Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 25, 2015

Laa........berkokok lagi Mamat ngok ni?

Kalau betul nak jadi penjilat
Masuk UMNO jerlah........!
Aiikk.......lupa pulak aku, kankah mereka sudah sebelah kaki dalam BN berjejambatkan Brehem Ali
Tu sebab semasa genting dalam dewan mereka semua melepak di cafe

Zuhdi: 'Parlimen kanak-kanak' pun tak angkat plakad


Pemimpin PAS menyindir rakan pembangkang parti itu bertindak melebihi kanak-kanak apabila mempamerkan plakad “mana 2.6 bilion?” selepas belanjawan 2016 dibentangkan.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengaitkan langkah itu dengan rancangan ‘mini parlimen’ pada tahun 1970-an yang dikendalikan oleh Allahyarham Jamal Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal.
“Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, ada satu rancangan kanak-kanak yang dikendalikan oleh Pak Cik Jamal, iaitu Parlimen Kanak-kanak.
“Seingat saya tiada kanak-kanak yang menjadi ‘ahli parlimen’ dalam rancangan itu bertindak angkat plakad seperti sebahagian ahli parlimen pembangkang semalam,” katanya melalui tulisan di Facebook.
Jumaat lalu, tulisan ‘mana 2.6 bilion’ itu dipamer selepas Najib selesai membentangkan belanjawan 90 minit, yang dikira ringkas berbanding sebelum-sebelum ini.
Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa ahli parlimen daripada PAS tidak mengangkat plakad itu, termasuk Nik Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Nasrudin Hassan (Temerloh).
Pendirian PAS jelas
Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, langkah PAS tidak mengangkat plakad di parlimen bukan bermaksud mereka menyokong kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.
Sebaliknya, katanya PAS sudah membuat pelbagai kempen membantah isu kemasukan dana itu selain menyatakan pandirian jelas dalam isu itu.
“Jadi kalau setakat tak angkat plakad dalam parlimen pun terus di label sebagai penyokong RM2.6 bilion, nampak agak keterlaluan lah saudara.
“Cari-carilah modal lain kalau nak hentam PAS pun,” tulisnya di Facebook.
Isu dana itu pada mulanya didedahkan oleh akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana itu sebagai "derma".
Najib menafikan sebarang salah saku dalam isu itu.

8 comments:

  1. Pas nak tunjuk mereka lain dr yg lain...
    Maklumlah berok sumbang

    ReplyDelete
  2. Rakyat melihat kualiti anda sebagai MP.

    ReplyDelete
  3. fadhli shaari ni sembang boleh la
    guu umoh mangsa banjir lagu mano
    kantung kerajaan negeri kering kontang lo ni lagu mano
    guu demo bua boleh laa
    puok2 demo ni otak duk kat palo lutut
    tak layok langsung nok merintoh negeri
    kawe serik doh nge puok2 pas ni
    pade doh...

    ReplyDelete
  4. Cakap Ketua Pemuda PAS amat tepat!! Blogger PAN and DAP memang tamat terdesak sampai guna alasan bebudak nak kutuk PAS

    ReplyDelete
  5. jom kita gelakkan statement pemuda pas yg otak dah masok air ni....wakakakakakakah

    ReplyDelete
  6. bangang sesuai kawan ngan bangsat...dah kena la tu.....

    ReplyDelete
  7. kamu tu orang politik. orang politik tindakan mereka sentiasa dinilai. Tak bolehkan nyatakan sokongan kalau benar2 sokong? Maknanya kalau tak angkat, kami pengundi2 'bodo' ni kata , menyokonglah tu...

    ReplyDelete
  8. Tinggalkan.PAS tidak.bermakna meninggalkan agama .. ayuh kawan kawan hindari diri dari mahluk mahluk yang angkuh dan tidak ada integriti..senyap senyap protes....hingga mereka ini semua tidak lagi berada dalam PAS...sayangnya PAS mengapa boleh jadi begini...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa