Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 28, 2015

Keluarga tonggang terbalik rupanya!

SATURDAY, 28 NOVEMBER 2015
Keluarga Pelik - Adik Kevin Mahu Polis Tangkap Abangnya..

Tangkap abang saya di bawah Sosma, kata Richard
Sambil melabelkan abangnya sebagai "penjenayah negara", Datuk Richard Morais yang berang mahu Charles Suresh Morais yang membuat akuan sumpah berkanun (SD) Rabu lalu, ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

Beliau juga melahirkan kejutan bahawa polis masih belum bertindak dan menggesa mereka untuk menjejaki abangnya itu dan mencadangkan perintah ekstradisi jika abangnya itu telah kembali ke Amerika Syarikat, di mana beliau menetap sejak tahun 1984.

"Saya percaya... dan awak boleh petik saya, jika dia telah melarikan diri, Datuk (Richard) akan bercakap kepada perdana menteri untuk mengekstradisinya.

"Saya akan gunakan kenalan saya untuk mengekstradisi dia pulang ke negara ini... Dia masih seorang rakyat Malaysia," katanya.

Richard juga merancang untuk membuat laporan polis terhadap abangnya, seorang pemilik hotel yang berpangkalan di Altanta, esok.

Wasiat Kevin

Beliau juga mendedahkan alasannya menuntut mayat abang mereka, timbalan pendakwa raya kanan Kevin Anthony Morais yang mati dibunuh untuk upacara pembakaean sedangkan ada yang menuntut agar bedah siasat kedua dijalankan.

"Saya tidak boleh biarkan lebih lama, jasadnya dibiarkan di sana (di rumah mayat) selama 70 hari kerana dia (Charles).

"Ini adalah memalukan bagi membiarkan jasad Kevin sekian lama hanya berdasarkan pertimbangan awak (Charles). Awak tidak memiliki Kevin. Kita semua tidak memiliki Kevin. Dia sudah mati, kita patut bakarnya lama lalu," katanya.

Berhubung dakwaan Charles dalam SD itu, Richard menolaknya bukan kerana kaitannya dengan orang-orang seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tetapi hakikatnya bahawa dakwaan itu tidak benar.

Ditanya mengenai motif di sebalik keputusan Charles membuat SD itu, Richard tidak menolak kemungkinan kerana insentif wang yang terlibat.

"Saya rasa orang ini sudah dibayar. Dia sepatutnya saya kerana mengambil jasad itu, mengapa buat semua ini dan rosakkan reputasi Kevin? " soalnya.

Richard juga berkata wasiat Kevin yang kononnya tidak menamakan Charles.

"Jika Kevin begitu rapat dengan dia (Charles) dan dalam SD itu, dia (Charles) kata saya tidak rapat dengan Kevin, orang mati tidak ber dusta, mengapa wasiat itu ada nama saya tapi nama dia (Charles) tidak ada.

"Ini menunjukkan bahawa apa sahaja yang dia (Charles) kata tidak ada bukti sama sekali bukan?" katanya, sambil berjanji untuk mendedahkan wasiat itu kepada media tidak lama lagi.

"Saya akan keluarkan wasiat itu dan tunjukkannya kepada semua wartawan. Ia wasiat tulen, awak tidak perlu percaya saya, tetapi percayalah wasiat itu," katanya.

Menurut Richard, turut dinamakan dalam wasiat itu adalah seorang lagi adik Kevin, iaitu David dan gereja Our Lady of Lourdes di Ipoh sebagai penerima harta pusaka.

Malaysiakini sedang menghubungi Charles bagi mendapatkan ulasannya berhubung kenyataan adik bongsunya itu. - sumber

3 comments:

  1. Kah kah kah .......... semakin menarik dan berbelit jalan ceritanya ....... sebijik mcm perjalanan politik PAN pandikutty imayam ........ mgkn depa dapat inspirasi dpd filem tamil kot !

    ReplyDelete
  2. ... bukan Hadi Wang ka yg berbelit... ber u-turn. ... gumbira gumbira... dah selesai..dah selesai. Tak ada apa nak cakap.. dah selesai....

    ReplyDelete
  3. Hadi awe cap aye...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa