Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 24, 2014

PAS Akan Buat Konar Baring Pula?

PAS akan U-Turn dan kali ini buat konar baring hingga cecah telinga?
Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini."

Cer korang dengar rakaman video You Tube PC antara  TGHH bersama TGNA dan Mustapa Ali di Kota Baru pada keesokan harinya, 18 Ogos selepas mesyuarat AJK PAS Pusat (pagi 17 Ogos) dan selepas mesyuarat MPPR (petang 17 Ogos). 

Bahawa mereka menyatakan keputusan MPPR menamakan WAWI seorang tu sahaja tidak bertentangan dengan keputusan mesyuarat AJK Pusat.
3:55-4:59 ~ Wartawan: Sekiranya, minta maaf… diserahkan nama Wan Azizah, tidakkah bercanggah dengan… 
4:00 – 4:06 ~ Mustafa Ali: Tak! Tak! Tak! Tak! tu… tidak bercanggah! Itu kaedah sahaja. (kedenganran TGHH turut ‘bertaktak’ dan mengatakan ‘tidak bercanggah’ juga) Videonya di sini
Apa sebenarnya masalahnya PAS nih? Mereka cakap wala' wala' wala' kepada pimpinan. Mana wala' 13 ADUN PAS Selangor yang masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail?

Korang sendiri dengar tak seperti mana transkrip yang dipaparkan bersama video kat atas tu? Letihlah kita semua...alahai!

 Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.

Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan pada Wan Azizah melalui melalui pengakuan berkanun.

 Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini."

Difahamkamn, pengakuan berkanun itu akan dipersembahkan ketika menghadap sultan Selangor bagi membuktikan sokongan majoriti dewan kepada Wan Azizah yang juga ADUN Kajang.

Sementara itu satu sumber rapat dengan PAS Selangor mengesahkan 13 ADUN PAS termasuk empat Exconya tidak muncul untuk menyokong Wan Azizah.

 Wan Azizah dalam sidang medianya sebelum ini mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 dari 56 ADUN Selangor termasuk dua dari PAS.Baca lagi di sini  

Dalam satu perkembangan lain, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, ADUN PAS Selangor yang masih belum menandatangani akuan berkanun bagi menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memerlukan masa untuk berbuat demikian.

 "Saya fikir tidak tepat untuk mengatakan ADUN PAS tidak mahu menandatangani (surat akuan bersumpah).

 “PAS hanya mahu meneliti kandungan surat itu," kata beliau ketika ditemui semasa persidangan Kongres Nasional PKR ke-10 di Shah Alam tadi. 

Katanya, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali sendiri telah menjelaskan bahawa isu tersebut perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa pusat terlebih dahulu.

"Ini bukan keputusan 13 ADUN itu. Setiausaha Agung PAS Mustafa mahu membawa kandungan surat tersebut ke satu lagi mesyuarat untuk penelitian dan persetujuan," kata beliau.

Mesyuarat jawatankuasa pusat PAS dijadualkan berlangsung pada Isnin depan - 25 Ogos! SUMBER

Amat malang sekali sekiranya ramalan Blogger Tulang Besi ini benar-benar menjadi kenyataan....

Bahawa PAS akan U-Turn sekali lagi dan kali ini buat konar baring hingga cecah telinga???? Baca screen shot dari FBnya kelmarin : 


Di FB terbaru malam tadi, Tulang besi mendedahkan :
PENDEDAHAN PENGKHINATAN TERANCANG: Bahwa dua tiga hari lepas ada pertemuan antara Presiden dgn Azmin Ali. Butiran perbincangan adalah supaya Azmin beserta beberapa ADUN PKR melompat dan masuk PAS. 

Ini supaya kerajaan Khalid Ibrahim boleh dikekalkan dgn formula: PAS+UMNO+Khalid Ibrahim+Azmin+2 ADUN PKR. Atas sebab itulah mesyuarat tergempar 25hb dipanggil krn mahu u-turn keputusan 17hb yang membawa kepada menyokong kembali kerajaan PR. Inshaalah, pengkhianatan ini akan gagal.

Aminkanlah do'a Tulang Besi itu bersama ,Insya'Allah pengkhianatan ini akan gagal dan mereka yang merancangnya akan dilaknati Allah. Amin ya Rabb!

C&P dari - blog al-Husseyn

4 comments:

  1. Parti pas ni korner baring. Bukan setakat cecah lutut, telinga pun cecah jln.

    ReplyDelete
  2. Kalau dun bubarpun bagus jugak. Kalau PR bungkus, akan jadi pengajaran utk semua wakil pas, pengajaran yg sangat mahal. Akan bertepuk sorak laa puak puak BN.

    ReplyDelete
  3. PAS parti gagal , jgn buang masa layan parti golongan melayu bahalpl ini.

    ReplyDelete
  4. І used to be suggested this blog by way of my cⲟusin. I'm
    no longer positive whether or not this put uρ iss written by means of him as nobody else reccognize
    such ceгtain approximɑtely my trouble. You're incrediЬle!
    Thank you!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa