Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 26, 2015

Jiwa kalot: Razlan bagaikan contoh kepada dilema Umno di era moden

Razlan - 'Samseng Umno' atau kawan Kumar, Ah Fong?
Zikri Kamarulzaman  - 

Bagi pemerhati politik kedai kopi, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii akan dipadankan dengan stereotaip 'samseng ketuanan Melayu'.
Gambaran ini mungkin terukir dalam minda orang ramai selepas beliau mengancam membakar ibu pejabat DAP tahun lalu.
Ini susulan kontroversi kenyataan ‘Umno celaka’ oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Seri Delima, RSN Rayer.
Namun jika diperhalusi, Razlan bagaikan contoh kepada dilema Umno di era moden – hidup dalam masyarakat berbilang kaum sambil mempertahankan hak Melayu mendapat lebih keistimewaan.
Cita-cita Razlan, Malaysia sepatutnya seperti Taman Tun Dr Ismail (TTDI), sebuah perbandaran mewah, di mana rakyat pelbagai kaum hidup bersatu padu.
Bapa kepada empat orang cahaya mata itu berkata, di TTDI, semua bangsa bebas mengamalkan agama di samping berhubung akrab dengan jiran mereka.
Razlan sendiri membesar dalam persekitaran pelbagai bangsa ketika menetap di Sentul yang kebanyakan penduduknya berbangsa India, sebelum berpindah ke Salak Jaya, sebuah kawasan majoriti Cina.
Lelaki 41 tahun itu juga sempat tinggal di setinggan Kampung Maxwell, berdekatan dengan lokasi ibu pejabat Umno hari ini, yang mana bapanya ketua bahagian Umno cawangan di situ.
Namun ‘budak bandar’ itu kesal dengan pudarnya gaya hidup berbilang kaum secara perlahan-lahan di Kuala Lumpur.
“Perkara yang saya paling risau demografi pendudukan dalam Malaysia. Dulu kita ada
kampung-kampung, saya dulu belajar dengan kawan-kawan Cina (dan) India, semua belajar sekali bersama-sama.
“Kita belajar sama, duduk rumah sama, makan sama kadang-kadang kita pergi rumah kawan (India) saya Kumar makan capati, kadang-kadang pergi rumah (kawan Cina) Ah Fong untuk makan, tiada masalah.
“Tetapi hari ni saya tak nampak perkara itu. Bila saya tanya, anak saya umur 16 tahun tidak ada perkara-perkara itu terjadi dalam kehidupan mereka.
“Apa yang jadi sekarang ini, orang Cina duduk dengan kelompok Cina, orang Melayu kelompok dengan Melayu dan India dengan India,” katanya kepadaMalaysiakini.
Membesar dalam masyarakat yang pelbagai latar, beliau turut menyimpan kagum dengan bangsa lain, terutamanya Cina.
Orang Cina, katanya, berhati-hati dengan wang mereka dan mengambil kesempatan daripada tawaran kerajaan seperti rumah mampu milik.
Manakala Melayu, beliau berkata, lebih membazir dan secara umumnya kurang berdaya saing.
Kemungkinan pandangan bahawa orang Melayu kurang maju yang membentuk pendirian Razlan bahawa bangsa itu seharusnya diberi perlindungan dan dibantu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa