Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 24, 2015

Rupanya mereka takut 'telor' diramas?

Kalau tak salah, jangan campur siasatan 1MDB, kata Muhyiddin
Published: 24 October 2015 7:52 PM
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, orang ramai ingin melihat proses siasatan membabitkan transaksi 1MDB dijalankan dan mereka mahu mengetahui hasilnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Oktober, 2015.

Proses siasatan membabitkan dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak seharusnya diganggu jika tiada sebarang kesalahan dilakukan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Timbalan presiden Umno itu berkata, orang ramai ingin melihat proses siasatan membabitkan transaksi syarikat sarat hutang milik Kementerian Kewangan itu dijalankan dan mereka mahu mengetahui hasilnya. 
"Rakyat mahu supaya proses siasatan itu dijalankan. Jangan campur. Yang rakyat nak tahu, apa hasilnya. Kalau tak bersalah, tak bersalahlah. Kalau bersalah, kita hukum," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana individu atau institusi.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani Kerana Benar' di Hotel Grand Blue Wave, Johor Baru hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, dengan pilihan raya umum akan datang sebagai penentu, siasatan yang dijalankan juga tidak seharusnya berlarutan sebegitu lama.
"Kalau keadaan (siasatan) itu tidak berlaku, apa-apa kesalahan biarlah. Sampai masa rakyat akan tahu juga nanti.
"Yang hak akan timbul dan yang batil itu akan tenggelam, lambat laun. Tetapi, jangan lambat-lambat sangat, penentunya pilihan raya nanti," kata ahli Parlimen Pagoh itu.
Beliau berkata, isu berkaitan 1MDB bukan hanya melibatkan Umno, sebaliknya turut membabitkan semua parti komponen dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana itulah beliau bersuara.
"Suara saya ini bukan nak menumbangkan sesiapa. Takkan saya nak biarkan. Kalau saya tidak bersuara, siapa nak bersuara?" soalnya. 
Muhyiddin yang digugurkan daripada Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai berkata, beliau sedar realiti pemimpin Umno di peringkat cawangan dan bahagian yang takut untuk bersuara kerana khuatir dikenakan tindakan, malah sehingga kepada keadaan dipecat. 
"Yang dekat sini semua takut... takut kena pecat ketua cawangan, ketua bahagian.
"Realitinya, negara sudah begini keadaannya. Saya seorang sahaja (yang bersuara). Yang lain buat apa?" soalnya, di hadapan sekitar 400 peserta program anjuran akhbar Sinar Harian itu.
Kebanyakan hadirin merupakan ahli dan pemimpin Umno peringkat cawangan dan bahagian dari negeri itu.
"Mungkin ada implikasi kepada diri saya apabila mengatakan ini, tetapi saya sudah bersedia," kata Muhyiddin. 
Ketika sesi soal jawab, Muhyiddin turut mendedahkan, terdapat beberapa mesyuarat yang sepatutnya dipengerusikannya selaku timbalan presiden namun digantikan oleh Najib selaku presiden Umno. 
"Seolah-olahnya tidak menghormati ahli parti yang pilih saya sebagai timbalan presiden. Seolah-olah lupa pengorbanan yang saya sudah buat. 
"Ini tugas, dalam mesyuarat pengurusan parti, ada naib, bendahari, ketua sayap, kita duduk berbincang. Kenapa kedudukan saya terjejas?
"Bagi saya, keadaan parti tidak harus tergugat. Saya tidak lagi berada dalam parti bukan kerana melakukan kesalahan. Saya tidak merogol, tidak meliwat.
"Kalau perdana menteri tak nak dengar tidak mengapa, yang lain-lain ada. Kenapa saya jadi mangsa, sedangkan saya jurubicara ahli Umno?" soal beliau lagi.
"Apa yang saya lakukan sehingga terlucut jawatan saya?" soalnya. – 24 Oktober, 2015.

2 comments:

  1. matdin ni pun tak boleh harap jugak
    kurang yakin diri sendiri nak harap orang bekap
    elok la semua kaki pelingkup
    masa dolah pm matjib pun cuak jugak nak lawan
    masa tu kes toya baru lagi
    tong banyak najis kering payah nak cuci
    lani kehong sana sini
    ramai yang rugi

    ReplyDelete
  2. Senang cakapnya, dalam UMNO jangan berani cuba hendak berbuat baik, tumpo le komer. Jika hendak hidup senang lenang dan dapat mendaki ke atas, sebagai ahli UMNO kenalah aktif buat perkara mungkar. Kalau hendak memfitnah pula, Hadi tiada bantahan punyalah! Itu sahaja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa