Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 26, 2015

Mengapa hanya MCA?

Mengapa hanya MCA, DAP soal Arul Kanda
Published: 26 October 2015 9:15 AM
Tindakan Presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy memberi taklimat tertutup kepada ahli-ahli MCA dipersoalkan kerana pihak lain juga berhak mendapat peluang yang sama berhubung skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2015.

DAP hari ini mempersoalkan mengapa Presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy memberikan taklimat tertutup kepada ahli-ahli MCA apabila beliau sebelum ini berkata hanya akan menjawab kepada pihak berkuasa.
Setiausaha Publiditi DAP Tony Pua bertanya jika Arul sekarang akan melakukan perkara yang sama, dengan memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan ahli Parlimen untuk bertanya soalan mengenai skandal kewangan dikaitkan dengan 1MDB.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga tertanya-tanya mengapa Arul mengelak setiap persoalan sebelum ini dengan mengatakan beliau hanya akan menjawab kepada pihak berkuasa, tetapi boleh memberi respons kepada MCA.
"Adakah ia kerana penonton MCA ini dijangka lebih mudah dipengaruhi, kurang berpengetahuan atau lebih mudah tertipu?
"Lebih penting lagi, jika beliau melihat ia sesuai untuk memberi taklimat peribadi kepada sebuah parti politik, mengapa tidak boleh memberikan taklimat yang sama kepada rakyat Malaysia atau sekurang-kurangnya kepada ahli Parlimen," kata Pua dalam kenyataan hari ini.
"Adakah beliau melakukan perkara yang sama untuk DAP?"
Pua berkata, sejak MCA mempunyai peluang sesi soal jawab bersama Arul, presiden 1MDB itu mempunyai tanggungjawab memastikan hak istimewa yang sama turut diberikan kepada semua rakyat Malaysia. – 26 Oktober, 2015.

Kaitan sebelum: MCA: Undang bos 1MDB bukan tanda restu

1 comment:

  1. kalau tak salah tak banyak helah
    ini adalah perangai lama puak ynag bermasaalah
    putar lah selagi boleh
    yang pasti bn memang banyak najis kering
    susah nak cuci

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa