnya siang malam dok pasang niat hendak bekerjasama. Sedih melihat gelagat TGHH dan geng YGnya dalam krisisB Selangor ini menggunakan pelbagai alasan ugama untuk melakukan sabotaj kepada Pakatan supaya beliau boleh membawa PAS bekerjasama d3ngan UMNO.

    Lihat bagaimana tindakan Anwar dalam menghadapi tindakan-tindakan khianat puak ini. Beliau meminta rakyat jangan menghukum PAS. Beliau memberitahu sumbangan PAS kepadanya semasa beliau dipenjarakan dan kepada Pakatan.

    Mampukah TGHH bersikap maganamous begitu dalam keadaan kemelut sekarang? Sekurang-kurangnya Anwar tidak menggunakan peluang untuk memburukkan PAS. Jauh sekali beliau mengkritik TGHH secara perbadi atas sikap mengkhianati Anwar dan Pakatan.

    T3ngok perangai ula(rse)mak yang h3bat , MP.Temerloh. Yang ditonjolkan oleh ula(rse)mak besar ini adalah kebusukan hatinya.

    Wallahualam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa