Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 30, 2015

Husam dan Wala'un Ulamak: Gelanggang silat mula dibuka

# Aku pakai 'wala'un Ulamak' sebab aku tahu di dalam PAS pun bukan semua ahlinya wala' membabi buta

BUKTI PAS BUKAN LAGI SEBUAH PARTI POLITIK YG DEMOKRATIK DAN MENGHARGAI TEGURAN..........

Luham Prejudis

Jemputan Dato Wan Mutalib selaku Pengerusi Luham untuk saya bersemuka - sangat saya alu-kan. Saya bersetuju berjumpa Luham.

2. Serentak menghulurkan jemputan terbuka, Luham telah membuat pelbagai komen yang agak berat sebelah dan memihak serta excuse yang tidak munasabah.

3. Menjelang perjumpaan - Luham perlu menjelaskan lebih lanjut tujuan perjumpaan, format, tajuk dan tata caranya. Pembantu saya akan menghubungi Dato Wan InsyaAllah.

4. Adakah perjumpaan nanti adalah semi perbicaraan?
Jika ia semi perbicaraan, Luham tidak sesuai kerana Pengerusinya telah bernada prejudis kepada saya, termasuk tajuk posting itu sendiri : 'Itu Sikap Yang Tidak Betanggung Jawab - Wan Mutalib'.
Jika ia untuk mencari duduk perkara, Luham boleh meneliti lima surat terbuka saya (asalnya sebahagian adalah tertutup) dan boleh mengambil inisiatif melakukan investigation awal dengan bertanyakan pihak yang bertanggung jawab.
Badan sehebat Luham tentunya mempunyai standing yang dihormati. Lagi pun semua pihak mesti accountable kepada parti, termasuk organ parti. Serentak dengan itu, pihak bertanggung jawab mesti juga bersifat telus. Lagi pun, kata Luham, pendengaran hendaklah dari kedua belah pihak.

Apa pula perlunya excuse : 'rekodnya adalah rahsia pentadbiran negeri' .
Sebagai bekas Exco Kerajaan Terengganu dan peguam senior, saya yakin Pengerusi Luham arif perbezaan antara minit mesyuarat yang diklaskan dan maklumat dari mesyuarat yang bersifat kepentingan awam yang boleh didedahkan oleh pihak terlibat.
Jika awal-awal lagi Luham meletakkan dirinya terpenjara, saya ragu ada manafaat apa-apa dari perjumpaan kita.

5. Sehubungan semua surat saya, apa sikap Luham jika wujud salah urus di mana-mana pihak?

6. Apakah Luham bersedia menjadi orang tengah membetulkannya?
Saya mengulangi soalan saya yang saya sifatkan dari hati sanubari saya, apa pendirian Luham terhadap isu penebangan hutan simpan secara tebang habis dan pemusnahan alam. Soalan lanjut seperti telah saya terterakan tiap satunya dalam surat saya sebelum ini???

7. Dalam konteks kelulusan tebang habis, saya fokuskan kepada keputusan-keputusan terbaru - current decision. Tuan lah yang memulakan mempersoalkan kenapa dulu saya tidak menegur yang memaksa saya mendedahkan sedikit dari lintasan lalu. Itu pun dengan penuh hemat dan jimat.

8. Ada sekurang-kurang lima surat saya kepada Kerajaan Kelantan.
Surat pertama saya ialah mengenai tuduhan saya telah mendapat konsensi balak laluan Lebuhraya KB-KK di Ulu Sat yang telah diviralkan.
Apa sikap Luham terhadap fitnah yang (mungkin) dilakukan oleh ahli PAS sendiri (saya boleh membantu Luham menyiasat) yang telah memfitnah Adun Pas???

Pada waktu itu, saya tengah uzur. Mungkin tuan tidak menyedarinya di waktu itu, hingga tiada sesiapa yang menghulurkan simpati kepada saya. Itu tidak penting tetapi dibangkitkan sekadar menunjukkan kejamnya mereka ini.

Sebelum dan menjelang Muktamar Pas, saya serta ramai lagi rakan yang lain telah difitnah bertubi-tubi.
Apa sikap Luham? Apa perkhidmatan guaman yang boleh diberikan oleh Luham pada saya?
Kalau tidak silap saya, Luham juga bermaksud melindungi hak asasi manusia.
Fitnah adalah gangguan ke atas hak peribadi manusia dan lebih lagi, hak sebagai ahli Parti Islam.

Saya menuntut Luham meneliti perkara ini dan bertindak membela pihak yang teraniaya, termasuk saya.
Sekadar satu contoh, dua anggota Jawatan Kuasa Pas Pusat sekarang pernah memfitnah saya menerusi FB mereka, bahawa saya adalah dalang di sebalik tindakan dua Adun Selangor. Mereka kini adalah AJK Pas Pusat. Adakah Luham berani?

9. Terkini, Al Fadhil Ustaz Zaharudin Muhammad, bekas Ahli Majlis Syura sedang meracau.
Apa tindakan dan nasihat Luham?
Bukankah beliau adalah menantu Presiden kita? Walaupun tindakan menantu tidak semestinya terkait dengan mertuanya, tetapi bukankah tindakannya itu boleh memburukkan imej parti dan di luar akhlak mulia.

10. Adakah Luham berpendirian, sesuatu Kerajaan itu tidak boleh ditegur?
Adakah menyembunyikan perbuatan yang merugikan adalah lebih menguntungkan kerajaan dan parti dalam jangka panjang?

11. Maaf kan saya dengan jawapan ini. Saya lebih banyak menyebut Luham dari Dato Wan kerana saya dapat mencium surat Dato mungkin dikarang oleh orang lain bagi pihak Dato. Saya percaya, jika ia karangan Dato, gayanya lebih anggun.

12. Ayat dalam para terakhir : 'Saya bersedia untuk merintis jalan bagi mengatur perjumpaan...' menunjukkan jemputan kepada saya masih dalam peringkat percubaan.

13. Apa pun, saya bersedia InsyaAllah.

14. Pada masa yang sama, saya menunggu tindakan Luham dalam isu-isu yang telah saya bangkitkan.
Salam Juma'at. Semoga keadilan, kesaksamaan dan kebenaran dapat menjadi tujuan kita bersama.

Saya sudahi dengan WalhamduliLlah, 'ala kulli hal.
Husam Musa
17 Muharram 1437/30 Oktober 2015

17 comments:

  1. Terbaek dari seorg pejuang tulen..
    Semoga panjang umur saudaraku husam musa

    ReplyDelete
  2. Semuga Allah sentiasa memberi segala kesihatan, keberkatan dan d lindungi Allah jua... Selamat berjuang kerana Allah... Dlm menyelamat rakyat dan negara... Tinggalkan mereka yg esmosi tu ... Tidak mahu menggunakan akal yg dkurniakan Allah semata mata taksud dgn imam besar mereka yg belum tentu lagi mendapt atau tudak keredhaan Allah...hj hadi xsama dgn TgNA... Dan fadhil noor...

    ReplyDelete
  3. Hj hadi dah terjilat ludah nya yg lalu2...

    ReplyDelete
  4. Semoga kebenaran terbukti..aku dah meluat dgn hj hadi nih..dasar presiden bangang..

    ReplyDelete
  5. Tak semena2 TGHH yg disalahkan.. x pe tuan guruku TGHH. kami tetap di belakangmu.. kami ingin bersamamu di akhirat kelak.. kami x mahu bersama LKS di akhirat kelak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang mcm yakin sj tghh akan masuk syurga. ni yg dikatakan pengikut taksub. mcm ajaran sesat!

      Delete
  6. Wan rosli.. Tok guru mung xamanh... Xmasuk dlm dewan.. Gi jepun waktu org dok mesyuarat kat ... Tu tanda payah nak masuk syurga... Amanh disa siakan.. Tok guru gapo gitu,., parok tok guru mung.. Janji nak bentang hudud tp sampai ko ari ni dok dlm kelambu.. Parok geng mung... Tantawi plk.. Org dok bincng hal lain dia dok bincg hal lain.. Tu le.. Org dok meeting selalu ponteng.. Sampai waktu nak brrtanya masih dok tgk wassap... Parok sungguh geng pas lo ni...

    ReplyDelete
  7. Gugurnya pemimpin sejati Tuan Guru selaku tiang seri Pas dan KINI Pas jadi Parti Haprak, memfitnahm menjebon dan membarua jemaah. Hingga Hindu pun tanya dl muktamar " Kenapa Ulama Diam, tak kan tidak ada dlm Quran yg mencela fitnah dan mengaib orang" kat belakan Harun Din selamba ja mcm tak ada apa. Politik Perut dan bukan lagi politik islam dalam PAS ini.
    Teruskan lah tenggelam wahai pengikut dan pemimpin pas. Buat malu pada orang kapir DAP je. Sebok nak bertanding di kawasan DAP tapi bila DAP nak bertanding dikawasan Pas
    meroyan tahap biawak jadinya PAS selangor.

    Sudah lah Pas mulut Isle isle tapi kelaku, hati, mulut semua politik perut ( maaf kepada ahli Pas yg tidak bersikap sedemikian)

    MEMBANGUN LAH BERSAMA KEPIMPINAN CAI

    ReplyDelete
  8. wan rosli,
    tu je la senjata pas la ni.. ugut org nak hantar masuk neraka.. bila tak setuju pemimpin pas, bersama cina kapir kat akhirat.. macam la dh tau presideng dok grup mana kat akhirat besok, ntah2 dia pun sekali ngan lks


    anon 9:57
    setuju, cuma nak tambah sikit.. politik perut dan bawah perut..

    ReplyDelete
  9. Aku tetap bersama tok guru TGHH.. takkan bersama dewata LKS..

    ReplyDelete
  10. Komen 12:55am itu menyerlahkan lagi sifat bodoh abadinya. Teramat jijik nak sebut namanya pun, takut berjangkit pula kebodohannya.

    ReplyDelete
  11. Kih kih.. u must be PANian right?.. tak yakin dgn hudud..

    ReplyDelete
  12. Wan Rosli

    Kami tak bodoh macam kamu.....kami hanya tak yakin dengan penghulu kamu tu yang jenis Ularmak!

    Klu bin klek tak habis-habis. Cakap lain buat lain!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tuan,
      Teringat kiasan almarhum guru sy,katanya,
      Ular senduk jika duduk bawah tangga,bisanya tak hilang,
      Jgn jadi ular lidi yg belagak panggung kepala di pucuk atap..

      Delete
  13. wan rosli,

    tu je la senjata pas la ni.. ugut org nak hantar masuk neraka.. bila tak setuju pemimpin pas, bersama cina kapir kat akhirat.. macam la dh tau presideng dok grup mana kat akhirat besok, ntah2 dia pun sekali ngan lks

    Nak tambah sikit....

    Kata kalah PRU pun tak mengapa, janji dapat redha Allah.
    Istiqamah hingga kemenangan......

    Ada Allah janji ke yang kalah sahaja akan mendapat keredhaan-Nya?
    Orang berusaha hingga kemenangan tapi mereka ini asyik istiqamah aje dan lepas tu usung Tin Milo untuk kumpul wang saku penceramah dan kalau lebih boleh bayar muka Mini cooper atau Velfire.

    Wan Rosli.....Jerman sudah ada teknologi service "otak", kalau berminat boleh minta bantuan mertua Ding Ayang untuk servis otak kamu yang penuh dengan sampah tu.

    ReplyDelete
  14. Rela bodoh kerana menyokong hudud daripada pandai menentang hudud..

    ReplyDelete
  15. Wan Rosli

    Bila kamu menjadi pengasas Agama Hudud?
    Nabi mung pula setaraf siapa? Adi Awe ke?

    Keturunan Wan Pahang atau Trengganu yang baghal sangat ni?


    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa