Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 28, 2015

Aikk.......selepas Nurul Izzah berjumpa dengan Jacel Kiram tetiba keluar statements ni?

Pengganas Sulu rancang balas dendam - Nur Jazlan
Astro Awani |  November 28, 2015 14:36 MYT    
Pengganas Sulu rancang balas dendam - Nur Jazlan
Menurut Nur Jazlan, rangkaian tersebut turut melibatkan warga tempatan yang bersimpati dan menyokong niat jahat kumpulan pengganas tersebut. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Kumpulan pengganas Sulu di selatan Filipina sedang merancang untuk melancarkan serangan 'balas dendam di Lahad Datu susulan kegagalan mereka menawan Sabah pada 2013.

Memetik laporan New Straits Times Online, Kementerian Dalam Negeri sedang memantau dan menghapuskan rangkaian kumpulan berkenaan di pantai timur Sabah.


"Kita meneruskan pemantauan secara intensif kerana wujud tanda kumpulan tersebut sedang merancang untuk membalas dendam," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.


Rangkaian tersebut turut melibatkan warga tempatan yang bersimpati dan menyokong niat jahat kumpulan pengganas tersebut.


Tambah Nur Jazlan, mereka menyelinap di dalam masyarakat setempat dan senario itu menyukarkan pihak berkuasa untuk mengenal pasti individu-individu yang terlibat.


"Mereka kebanyakannya terdiri daripada penduduk setempat dan bukan warganegara Malaysia yang ada hubungan rapat dengan selatan Filipina," ujarnya.


Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi memaklumkan, pergerakan penduduk yang ada hubungan dengan Sulu sedang dipantau oleh pelbagai agensi termasuk pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).


Khamis lalu, Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul mengharamkan kemasukan warga asing yang ada kaitan dengan kumpulan kesultanan Sulu daripada memasuki negara.

Malah sidang berkenaan turut meluluskan usul khas melarang dua Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu kerana mengadakan pertemuan dengan Jacel Kiram yang merupakan anak perempuan kepada bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

3 comments:

  1. Piraaah! Ade yang nak percaya ke dengan anak si BULAT nih? Kencing punya kaki. Tuuuih.

    ReplyDelete
  2. Ini semua cite kartun....yg sebnarnya pengkianat adalah Sape Jin yg bwa masuk + bg Ic kpd pndtg asing utk menang pilihanraya & yg BODOH tahap KHINZIR....mana perginya KAPAL SELAM yg kos belian Bilion2 .....apa guna & sepatut perompak + penyamun yg terlibat dgn Kes ni yg patutnya dihukum pancung + cincang smpai lumat

    ReplyDelete
  3. Salam Mountweller

    Maaf, lama tak masuk blog ini.

    Sebabnya setiap kali masuk blog ini dari blog Yong, ada yang redirect blog Yong kepada iklan entah apa2.

    Ia sangat annoying.

    Maaf. Komen ini tak perlu diterbitkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa