Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 29, 2015

AMK dan PAS Kedah tidak berpaksi kepada realiti politik sebenar

Pemuda Amanah sanggah AMK dan PAS Kedah
 | ARIF ATAN
Mukhriz juga cuba mendekati sekolah pondok di Kedah
Tampil membidas dakwaan yang dilihat bersifat keanak-anakkan, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah menyanggah dakwaan kononnya PAS mendominasi lanskap siasah di negeri utara tanah air itu sebagai tidak berpaksi kepada realiti politik sebenar.
Ketuanya, Asmirul Anuar Aris berkata, PAS hanya dapat memerintah Kedah selepas mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk sokongan masyarakat Tionghoa apabila berada dalam Pakatan Rakyat.
“Sebagai contoh dalam PRU (pilihan raya umum) 1999 ketika 65 peratus undi Melayu berpihak kepada pembangkang, namun PAS hanya mampu mendapat 12 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen,” ujar beliau dalam kenyataannya hari ini.
Mengulas dakwaan Ketua AMK Kedah kononnya PAS mendapat sokongan daripada ribuan pondok di Kedah, Asmirul berkata, PAS kalah di kawasan pondok yang majoritinya pengundi Melayu seperti di Parlimen Sik.
“PAS kalah di kedua-dua Dun dan Parlimen yang ditandingi iaitu Padang Terap, Jerlun dan juga Baling juga begitu di mana PAS kalah di Dun yang majoritinya terdapat pondok dan didiami pengundi Melayu.
“Kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua pimpinan sahabat Pemuda parti dari PAS dan dan AMK Kedah tersebut adalah tidak berpijak kepada hakikat yang nyata,” tegasnya yang mengakui terpanggil untuk memberi reaksi apabila ‘sahabat dari sebuah parti yang menganggap mereka dominan menyahut’ dakwaan pihak AMK Kedah itu.
Menyifatkan penyertaan ramai golongan muda ke dalam Amanah biarpun parti itu belum tiga bulan usia penubuhannya, beliau berkata, sambutan tersebut lahir daripada desakan dan kehendak rakyat yang resah dengan kemelut serta kepincangan tata kelola negara.
“Secara hakikatnya, PAS tidak serius dalam menumbangkan kerajaan Umno-BN kerana telah menolak pelawaan untuk berada bersama-sama dengan Pakatan Harapan sedangkan hakikat politik Malaysia Umno-BN tidak pernah lagi tewas apabila parti-parti pembangkang tidak bersama,” bidasnya.
Sehubungan itu, Asmirul berkata pihaknya komited memperkukuhkan Pakatan Harapan yang telah dibentuk di peringkat nasional mahupun di negeri dengan pelbagai aktiviti secara bersama.

3 comments:

  1. Trend pengundi melayu di kedah terhadap umno dan pas masing2 55 dan 45 %. Kumpulan yg mendapat undi bukan melayu terbanyak akan memperolehi kemenangan

    ReplyDelete
  2. Kenyataan budak jenis tak pi mengaji sekolah da.... dia pi belajar kat ustad ug tentang pengiraan anak bulan dan datang bulan je.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa