Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 28, 2015

Husam akan menhadap Isnin ini: Nampak UMNO, nampak PAS yang stail pimpinan tiada bezanya......

Husam tegur dilabelkan orang kecewa dan khianat, Muhyiddin tegur juga dilemparkan gelaran yang sama.

Bukankah PAS dan UMNO punya stail pimpinan yang sama?

Husam sedia menghadap pimpinan PAS Isnin ini

 | BORHAN AHMAD
Datuk Husam MusaDatuk Husam MusaSetelah gagal menghadirinya pertemuan 24 November lalu, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mengesahkan kehadirannya menghadapi Dewan Harian PAS, badan pengurusan PAS Isnin ini.
Husam mengesahkan perkara ini selepas mendapat pesanan dari setiausaha agung PAS Datuk Takiyudin Hasan.
"Sekembali saya dari China, saya menerima pesanan whatsapp dari Sua Pas menjemput saya menemui Jawatankuasa Harian Pas Malaysia.
"Saya telah memberikan tarikh 30hb November ini untuk pertemuan itu. Masa yang ditetapkan ialah 2 petang, di Pejabat PAS Jalan Raja Laut," kata Husam dalam satu kenyataan ringkasnya.
Husam dipanggil menghadap Dewan Harian Selasa lepas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, namun tidak hadir.
Ini kerana ketika itu beliau masih berada di China untuk mendapatkan rawatan.
PAS memutuskan untuk memanggil Husam selepas Adun Salor, Kelantan itu membuat beberapa kenyataan yang menyerang PAS dan kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti Islam itu.
Antaranya beliau mendakwa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu membentuk kerajaan dengan Umno di Selangor.
Ekoran itu pengarah pilihan raya PAS datuk Mustafa Ali mengajak beliau berdebat secara bersemuka.
Namun selepas persetujuan dicapai oleh kedua-dua belah pihak, PAS menyekat majlis itu kerana tidak mahu ia dibincangkan di khalayak ramai.

1 comment:

  1. PAScai ngan UMNO parti feudal. Pemimpin tak boleh disentuh. Dua dua binatang ni cuma layak jadi tisu tandas je.. kah kah kah kih kah.. tuuih!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa