Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 28, 2015

Isu Gani dan darf pertuduhan Najib timbul lagi

Kit Siang gesa PAC baharu panggil Gani kes draf pertuduhan Najib
Published: 28 October 2015 6:48 PM
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata draf pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak adalah kepentingan negara dan PAC yang baharu perlu mengesahkan kebenarannya dengan memanggil bekas peguam negara yang dikatakan merangka kertas tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2015.

Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu perlu merumuskan pada mesyuarat pertamanya Isnin ini, kebenaran berhubung isu draf kertas pertuduhan rasuah yang didakwa terhadap perdana menteri, kata Lim Kit Siang hari ini.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, ia boleh dilakukan dengan memanggil bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang didakwa Sarawak Report, merangka kertas pertuduhan itu sebelum beliau dipecat daripada jawatan itu pada Julai.
Lim berkata PAC juga perlu memanggil bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador, kerana beliau mengakui berjumpa dengan Gani 2 hari sebelum beliau dipecat.
"Persoalan sama ada terdapat draf pertuduhan rasuah terhadap Datuk Seri Najib Razak, berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di Jabatan Peguam Negara, dan sama ada ini sebab sebenar pemecatan Gani, merupakan satu isu penting yang PAC perlu selesaikan jika mahu siasatannya terhadap 1MDB memperolehi kredibiliti, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa," kata Lim dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, dakwaan draf kertas pertuduhan itu satu lagi perkara yang menjadi kepentingan negara, susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenainya Khamis lepas.
"Kenyataan SPRM yang mengatakan ia tidak menyiasat 1MDB kerana ia kes polis, menegaskan yang ia tidak pernah menafikan kesahihan gambar rajah yang diterbitkan Malaysiakini mengenai aliran wang yang melibatkan SRC International atau menafikan kesahihan draf kertas pertuduhan terhadap perdana menteri.
"Persoalan yang keluar daripada kenyataan SPRM itu ialah sama ada terdapat satu draf kertas pertuduhan di Jabatan Peguam Negara terhadap perdana menteri yang berkaitan dengan rasuah sebelum Gani dipecat sebagai Peguam Negara pada 27 Julai.”
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Gelang Patah yang digantung daripada menghadiri persidangan itu berkata, sebelum memulakan pendengarannya, PAC pada Isnin mesti mengenalpasti mana-mana daripada ahlinya yang mendapat manfaat daripada derma RM2.6 bilion yang diterima Najib.
Memetik Peraturan Mesyuarat 35(6) Dewan Rakyat, Lim berkata ia merupakan "pelanggaran hak istimewa Parlimen" sekiranya ahli PAC itu terlibat dalam menyiasat 1MDB atau derma RM2.6 bilion.
Datuk Hasan Arifin dilantik pengerusi baru PAC, menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik mengaggotai Kabinet pada bulan Julai.
Empat lagi ahli Parlimen Barisan Nasional daripada jawatankuasa sebelum ini juga menyertai Kabinet, dan semuanya digantikan dengan pelantikan baru yang dimuktamadkan semalam, dengan salah seorang daripadanya daripada PAS.
Mereka sedang menyiasat skandal 1MDB apabila mereka dinaikkan pangkat ke Kabinet. – 28 Oktober, 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa