Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 23, 2015

Adakah Speaker punya imuniti?

Tiada imuniti untuk speaker dan ahli Parlimen jika dilihat cuba subahat lindungi
Posted on Thursday, October 22 @ 14:28:05 MYT by paktam
Oleh Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Perlembagaan Persekutuan adalah di bawah Artikel 4(1) dengan jelas menyebut ianya adalah ‘supreme law of the land’ iaitu undang undang tertinggi negara ini. (Rujuk juga , Raja Azlan Shah FJ dalam kes Loh Kooi Choon v Kerajaan Malaysia (1977) 2 MLJ 187-188).

Ahli ahli Parlimen mempunyai keistimewaan khas yang dikenali sebagai ‘Parlimentary Privillege’di bawah Artikel 63, Perlembagaan Persekutuan di dalam menjalankan tugas dalam kedua dua Dewan. Namun, Artikel 63 (4), Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan ahli Parliemen boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 dan juga kesalahan di bawah Artikel 10 (4), Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi Majlis Raja-Raja dan Yang Di Pertuan Agong yang mengimbangi kuasa kuasa yang ada pada eksekutif, legislatif dan kehakiman kita bincangkan sebelum ini. Justeru segala titah perintah Majlis Raja-Raja baru-baru ini patut dipatuhi selaras dengan peranan Majlis Raja-Raja serta selaras dengan fungsi Yang Di Pertuan Agong di bawah Artikel 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan untuk, pada ‘hemat baginda’ melantik seorang perdana menteri yang Baginda percaya mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan.

Speaker pula dilantik Dewan tidak lama selepas penubuhan kerajaan baru selepas pilihan raya umum selepas perasmian sessi Parlimen pertama Yang Di Pertuan Agong.

Justeru gagal mematuhi titah perintah Majlis Raja-Raja adalah ibarat mengistiharkan perang terhadap Majlis Raja-Raja, Yang Di Pertuan Agong dan Sultan-Sultan yang merupakan kesalahan berat di bawah Kanun Kesiksaan. Perlembagaan Persekutuan mula didraf Suruhanjaya Reid untuk mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu selepas kegagalan kerajaan British untuk menghakis kuasa Raja-Raja Melayu di samping British mahu menentukan hasil bumi tanah melayu terus dinikmati mereka sekalipun selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Memahami kenapa kerajaan British bersusah payah menderaf Perlembagaan Persekutuan yang mesti dapat diterima kerajaan British sekalipun selepas merdeka maka dengan mudah kita akan dapat memahami Perlembagaan Persekutuan tidak dibuat untuk melindungi sebarang perbuatan jenayah samaada rakyat biasa ataupun ahli-ahli Parlimen hatta speaker sekalipun.

Dengan ini, adalah perkara biasa selepas kes Mark Koding v PP (1982) 120, untuk seorang ahli Parlimen didakwa di mahkamah kerana apa yang di perkatakannya di Parlimen namun kes-kes yang akan datang, tetap akan menjadi fungsi Mahkamah untuk memutuskan berdasarkan fakta-fakta dan kekuatan bukti di samping kerelevanan provisi perundangan yang menjadi sebahagian daripada kertas pendakwaan.

Di dalam membela rakan sejawat ahli-ahli Parlimen yang menjadi topik utama siasatan badan-badan siasatan negara kita dan antarabangsa, ahli-ahli parlimen patut mengambil maklum agar mereka tidak terjerumus melakukan kesalahan jenayah iaitu bersubahat melindungi jenayah yang bukan sahaja merupakan kesalahan di bawah Kanun Kesiksaan namun menderhakai titah perintah Majlis Raja-Raja di samping tindakan yang sama di bawah Artikel 10(4) Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana engkar titah perintah Majlis Raja-Raja dan Yang Di Pertuan Agong.

Begitu juga dengan speaker Dewan, tiada perlindungan istimewa jika melakukan perkara perkara di atas malah ahli-ahli Parlimen boleh mengusulkan untuk memecat speaker kerana pelbagai salah laku sesuai dengan peraturan-peraturan Dewan namun kegagalan speaker mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta yang lama diluluskan Parlimen dan berkuatkuasa sudah cukup kuat untuk diambil tindakan.

Speaker Dewan mesti melakukan tugas dengan adil dan saksama namun jika Speaker lebih dilihat cuma melindungi mana-mana ahli Parlimen yang kini sedang disiasat pelbagai pihak termasuk beberapa negara dunia ianya cuma akan menjeremus speaker ke kolam najis yang belum dibersihkan airnya.

Cuba melindungi seseorang ahli Parlimen yang menjadi subjek siasatan jenayah kewangan pelbagai pihak dalam dan luar negara tidak termasuk dalam definisi tugas speaker yang sah dalam menjalankan tugas sebagai seorang speaker. Malah sesuai dengan prinsip seseorang itu masih tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, adalah menjadi tugas speaker untuk mengarahkan seseorang ahli Parlimen menjawab persoalan pokok yang ditujukan kepadanya kerana ahli Parlimen berkenaan hadir dalam Dewan bukannya speaker pula yang beria-ia berkata cukup bila timbalan hadir, timbalanlah yang menjawab.

Adalah menjadi amalan Parlimen, timbalan biasanya menjawab bila boss tiada dalam Dewan tetapi bila boss hadir dan persoalan ditujukan secara langsung kepada boss, amatlah pelik untuk speaker berkelakuan sedemikian walaupun speaker beria-ia mempertahankan tindakannya itu. Malah prinsip delegasi tugas untuk menjawab soalan dalam Dewan antara ahli Parlimen tidak boleh terpakai memandangkan ahli Parlimen yang diketahui bertanggungjawab secara langsung hadir.

Hubungan antarabangsa secara diplomatik bila seseorang menteri persekutuan menghadiri mesyuarat di luar negara kerana sesuatu tujuan yang spesifik maka adalah perkara biasa untuk pihak tuan rumah di negara berkenaan tidak menimbulkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan tujuan asal urusan mesyuarat berkenaan umpamanya untuk menyelesaikan perkara, ‘visa free arrangements’, dan ianya tidak sepatutnya menjadi lesen besar bila pulang ke tanah air membuat kenyataan pada media yang pihak FBI tidak menyiasat seseorang ahli Parlimen negara kita kerana semata-mata menteri persekutuan berkenaan tidak ditanya di dalam mesyuarat berkenaan.

Dewan Rakyat bukan seperti Dewan kanak-kanak sekolah rendah belajar berdebat. Bila hutang negara sudah lebih RM800 billion atau mungkin mencecah RM1 trillion, belanjawan apa yang boleh dibentangkan lagi? Bila nilai Ringgit jatuh ke rekod paling teruk semenjak zaman moden selepas merdeka, belanjawan apakah yang hendak diluluskan?

Malah bila rizab negara jatuh merundum seperti yang dilaporkan, apakah kekuatan negara kita untuk mengimbangi belanjawan yang defisit? Bijakkah rakyat memilih ahli Parlimen yang tidak faham apa-apa tentang kesan belanjawan selain daripada jadi tukang sokong supaya umpamanya, sidang Dewan dapat selesai segera untuk segera berpeleseran bersantai di Kuala Lumpur terutamanya di hotel-hotel lima bintang?

Semasa persidangan International Anti Corruption Conference (IACC 2015) baru-baru ini, pihak Filipina memaklumkan cukai kelapa berjumlah USD1.8 billion yang dikenakan Presiden Marcos bersama isterinya Imelda Marcos kepada peladang-peladang kelapa tidak lama sebelum melarikan diri ke luar negara dipulangkan pihak perbankan di Switzerland  dengan syarat amount berkenaan dipulangkan kepada peladang-peladang kelapa terlibat.

Manakala USD2 billion lagi dipulangkan kepada kerajaan Filipina dengan syarat pihak kerajaan Filipina memaklumkan butir-butir perbelanjaan dari masa ke semasa dengan tujuan untuk memastikan ianya tidak disalah guna sekali lagi kerajaan baru selepas Marcos.

Walaupun proses pemulangan sepenuhnya wang yang dirompak Marcos bersama isterinya Imelda mengambil masa belasan tahun pihak berkuasa Switzerland namun yang pasti pembekuan segala jenis akaun di mana-mana negara di seluruh dunia kini dapat dilakukan dengan mudah sekali terutamanya selepas kebanyakan negara-negara dunia menerima pakai Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu mengenai penggubahan wang haram yang turut diterima pakai di Malaysia sebagai sebuah Akta Penggubahan Wang Haram 2001 (AMLATFAPUAA 2001)

Berbalik kepada negara kita, di manakah hendak disumberkan dana-dana untuk membiayai segala apa yang dirancang. Perlu ada satu badan benar-benar bebas dan berimuniti yang melaporkan terus pada Parlimen tentang kesahihan belanjawan yang akan dibentangkan sebelum ianya dibentangkan supaya belanjawan berkenaan tidak membuang masa siaran secara langsung kepada rakyat dan sekadar menjadi angan-angan mat jenin dan juga menjadi satu cara lagi membelanjakan dana negara secara boros dan tidak berhemah seperti umpamanya membiarkan isteri menaiki pesawat jet peribadi rasmi milik negara lengkap dengan kawalan pasukan keselamatan tanpa arah tujuan yang konkrit selain menggunakan pelbagai alasan lemah untuk menjustifikasi segala pembaziran.

Dalam keadaan negara yang rakyatnya menderita kerana kos sara hidup yang semakin membebankan eloklah jika isteri pemimpin kerajaan menggunakan bas express Transnasional milik MARA untuk perjalanan ke Kota Bharu ataupun menggunakan pesawat tambang murah jika mahu segera ke Kota Bharu umpamanya tanpa perlu acara sambutan rasmi dan sebagainya. 

Jika perdana menteri Britain sendiri, David Cameron pada 18 Ogos 2015 dilapor meluas media Britain boleh menggunakan pesawat komersial tambang murah Easy Jet untuk bercuti musim panas dan duduk sebaris selang 3 kerusi daripada seorang remaja 16 tahun yang amat terkejut lalu terus mengambil selfie yang menunjukkan perdana menteri Britain duduk di kerusi penumpang biasa yang mempunyai ruang kaki yang amat terhad, tentunya tiada apa yang tidak kena jika isteri pemimpin kerajaan menaiki Air Asia ke sana kemari bersama rakyat setiap kali hendak terbang ke mana-mana ataupun menaiki teksi bajet untuk ke sana ke sini untuk urusan membeli-belah dan makan-makan dalam ibu negara.

Saidina Umar Abd Aziz salah seorang Khalifah agung Islam yang amanah memadamkan lilin milik negara ketika berurusan hak keluarga dengan memasang lilin milik peribadi.

Ketegasan Bank Negara Malaysia dan SPRM patut disahut serentak semua badan penguatkuasaan undang-undang yang lain tanpa perlu merasa terhutang budi pada eksekutif.

Tindakan yang kolektif dan serentak mungkin dapat dihargai rakyat dan mungkin rakyat dapat memaafkan apa-apa kesalahan mereka sebelum ini jika kali ini mereka tegas bertindak sesuai dengan terma-terma perlantikan untuk kebaikan negara, Inshaa Allah mulalah segera serta-merta bangun daripada tidur dibuai mimpi yang air liur basi sudah meleleh bergelen-gelen dengan melakukan tuntutan gaji halal yang diterima, iaitu bertindak segera selaras dengan salah satu prinsip rukun negara, kesetiaan pada Raja dan negara. Wallahualam.

* Penulis merupakan peguambela & peguamcara di Kuala Lumpur.

2 comments:

  1. Immuniti ????

    Nanti MATInbaru lah tahu mana langit mana kubor

    Bila hidup ada kuasa ingat macam NABI

    Kepala Otak !!!!!!

    Sudah ALLAH SWT bagi rezeki lupa diri pulak ingat sendiri pandai

    Tunggu lah masok kain KAPAN nanti

    Kepala Otak !!!!!!

    ReplyDelete
  2. Malaysia ini ibarat negara Pasir Berdengung, maka tidak hairanlah para ahli kabinet BN termasuklah juga speaker dan MP PAS itu asyik berdengung macam penagih dam. Itu sahaja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa