Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 24, 2015

Habuan berbaik-baik?

Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM69 juta kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk membangunkan syiar Islam di negeri ini pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan yang disalurkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) itu adalah untuk perbelanjaan mengurus dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan.

Menurut beliau, pihaknya berharap kerjasama yang baik di antara Kerajaan Pusat dan negeri akan diteruskan bagi membantu menyelaraskan aktiviti keagamaan di negeri ini.

"Saya datang hari ini bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob bagi membincangkan hal-hal berkaitan penyelarasan agama dalam erti kata tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan negeri membangunkan agama Islam ke arah memupuk semangat kesepaduan bersama dalam melaksanakan aktiviti keagamaan.

"Pada pertemuan ini, saya persembahkan kepada Menteri Besar tentang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM69 juta untuk kerajaan Kelantan bagi menampung pelbagai perbelanjaan termasuk sekolah agama di negeri ini.

"Peruntukan ini juga adalah untuk membayar elaun untuk lebih 900 orang imam, guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) untuk lebih 5,000 orang, penyumbang agama lebih 800 orang, pegawai penyelaras masjid daerah di Kelantan serta guru-guru takmir," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankusa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan, dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Mengulas mengenai Sekolah Agama Rakyat (SAR) Jamil Khir berkata, pihaknya mengalu-alukan sekiranya Kerajaan Pas Kelantan ingin mendaftarkan sekolah tersebut dengan Kementerian Pelajaran di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

1 comment:

  1. Dah dpt peruntukan tu jgn lah ikut perangai abang Jamil pulak.. buat kursus kahwin kat luar negara sambil jln2 makan angin.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa