Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 27, 2015

Harta punya pasal: Bapa dipenjara, anak bersyukur!

Ummi Nazeera Bersyukur Bapa Dipenjara 31 Tahun
FRIDAY, 27 NOVEMBER 2015
Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman penjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Datuk Zainulabadin didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.

Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan. Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai. Ummi juga bersyukur dengan keputusan mahkamah tersebut.

“Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” katanya dan menjelaskan segala keperitan ibunya telah berakhir, dipetik melalui portal The Rakyat Post. - sumber

2 comments:

  1. Harta punya fasal Datuk Taha dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim di Kampung Asahan, Gemechih Negeri Sembilan.

    Harta punya fasal juga ADUN PAS masih melekat dengan PKR dan DAP di Selangor. PAS tak tahu malu!

    ReplyDelete
  2. Untung ni dpat kahwin dgn anak datuk ni...huhu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa