Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 27, 2015

Berita yang buatkan PAS bengang dan panas kepala

Pemimpin Pas Sabah sertai Amanah

 | October 26, 2015
Mereka yang keluar daripada Pas merupakan 40 orang yang terawal untuk menyertai Amanah di Sabah
sabah-amanah
PETALING JAYA: Seramai 40 orang pemimpin dan anggota Pas di Sabah keluar dari parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Peralihan parti itu diketuai bekas Pesuruhjaya Pas Sabah dan pengasas awal Pas di Sabah, Hamzah Abdullah yang kini dilantik sebagai Pengerusi Amanah Sabah.
Borang keanggotaan menyertai parti Amanah diserahkan kepada Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus di Sandakan pada Isnin.
“Antara anggota Pas yang menyertai Amanah ialah bekas Naib Ketua Pemuda Pas Negeri, Harris Alimuddin dan Ketua Penerangan Pas Semporna, Mohd Shaman Palah,” kata Hamzah, lapor Bernama.
Katanya, mereka merupakan antara 40 orang kumpulan awal dari Sabah yang menyertai Amanah.
Pada peringkat awal, enam cawangan Amanah telah ditubuhkan di kawasan Batu Sapi.

3 comments:

  1. Bila dengar berita ni Hadi Awang akan sebut, "hal kecik saja ni, macam nyamuk, takdak apa2"...

    kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  2. Termasuk buih mulut pmimpin pas yg mencanang hudud yg tak entah ke mana. Stigma yg memerangkap ahli cai demi kpentingan pemimpin. Dah jelas.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa